Monday, December 23, 2013

Akhwat yang dirindui...

Betapa pantas masa berlalu,rasa baru semalam saya berjumpa dia.Dia seorang akhwat yang benar2 punyai jiwa yang kental.Kuat sangat hatinya tika di uji.Masih saya ingat lagi,waktu mula-mula hidayah meyapa saya,saya di ajak utk pergi ke satu program ni.Nama program tu ISK(ini sejarah kita).Waktu tu,saya tgh duk relex2 kt surau,kawan saya ajak sy pegi jgk,saya tak puas hati sebab bila saya tanya program mcm mana dia tak nak bagithu..alaaah,ni yang membuatkan saya tak nk pegi..orang tnya program apa tak nk bgithu plk,nk ajak sangat pegi..hahaha..fine,xpe..lepas pada tu saya pegi kt kawan sy seorang ni lagi,nama dia cik bieha,tnya dia nk pegi tak program tu..pastu dia pn tnya sy balik program apa,sy ckp la ISK,dia tanya pasal apa,saya pong tak tahu ler..lepas pikir2,kami jadi pegi program tu,saya jadi tertaut hati nk pegi sebab saya yakin ini mesti program islamik nie..so,xpe la,join je la.Masa tu kak liza ketuai kite orang.

Then nk di pendekan certia,masa sy pegi sana,saya x ada lagi al-quran kecik yang berzip dan bermagnet2 bagai.Malunya waktu tu..Allah je tahu,rasa mcm orang asing je.Tgk kwn2,al-quran diaorang siap ada stiker warna-warni..cantekkk ^_^"

Alhamdulilah program ISK memg oseemm gile!!

Lepas pada balik program tu,saya mintak tolong k.liza belikan al-quran cantek mcm akhwat2 laen jgk..hahah..nk jugak tue...

Tadaaa!akhirnya saya dh ada al-quran mini berwarna peach.

Lepas pada program tu la,saya mmg nk masuk usrah,sebab saya fikir dalam usrah ini boleh memberi sesuatu utk Islam.Then,waktu pecah2kan group,saya di masukkan dalam group usrah yang naqibahnya kak mum.
Ingat lagi waktu mula2 datang usrah,saya dtg lmbat,pastu waktu msuk2 je dlm bulatan gembira tu,kak mum tgh tadabur surah an-nas.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.
1)Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhannya manusia,
2)Raja manusia,
3)Sembahan manusia,
4)dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi,
5)yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6)dari (golongan) jin dan manusia."

-surah An-Nas ni focuskan pada dalaman.Kejahata yang dtg dari dalaman.

Ok,habis kt situ..yang menyedihkan saya,baru je mula usrah,kak mum dh bagithu,nanti kak mum tak jadi naqibah kiteorg dh sebab kak mum dh pegang group usrah yg laen..Jadi kiteorg akan dpt naqibah yang baru,then naqibah saya lepas tu kak shafika..

Saya igt lagi waktu nk tukar naqibah malam tu(malam hari laen plk ni),kak mum bawk mee goreng,ada keropok,banyak plk tu...terharu betul waktu tu.at the same time sedih sgt2 sebab kak mum tak jdi naqibah kiteorng dh.

Dia lah insan yang banyak berjasa pada saya,yang mengenalkan saya pada jalan dakwah dan tarbiyah.Saya rindukan waktu kite bersama.Waktu kt Pasum dulu,geng usrah kiteorg ada berlaku perselisihan sikit waktu tu,malam tu kak mum dtg.Kak mum tanya apa masalah kiteorg,lepastu kiteorg baca doa rabitah sama2 dgn kak mum.Begenang air mata saya.Memang dalam jalan ini kita akan sentiasa di uji.Tapi yang menguatkn kita adalah perlunya berlapang dada dan saling mempercayai antara satu sama laen.Mmg malam tu pilu sgt rasa.Kedatangan kak mum mmg betul2 memberi ruhi yg baru utk kiteorg.

Kak mum...
Cepatlah sembuh..
walaupun sy dh lama tak jumpa kak mum,
tapi tak tahu kenapa,
sejak kak mum masuk hospital,
saya asyik teringt saja kt kak mum,
kak mum telah bnyk memberi suatu kehidupan yg bernilai utk saya,
walau di tukar dgn harta benda laen sekalipun tak akan pernah sama dgn nila itu.
saya rindu kak mum.




