Friday, December 11, 2015

Kamu di mana Sayang..

Wahai bidadari syurga,
Sungguh kamu benar2 memiliki hati yang tersangat suci. Walau kamu telah tiada di dunia ini, tapi masih terasa kehadiranmu di sini. Setiap nota-nota yang di tinggalkan, mengingatkan kembali bagaimana perjalananmu di sini. Tersangat menyentuh perasaan aku.

Wahai bidadari syurga,
Aku tidak akan pernah melupakanmu sayang. Tak akan pernah aku meninggalkan kenangan itu walaupan kita pernah bersua muka hanya seketika. Demi masa dan alam ini, cukuplah itu sahaja menjadi bukti betapa jujurnya kamu sayang dalam menegakkan agama Islam.

Tak pernah aku menemukan cacat cela di dalam dirimu, melainkan aku akan menjumpai kebaikan dan kebaikan di dalam dirimu sayang. Tenanglah engkau di sana. Kami di sini tersangat merinduimu.
Terkadang aku seolah mencari, di mana dirimu sayang...Indahnya perjalanan kehidupanmu. Tersangat tersusun dengan rapi oleh Yang Maha Perancang. Aku ingin berpimpin tangan bersamamu lagi.

Sehingga ketemu lagi Wahai bidadari syurga.
:(


Monday, September 7, 2015

Beri ruang pada hati untuk berfikir

Tuhan,
Demi masa yang singkat,
Hari-hari aku dilalui sama dengan kebanyakkan manusia,
Tanpa sedar,
Aku seperti asyik dengan kerja-kerja dunia,
Aku lalui waktu demi waktu,
Penuh dengan kesibukkan kerja aku,
Malam aku penuhi dengan ibadah pada Yang Esa,
Setelah itu,
Aku terus lagi menyambung kerja-kerjaku,
Terus dan terus sampai aku merasa penat,
Dan aku berehat dengan tidur.

Aku percaya pada diri,
Bahawa aku tidak lalai seperti mereka yang lebih sibuk bekerja di luar sana,
Aku sertakan solat duha pada setiap pagi,
Aku memohon keberkatan dari Tuhan Yang Memberi Rezeki,

Begitulah hari-hari aku,
Sampailah suatu masa,
Aku di khabarkan berita kematian saudaraku sendiri,
Maghrib itu,
Aku rasa sesuatu yang sukar untuk di bicarakan dengan tutur kata,
Aku istighfar pada diri,
Al-Fatihah.

Selang beberapa hari lagi,
Aku di khabarkan berita yang sama,
Satu lagi kematian saudaraku sendiri,
Al-Fatihah,
Saat ini,
Aku benar-benar merasa teguran dari Dia,
Aku sedar walau kita mencuba untuk tidak lalai dalam kesibukkan kerja,
Pasti terselit sedikit kelalaian itu,
Bila solat adakah hati aku ingat pada Dia,
Bila mengaji adakah hati aku benar-benar menghayati tafsir,
Bila ke surau adakah hati aku benar-benar mendengar tazkirah.

Bukan mata itu buta,
Tetapi hati di dalam dada.


 

Tuesday, July 14, 2015

Tangisan Ramadhan

Ramadhan,
Kedatanganmu di sambut oleh linangan air mata ini,
Entah dari mana sebak itu datang,
Aku menyambut kedatangan ramadhan tahun ini dengan penuh kepiluan di hati,
Mungkin hati aku terasa adakah ini ramadhan terakhir buatku,
Kini engkau sudah menghampiri kepada pengakhiran ramadhan,
Sayu rasa hati ini ingin menghabiskan sisa-sisa akhir ramadhan tahun ini,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terimalah amalan kami di bulan yang penuh dengan barakah ini,
Kami malu denganMu di atas dosa-dosa kami,
Kami mengharap keredhanMu pada tiap-tiap penjalanan kehidupan kami,
Suburkanlah hati ini dengan hanya mengingatiMu.
Aku meraih redhaMu Ya Allah.
Sampaikanlah kami untuk bertemu lagi di ramadhan akan datang.

