Monday, September 9, 2019

Hargai apa yang ada

Bersyukur dengan apa yang ada itu lebih baik,
daripada kita meminta untuk dilebihkan akan sesuatu.

Lebihnya sesuatu itu belum tentu yang terbaik untuk diri kita,
akan tetapi mensyukuri yang ada itu bermakna kita hargai setiap apa yang Allah hadirkan pada kita.

Alhamdulilah untuk segalanya Ya Allah,
sungguh, perancanggan Allah itu sangat teliti dan indah semuanya.

Tanpa diduga,
dan tanpa dirancang,
ia hadir seakan melengkapi hidup ini.

Biarlah Allah yang menentukan segalanya,
kerana kita hanya manusia biasa yang tak punya apa2 pun,
tiada daya kita untuk menentukan itu dan ini,
malah jika kita inginkan sesuatu itu kerana Allah,
InsyaALLAH,
Dia akan permudahkan dan tunjukkan jalanNya.

Maafkan diri ini,
jika aku bukanlah sesempurna seperti wanita solehah,
jika aku bukanlah sehebat sepertia wanita diluar sana,
kerna aku hanyalah seorang hamba yang menginginkan kasih dan cinta dari Allah,
Pemilik hati ini.

Namun,
ketahuilah,
jika ada cinta itu,
aku hanya mencintaimu kerana Allah.
kerana setiap apa yang kita letakkan kerana Allah tak akan pernah hilang,
dan sentiasa ada. :)

~Hargai apa yang kita ada~