Ramadhan tahun ini, saya rasa bersyukur sangat kerana dapat berpuasa bersama family, walaupun bukan sepenuhnya tapi ini dah terasa sungguh cukup. Dapat berterawih bersama family di pondok. Lama sangat terasa tidak pergi ke pondok. Alhamdulilah, Allah izinkan lagi. Saya cuma nak berkongsi, terawih di pondok ini, menjadi kebiasaan mereka2 yang berada di pondok ini membuat terawih 20 rakaat, kemudian di sambung dengan 4 rakaat solat sunat tasbih ( 2 rakaat, 2 rakaat) dan kemudian solat sunat witir. Mula-mula nk buat pun terasa berat, tapi bila tgk mak cik2 kt sini sanggup buat kesemuanya walaupun solat dengan duduk, saya pun jadi terasa kuat jugk untuk membuatnya. Benarlah, solat itu merehatkan. Setiap anggota badan yang di gunakan untuk solat ada manfaatnya tersendiri. Bagaimana mungkin, kita boleh menyatakan bahawa solat itu membebankan. Allahurabbi.

Lama tak update blog ini, mungkin blog ini akan jadi berhabuk kembali buat sementara waktu. Doakan yang terbaik untuk seluruh ummat islam. Berkatalah dengan kata-kata yang baik kerana kata-kata itu adalah doa. Doakan untuk saya. Moga Allah redha. Let's jannah be our motivation. <3
Sampai ketemu lagi Sorban Putih ~ ~ ~


Saturday, May 23, 2015

Sahabat sejati

MashaAllah,

Betul orang kata, bila kita duduk dekat dengan seseorang tu, kita jarang untuk menghargainya, tapi bila dia sudah jauh pergi, baru kita menghargainya. Baru kita rasa nikmat apa itu erti persahabatan sebenarnya.

Buatmu teman,
Atiqah,
Yang dipilih,
Namamu seindah akhalakmu,
Saya rindu akan persahabatan kita,
Moga Allah jaga persahabatan ini,
Saya tak nak meletakkan sesuatu pada persahabatan ini melainkan meletakkan semuanya dalam jagaan Allah,
Allah adalah sebaik-baik penjaga,
Walau kita berpisah sekalipun,
biarlah perpisahan ini kerana Allah,
dan bila bertemu semula sekali pun,
biarlah pertemuan ini juga kerana Allah.

Maafkan saya teman,
jika saya bukanlah orang yang terbaik dalam persahabatan ini,
namun,
sejujur dan seikhlasnya,
saya sudah mulai merasa akan kemanisan iman dan ukhuwah dalam persahabatan ini.

Kekadang,
bila saya duduk sorang-sorang,
saya teringat akan awak,
dan bila saya teringat kt awak,
nanti tiba-tiba awak ada msg saya,
waktu tu saya rasa mcm nk nagis pun ada,
saya rasa mcm Allah hantar awak untuk saya.

Maafkan saya teman,
jika suatu hari nanti,
saya lalai akan perintah Tuhan,
ingatkanlah saya kembali pada Dia,
pegang dan pimpin tangan saya,
jangan biar saya keseorangan di dalam lumpur yang kotor,
saya takut,
saya bimbang.

Sedarlah teman,
awak selalu dalam doa saya,
saya berharap kita berpimpin tangan menuju ke syurgaNya nanti.

Let's JANNAH be our motivation.

#hujan~~~
:(



Ku biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 

Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


Thursday, May 21, 2015

Jangan sibuk sangat dengan CINTA KOSONG.

Pernahkah kau sangka?

Di antara mereka yang berkeliling
Di sejengkal tanah bumi

Ada dia yang terbang 
menembus jagad raya

Mencium Hajar Aswad
Dari tempat asalnya.

#bidadaribumi

Membaca tentang buku bidadari bumi ini sangat memberi kesan dalam hati saya. Cukup tersentuh dengan setiap kata-kata yang ditulis. Terasa ingin sangat berada di Tarim. Sejujurnya, saya tersangat suka bila dapat berkumpul dengan orang-orang solehah dan yang memikirkan tentang agama is the first dalam hidupnya. Saya suka untuk bercakap dengan mereka ini. Terasa tenang. Terasa lebih dekat dengan Allah. Bila bercakap dengan mereka ini, setiap tutur kata yang di ucapkan mesti memberi manfaat. Biasanya kami akan bercakap tentang kehidupan, study mcm mne, ada masalah ke apa, cerita tentang Allah dan selainnya. Satu benda yang saya perasan, topic yang jarang di kupas bila berada dengan mereka ini adalah topic CHENTA. Kalau ada pun kiteorg just usik-usik mcmtu sahaja, dan memang tak akan lebih. Sebab itulah saya sangat senang dengan mereka-mereka ini.

Sebaliknya, bila berada dengan kawan-kawan saya yang lain, topic CHENTA lah merupakan topic yang paling best bagi dyeorang. Dan mybe topic itu selalu sangat di persembahkan waktu sembang-sembang kosong. Saya merupakan seorang yang bukan anti lah, tapi kureng suka untuk membincangkan soal ini. Sebab bagi saya, bila cakap pasal chenta nanti, mula lah meleret sampai kawin. Bukan tak boleh. Tapi berpada-pada lah. You know that kannn. Bicara pasal benda yang tak pasti bagi saya boleh membuatkan hati kita lagha. Boleh untuk membincangkan pasal jodoh dan cinta, tapi biarlah untuk yang pasti di masa yang akan datang.

Seriously, saya tak faham dengan orang yang suka sangat usha2 orang ni. Tak de benda lain ke yang dia nak buat. Banyak lagi kerja yang berfaedah kot!! Kalau suka sangat dengan seseorang tu, ambil lah langkah yang betul. Please laa. Kadang-kadang rasa meluat dan nak muntah pun ada bila, ada orang cakap, awk tak nak ke dia nie? hensome kott, dah lah baikkkk...so, dia expect saya nak ckp apa? Seriously, saya mmg tak tahu nak cakap apa.
Bagi saya, kalau suka or minat kt seseorang tu, istikharah lah, mintak petunjuk dekat Allah, dan jumpa lah ibu bapanya. Itu lebih baik.



Saturday, May 16, 2015

Hey Orang Puteh! BM pun penting okey.

Assalamualaikum.....( dh jwb waalaikumussalam belum??)

hiks~

Ini cerita tentang bahasa. Kali ini saya nak cerita tentang bahasa.

Bahasa apa plk ni??

Kenapa tetibe nak cerita pasal bahasa ini??

Nak cerita yang lagi best!!

..................

Stop it.

Saya guna masa yang sedikit ini untuk cerita mengenai bahasa.

Bahasa English.

Tahu tak kenapa??

hahah( rasa nk ketawa )

Bukan nak mengajar okey.

I tak pandai nak mengajar2 ni. I nak cakap kt sini bahawasanya i actually tak pandai bahasa English ni. Memandang pada dunia sekarang, bahasa english merupakan bahasa penting yang perlu tahu, bahkan wajib kot nak kne tahu.

Whatsss???

-_-

Tolonglaaa, i tak pandai laaa. Please tukar Bahasa Melayu je la.
Please?

.....................

Saya faham la sekarang english mmg penting sbb apa2 pn semua org akan guna english kan. Nak2 kalau kerja nanti (habislah i ), semua org akan guna english. Tapi kadang sy rasa geram la jgk, knpe nak di bangga2kan sangat dengan org yg pandai english ni. Fine, sy mmg rasa rendah diri sangat dengan ketidakpandaian saya dlm english sebenarnya. Untuk course yang saya ambik ini, saya rasa sy sorg je kot yang paling low level in english. Sedih la jgk waktu dpt masuk course ini.

Tapi dalam hati selalu cakap, tak pe Allah ada, sebab tu Allah letak aku kat sini.

*senyum*

Saya ingat lagi waktu saya sekolah rendah, mak saya paksa saya salin vocab dari kamus. Masa tu, mls giler kot nak tulis, ye la mana taknye..dh la tak suka kn, pastu kne paksa. And now, saya dh tahu kenapa mak saya suruh bt itu semua. Terima kasih Ma! :D
Tapi sampai sekarang la saya mmg rasa rendah diri sangat2 bila semua orang di sekeliling saya ckp english. Terus-terang saya cakap, org yang tak pandai english ni, bukanlah tak pandai sgt, tapi dia takot untuk mencuba, mungkin malu jika di ketawakan rakan2. But, bagi saya it's okey, just cuba sahaja. Macam saya, google translate sahabat sejati bagi saya lah, dialah penyelamat di kala sel otak ini tak bersambung.
It's okey, easy, easy, take easy okey.

Bak kata saya, tak berdosa pun kalau tak pandai english.

hahahahahah(gelak jahat)

Cuma nak bagithu la kat sini kan, mereka2 yang pro gile english ni kan...jangan la sombong dan berlagak sangat ( -_- ) okey. Kadang sy tgk, mereka ini pandang sebelah mata je kt org yang x pandai BI. I was like...what wrong wif u ah?? Jangan pandang rendah pada orang lain okey, tak baik tau.
Kelebihan yang awak ada mungkin merupakan kekurangan bagi orang lain. Tapi ingat, Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja. Bersyukur sahaja dengan apa yang dimiliki dan berusaha untuk gapai redha Ilahi. Itu yang utama.

Hey Orang Puteh! BM pun penting okey.

okey, sekian.... :D


Monday, May 4, 2015

Tulisan ini hanyalah untuk Dia

Tulisan ini tidak lain tidak bukan
Hanyalah kerana Allah
Kerana saya bukanlah banyaknya bicara
Tapi saya gemar berbicara tentang baiknya Tuhan
Saya ambil cara ini untuk menulis tentang Tuhan
menulis tentang alam ini
menulis rasa yang tidak mampu untuk di luah

Moga tulisan ini memberi manfaat bagi segelintir sahabat-sahabat saya
Jika jasad saya tiada lagi di dunia
Saya sangat berharap
Tulisan ini memberi manfaat pada saya di alam akhirat nanti
Kerana sikitnya amalan saya,
Dan itu pun belum tentu diterima Tuhan,
Dan kerana banyaknya dosa saya,
Saya berharap tulisan ini boleh menjadi saham saya di sana nanti

Tulisan ini,
Sangat bermakna bagi saya,
Mungkin jika Allah panjangkan umur saya,
Saya bisa lagi ingat apa yang saya pernah lakukan di hari muda,
Ini juga merupkan cerita saya pada anak-anak juga suami saya nanti,
Saya tidak berharapkan yang lebih dari mereka,
Malah saya berharapkan yang lebih dari diri saya sendiri,
Untuk memberi apa yang tahu di akal fikiran ini,
Mungkin tidak banyak,
Tapi ada.

Tulisan ini merupakan sorban putih saya,
kerana saya mahu ia menjadi sentiasa putih,
biarpun lama di makan masa,
saya mahu ia sentiasa segar dengan tulisan ini,
saya mahu ia bersih dari noda,
dan saya mahu ia sentiasa ada dengan saya.



Kota ini

Di kota ini tak ada embun pagi
Tak ada bunyi air sungai
Atau kicauan burung
Di dahan pepohonan

Di kota ini tak ada cemara
Tak ada laut atau muara
Tak ada pengunungan hijau
Atau hutan belantara.

Namun di kota ini
Ada tasbih yang bergemerincing
Lebih damai
Daripada arus sungai

Ada lisan menyenandung
Selawat di jalanan
Ada suara penyeru kebaikan
Di tiap-tiap sudut rumah

Tarim....
Apa yang ada padamu
Memberiku lebih
Dari yang ku mahu

#Bidadaribumi
#UstazahHalimahAlaydrus




Saturday, April 25, 2015

Tafakur

Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu


Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan
melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu


Thursday, April 23, 2015

Kangen syurga

kak mum...

saya rindu~~

Al-fatihah

Ada apa pada solat dhuha

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,

Alhamdulilah untuk segala nikmat dari Dia. Hari ini kita dapat lagi bernafas seperti biasa dan saya pula dapat lagi menulis dengan sepuluh jari pinjaman dari Dia.
Alhamdulilah.
Kadang bila kita mendapat sesuatu yang tak kita sangka-sangka, kita mesti rasa nak ucap terima kasih kt Allah banyak2 kan?? =) rasa mcm tak cukup dengan ucapan terima kasih itu, sebab apa yang kita dapat itu betul2 kita tak pernah bayangkan.

Saya nak cakap kat sini tentang solat dhuha. Saya tahu ramai dikalangan kita mmg sudah tahu malah sudah pun istiqomah dengan solat dhuha. Alhamdulilah, tahniah untuk anda, moga Allah sentiasa memberi ruang dan waktu pada kita untuk terus istiqomah dalam apa jua yang kita lakukan. Solat dhuha ini merupakan tanda syukur kita pada Allah atas segala nikmat yang Dia telah bagi pada kita. Setiap tulang belulang juga ruas-ruas tulang kita ini, kita hadirkanlah sebagai tanda syukur kita padaNya. Allah akan bukakan rezeki pada kita dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Tapi kekadang ada orang yang silap tafsir, mungkin bila dia buat solat dhuha dan dia rasa dia tak mendapatkan rezeki yang dia nak, then lepastu dia berhenti lakukan solat dhuha.

Oh, tidak...anda silap dengan tekaan itu...tetttt!

Jangan kerjakan sesuatu ibadah untuk mendapatkan sesuatu ganjaran dari Dia, sebab nanti kita mungkin akan berhenti melakukan ibadah itu bila kita tak mendapatkannya. Kerjakanlah sesuatu ibadah itu kerana Allah. Telah terlalu banyak nikmat dan rahmat yang Allah bagi pada kita ini. Macam saya, sudah 23 tahun saya mendapat nikmat dan rahmat dari Dia, tapi apa balasan kita pada Allah??

Hemmm...

Sikit baru amalan kita, dan kita tak tahu juga amalan2 yang kita buat itu diterima atau tidak dari Allah.

Istighfar.



Solat dhuha ini boleh di lakukan 2 rakaat. Kalau rajin lagi, boleh tambah 2 rakaat lagi.

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Apa yang saya tersentuh dengan solat dhuha ini ialah doa solat dhuha. subahanaAllah, sangat menyentuh hati.
Arti bacaan doa sholat dhuha :
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”. 



#sesuatu yang dapat di rasa,
kadang tak mampu untuk diluahkan.
:')


Thursday, March 26, 2015

Titik hitam


  Moga dalam jagaan Allah sentiasa. Kalau ada jodoh, Allah akan temukan kembali kn? :)
  Selalu gembira tgk kawan2 yang selalu dapat apa yang dia nak. Pastu dia akan cakap, nasib baik aku tak buat yang tu dulu la, atau nasib baik aku tak pergi dulu aritu. I'm like...hemm..okey, ye la tu nasib baik dia...mmg la dia selalu bernasib baik. Padahal Allah yang dah atur semua tu. Pandanglah ke arah pandangan yang bermakna. Apa yang kita dapat semua datang dari dia.

hemm

kadang-kadang kita kena jaga mulut bila nak bercakap, takut ada kawan2 kita yang terasa dengan apa yang kita cakapkan. Sebab tu lah, orang yang beriman itu, adab dia sangat tinggi. Kadang kita tengok dia jalan pun, kita dh tahu bahawa orang ini sangat menjaga adab.

Semua orang dalam dunia ini nak bahagia, tapi Allah datangkan kebahagian seseorang itu dalam aturanNya yang berbeza dan tepat pada kehendak kita sebenarnya.

Alhamdulilah.
jangan merasa sedikit
sebaliknya,
bersyukurlah apa yang diberi.
itu sudah teramat cukup dari sisiNya.
Terima kasih Ya Allah.
salam jumaat.
Jom selawat banyak2.
 26/3/2015.




Saturday, March 21, 2015

Akhwat

Assalamualaikum...tak jawab dosa, kalau jawab sayanggggg... ^^

Alhamdulilah atas tiap-tiap nafas yang masih diberi pinjam oleh Dia. Mana mungkin kita boleh lalui perjalanan hidup tanpa pertolongan dari Dia. Pertolongan Allah itu sentiasa kita perlukan dalam setiap amal atau perbuatan kita. Tanpa pertolongan Allah kita tak akan mampu untuk berbuat apa2. Alhamdulilah. Saya pasti setiap masalah yang anda hadapi, anda pasti temui jalan keluarnya. Yang memberi jalan keluar dari setiap masalah itu hanyalah Allah. Jadi perbanyakkanlah bersyukur dalam hari-hari hidup kita. Tak akan selamanya kita di sini. Ambilah peluang yang diberi untuk berterima kasih pada Yang Maha Memberi. Kalau kawan kita tolong kita dalam kesusahan boleh pulak kita berterima kasih pada dia. Malah atas rasa terima kasih sangat2 kita tu, kekadang kita sanggup untuk mencari hadiah atau sesuatu utk beri pada kawan kita tu. Mengapa tidak pada Allah??



Saya teringat satu kisah yang berlaku dekat rumah saya. Begini. Di luar rumah saya akan sebatang pokok pisang ( sebatang @ sebuah?? ahhh, fail betul BM..APA-APA JE LAH hiks). So, ada lah beberapa orang yang lalu di rumah kami, dan mintak nak daun pisang tue. Ada seorang mak cik dan pak cik ni, ada lah dalam 2 @ 3 kali dah dia pernah ambik daun pisang tue. Kalau ambik daun pisang tu, sampai botak2 haaa daun pisang tue. hahah. Tak pe lah..kiteorg tak kesah pun. Ambilah makcik pakcik. Satu hari ni, mak cik dgn pak cik ni ada la ambik lagi daun pisang tu. Waktu tu mak saya nak keluar ( x igt pergi mana, sekolah kot ), lepastu mak cik dan pak cik ni bagi duit kt mak saya, xigt berapa ( tapi rasanya rm20 kot) (selalu x igt -_-), lepastu mak sy ambik jelah, lepas mak cik dan pak cik tu siap dh ambil daun pisang tu, ayah sy keluar, mereka ckp nk balik dh dan ckp terima kasih bnyk2. sebelum tu ayah sy dpt tahu lah yang mereka ada bagi duet kt mak sy sbb ambil daun pisang tu, ayah sy ckp xpyh la bgi duet, mmg nk bagi je kt orang daun pisang ni, ayah sy masuk dalam rumah, ambil duet, pastu bagi balik kt mereka. Nasib mereka ambil juga balik. hahaha..mcm2 lah. Mereka ckp terima kasih lagi dan balik. Bila masuk dalam rumah ayah sy cerita lah pasal tadi tue, lepastu ayah saya ckp, sepatutnya dia tak boleh atau tak payah ckp terima kasih kt kita, bukan hak kita semua tu. Terima kasih kt Allah. Lepastu sy ckp lah, sebab apa?? Ayah sy ckp, sebab bila orang ucap terima kasih kt kita, akan ada rasa riak atau bangga diri dalam diri, akan ada juga walaupun sedikit. Jadi ckp lah, xpyh la terima kasih. Terima kasih kt Allah. haaa, waktu tu mcm...hemmm betul lah apa ayah sy ckp tu. Mmg betul pun, bila orang beri penghargaan pada kita, akan ada rasa bangga diri dalam diri kita walau sedikit pun.

Moral of the story, sendiri pikiq lah! malas dh nk tulis hahah...takkkkk, sebenarnya nak cite pasal benda lain, tapi tercerita plk pasal ni. hahahahahhaha (ketawa dlm hati)

Saya nk cakap kt sini, bahawa akhwat itu tak akan pernah sama dengan kawan2 di sekeliling kita. Tak akan pernah sama. Bukannya saya ckp kawan2 di sekeliling kita ini tak baik, bukan okeyyyy. Dari segi pemahaman hati ke hati itu, akhwat lebih memahami dari kawan kita, Sebenarnya, kawan2 kita kan...mereka suka cerita-cerita je dengan kita, tapi bila kita nk luah sesuatu, dia akan ckp, hemmm...sy tak tau lah awak, awak pikir lah baik2 ye, pilih yang mana yang terbaik.

okeyyyy, omg omg omg!! saya nak kan jawapan okey, bukannya soalan balik, sebab saya tak leh pikir lah saya suruh awak fikir. -_-

hahahha

tapi betul lah, kebanyakkannya mcm tu kannnn.

But, then.. bila akhwat ni, kadang dia tak tahu pun mcm mana nak selesaikan masalah kita tu, tapi dia akan pura-pura buat-buat jawapan pada soalan kita tu. Paling tidak pun dia akan bacakan kita ayat-ayat CHENTA ALLAH kt kita.

MashaAllah.


Akhwat, tersangatlah baik.
Biar buruk mana pun dia,
Biar cela mana pun dia,
Tiap ucapannya itu menenagkan.

Akhwat ini,
kadang dia tak cakap banyak,
tapi dia fikir banyak,
kadang dia tak luahkan di depan kita,
tapi dia akan bersendirian,
kadang dia suka kacau akhwat lain,
tapi dalam hati dia sebenarnya dia sedang bersedih.

I know you.
and i love you too.




key baiiii~~~~

Assalamualaikum...tak jawab dosa, kalau jawab sayangggg...

:P



Thursday, March 12, 2015

Abah

Abah,
aku tahu sepanjang hidupmu, banyak sangat perkara yang menguji, walau aku hanya menatap matamu, tak apa..ia dh cukup membawa pengertian bahawa engkau sudah tak sekuat dahulu.
Aku tahu, rambutmu yang semakin memutih itu menandakan usiamu semakin bertambah. Aku tahu penat lelah deritamu. Aku mengerti setiap langkah dan ucapanmu itu. Aku tahu, betapa engkau bersusah payah untuk besarkan kami adik-beradik. Bagi aku, engkau dah laksana kesemua tanggungjawabmu itu. 

Sepanjang hidup aku bersamamu, engkau begitu baik dan penuh adab. Aku tak pernah melihat engkau keluar malam2 untuk bersama kawan2 untuk minum atau makan. Ye, tak pernah. Aku tak pernah lihat engkau ada tak berpuas hati pada seseorang. Semua orang engkau bersangka baik. Ya Allah..lembut sungguh hatimu. Aku pun belum pasti boleh menjadi sepertimu.

Telah engkau ajari aku sepenuhnya dalam ilmu agama. Aku tak pernah melihat engkau melewatkan solat. Sebolehnya, solat adalah yang pertama dalam hidupmu. Dengan isterimu, engkau selalu berlembut. Aku tak pernah dengar engkau bercakap kasar dengan Ma. 

Aku tak tahu kenapa, tapi engkau sangat luar biasa. Dan aku sangat sayang padamu. 

Abah, 
saja aku tulis ini...sebab tetibe aku rasa Rindu... 

Moga kita menjadi hambaNya yang taat dan patuh akan perintahNya.
Moga kita akan sama-sama berkumpul semula di syurgaNya suatu hari nanti.
Ya Allah,
Anugerahkanlah kepada kami akan rahmatmu,
Berkati kami,
Perbaiki akhlak kami,
Perelokkanlah perbuataan kami,
dan kurniakanlah kami akan petunjukMu di sepanjang hidup kami.

ahh, sedih! kbai!
:'(
sobss




Thursday, March 5, 2015

It's Friday, Again.

Assalamualaikum, jummat yang penuh dengan barokah. Alhamdulilah, atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Sehingga kini, Dia Yang Maha Kaya masih memberikan kecukupan atas setiap rezeki yang di catukan untuk setiap hamba-hambaNya. Marilah kita sentiasa bersyukur di hati, dengan merasai kecukupan atas segala yang ada pada diri kita. Allah ada berfirman, jika kita bersyukur, maka Dia akan tambahkan lagi. Suka kan?

=)
Petikan dari tausiyah Habib Ali Zainal Abidin :-

"Sedikit kamu bersyukur lebih baik daripada banyak (tapi) kamu tak mampu nak pikul.. Siapa yang tahu rahasia yang terbaik untuk kita?.. Allah SWT..”

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Marilah kita perbanyakkan selawat atas nabi muhammad sollallahu alaihi wassalam. Rindu kan kita untuk bertemu dengan kekasih Allah ini. Mendengar kisahnya sudah cukup untuk membuatkan hati kita basah. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat syafaat dari nabi muhammad sollallahu alaihi wassalam. Rindu untuk bertemu dengan baginda. Rindu. Mulianya baginda, atas setiap cerita yang didengar di telinga ini, tiada satu pun kisah yang membuatkan kita tidak teruja.

Ya Allah, kuatkan aku tempuhi hari di hadapan. Kukuhkan langkah kaki ini. Sabar. Allah ada. :')

Di bawah ini ada satu kisah yang cukup menarik hati saya. Selamat membaca, lihatlah sejauh mana sifat tawadduk kita...jauh lagi...Allahu Allah.



Diceritakan oleh Habib Ali Zaenal Abidin di kuliahnya mengenai seorang pemuda yg tawadduk.
Dikatakan setelah bertahun-tahun menuntut ilmu seorang pemuda menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk mengajar akan ilmu yang telah beliau pelajari akan tetapi dihalang oleh ayahnya.
Akan tetapi ayahnya menyuruh pemuda itu untuk pergi ke pasar mencari orang yang lebih rendah kedudukan daripada dirinya..Maka pemuda itu pergi ke pasar dan mencari seseorang yang lebih jahil dari dirinya.
.
Akhirnya beliau menjumpai lelaki tua yang sedang memegang botol arak, lalu tibanya waktu solat seluruh penduduk di pasar pergi ke masjid menunaikan solat. Sekembalinya dari solat, pemuda itu mendapati lelaki tua itu masih memegang botol arak dan juga tidak menunaikan solat. Berkata di dalam hatinya pasti ini lebih jahil dariku.
.
Sebelum mendekati lelaki tua itu terdetik di hati pemuda itu mengatakan lelaki tua ini jauh lebih tua dari aku, dia telah islam dulu sebelum aku, mungkin saja ini baru hari pertama melakukan dosa sedangkan mungkin bertahun-tahun sebelumnya dia melakukan amal kebaikan. Jika beliau meninggal mungkin timbangan pahalanya lebih berat daripada dosanya. Pemuda itu meninggalkan lelaki tua itu dan teruskan mencari.
Akhirnya pemuda itu bertemu dengan seekor anjing dan berkata pasti saja aku lebih mulia dari anjing ini, anjing ini tidak berakal. Lalu terdetik dalam hatinya di Yaumal Mahsyar kelak, aku akan disoal di hadapan Allah ﷻ tetapi anjing ini tidak,manakala aku akan dihisab oleh Allah ﷻ tetapi anjing ini tidak, aku akan melintasi titian sirat tetapi anjing ini akan hilang begitu sahaja menjadi debu.
Andai aku gagal melintasi titian sirat nescaya diriku lebih hina dan anjing ini lebih mulia daripada aku..Beliau pulang ke rumahnya ditanya oleh ayahnya "Kamu sudah jumpa orang yang jahil dari kamu..?" kata pemuda itu "Tidak, aku tidak jumpa seorangpun yang jahil daripada aku melankan aku merasa diriku lebih jahil dari orang lain.
Kata bapanya "Sesungguhnya kamu telah masuk kepada pintu Tawadduk, keluarlah untuk memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.
Wallahualam

                                                                            Al-Sobru

Saturday, February 28, 2015

Sejernih Sinar Matamu

Bissmillah~~

Harini ni sy nk share satu kisah. Ini kes masa mula2 nak masuk sem8 baru ni. Kisahnya mcm ni, mak sy haritu dia ada tgk gmbr baju di butik MODEST CULTURE. Tahu tak butik apa tu?? ke tak pernah dengar? haaaa, bagi yang tak pernah dengar khususnya untuk kaum hawa, butik Modest Culture ini adalah inspired by Prof Muhaya. All baju and jubah dia SOLAT READY. Harga memang mahal la, bagi yang tak bergaji lagi mcm sy, mampu tengok je la dengan senyuman yang kurang shomel. So, hari mak dgn abh nk hantar sy ke UM, kiteorg pergi lah ke butik tu...dekat kajang okeyyy...jauh! hahaha

Sampai sana dalam kul 12 tengah hari. Hari jummat. Abah dan adik sy drop kami di butik tu, diaorg pergi solat jummat laa...so, boleh la lelama sikit dekat modest culture tu...maklumlah perempuan bila tgk baju mcm nak beli rumah je.

TIK TOK TIK TOK~~

Siap beli semua, pastu kami stay dlm tu lagi sementara tunggu hero2 balik dari solat jummat. OKEYYY~ Yang bestnya, butik tu..ada kt satu sudut tu, dia ada letak semua buku2 prof muhaya di situ. So, apa lagi..baca lah!!! haha. Seriously, best sangat dlm butik tu, tenang, relax and so on lah..

Haritu rasa mcm terdetik nak baca buku prof muhaya yang tebal gilee...tajuk dia...alaaa, lupa!

jap

GOOGLE



SEJERNIH SINAR MATAMU. Haaaa, tu tajuknya. Ada la sempat baca beberapa cerita pasal prof muhaya. Sebenarnya, memang dari dlu lagi sy sangat kagum dengan prof muhaya, dan memang memasang cita-cita untuk membuat lasik mata dengan prof muhaya, insyaAllah jika diizinkan dariNya. Satu kisah yang sangat membuat saya tersangatlah sebak dalam buku prof itu ialah bila prof menceritakan tentang anak lelakinya iaitu anak bongsunya juga dan seorang sahaja anak lelaki. Al-fatihah untuk arwah anaknya. Ye, sebenarnya Prof Muhaya telah kehilangan seorang anaknya. Allah lebih menyayanginya dengan mengambil semula pinjam yang di berikan kembali semula padaNya.

Anaknya tak seperti kanak-kanak normal yang lain. Anaknya tak dapat mengingati ilmu yang di ajar di sekolahnya. Bahkan, namanya sendiri pun dia tak dapat ingat. Ada banyak lagi cerita di sebalik pemergian anaknya.

Saya sebak dan tak dapat menahan air mata saya bila saya mengetahui hal ini. Sebab apa yang kita nampak, prof muhaya merupakan seorang yang sangat bersemangat dan berjiwa besar. Namun, bila saya tahu akan hal ini, ia membuatkan hati saya rasa sedih. Mungkin saya rasa hidup saya dah cukup tersangat menderita dengan beberapa ujian dariNya. Namun, melihat akan cerita prof, saya terdetik, derita itu jangan kita ukur dengan kekurangan diri kita.

Lihat kisah2 orang lain di luar sana, kalau sy berada di tempat prof muhaya, saya belum tentu boleh bangkit semula menjadi insan yang hebat seperti prof seperti sekarang.
Jauh di sudut hati saya ingin berkata bahawa jalan sebuah kehidupan ini bukanlah jalan yang di hampari dengan karpet merah dan bunga-bunga ros yang berterbangan, malah ianya di taburi penuh dengan duri-duri yang tajam. Apa harapan untuk kita teruskan hidup kehadapan adalah Allah menjanjikan kita sebuah syurga bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Ukurlah sendiri iman kita. Sejauh mana janji kita pada Allah azza wajala dan sejauh mana juga amal kita padaNya.

Benar,
Mati itu permulaan hidup.



Hidup adalah
Sebuah perjalanan
Terselit Hikmah di sebaliknya.










Thursday, February 26, 2015

Sayap kanan

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…