Friday, December 20, 2013

Angin Syurga

Berkumandang sayup-sayup azan di udara,
ku tinggalkan katil yang empuk dan lembut itu,
demi menyahut seruan yang lebih penting,
ku gagahkan kaki memasuki kamar mandi yang sejuk di pagi hari,
lalu ku sapu air sejuk ke mata,
agar bisa ku lihat dengan jelasnya.

Seusai wuduk di ambil,
ku hamparkan satu hamparan sejadah,
sebagai alas bagi aku utk lebih khusyuk menghadap Ya Ilahi,
Takbirratul ihram pun di angkat,
bermulalah ku serahkan hati ini pada yang berhak memiliki,
Ku dahului ia dengan solat sunat 2 rakaat,
Kemudian ku susuli ia dengan solat subuh.

Sujud terakhir pula aku iringi,
Namun, kali ini sujud aku agak lama dari biasa,
ku menitiskan air mata,
mengenangkan betapa banyak dosa yang selama ini aku coretkan,
dahi aku seakan-akan tidak mahu di angkat,
mungkin kerana lamanya aku menundukkan kepala,
atau mungkin aku berasa belum puas,
belum puas utk menceritakan segala isi hati aku pada Dia,
Allahu Rabbi,
Tiada tempat yang paling menengkan hatiku,
melainkan meletakkan dahiku ke tempat sujud.

Habis sahaja solat subuh,
aku mendongak ke langit,
memerhatikan kecantikkan alam anugerah Allah yg sangat bernilai,
subahanaAllah,
cantik sungguh,
tidaklah manusia itu terpegun melainkan melihat kebesaran Allah,
Tuhan Yang Esa.

Suasana yang sejuk dan damai itu,
membuatkan aku teringat pada zaman muda2 dahulu kala,
Allah..
betapa aku rindu dengan sahabat2 aku,
sahabat di sekolah rendah sura,
sahabat di sekolah menengah sura,
sahabat di sekolah sains kuala terengganu,
sahabat di Pasum,
sahabat usrah,
sahabat di Ism.

Andai mereka tahu,
aku amat merindui mereka.

Ya Tuhan,
sampaikanlah salam rindu aku kepada teman-teman seperjuangan aku,
kerana aku tak mampu utk khabarkan pada mereka semua,
mereka jauh di pandangan aku,
Engkau jagalah ia dalam perlindunganMu,
Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan Engkau,
sampai satu masa nanti,
dia pasti mengetahuinya juga,

Demi Allah,
aku rindu padanya.
dahulu setiap kali aku memandang wajahnya,
aku pasti mahu berubah menjadi yang lebih baik,
kerana dia seorang sahabat yang baik di mataku,
namun sekarang,
dia pergi jauh meninggalkan aku,
ini semua pasti ada hikmahnya,
demi menjaga hati aku,
dan aku hanya perlu yakin dengan janji Dia,
moga dengan jarak ini Allah menjaga dia dengan sebaik-baik penjagaan,

Di bumi Mesir,
Ada rindu yang masih tersisa,
Kenangan yang tak akan luput,
bagai udara yang terhembus,
dan tak akan pernah hilang,
di buai angin syurga.




Tuesday, December 10, 2013

Ujian,pasti akan berakhir

Akan tiba suatu masa,
kita akan berasa penat dan lelah dgn kehidupan dunia,
mungkin kerana nazaknya keseronokan dunia sekarang,
Waktu yang datang akan pasti berlalu,
Tapi kesan dosa yang kita buat tidak akan hilang jika tidak di padam dgn taubat pada Allah,

Usahlah kita mengeluh dengan kepayahan yang sedikit sekarang,
kerana mungkin nanti kita akan betul2 mensyukuri kepayahan ini,
bila Allah menghendaki begitu,
maka adalah perancangan Dia yang terbaik utk kita,
jangan khuatir dengan janji Allah,
seharusnya kita patut lebih jeles dgn aturan Allah,
bahwasanya ia tidak pernah sia-sia.

Tarbiyah Allah mengajar aku utk lebih percaya padaNya,
Mungkin pada awalnya sukar utk mencari hikmah yang tersembunyi itu,
Tapi hasil didikan Allah padaku,
Aku hanya percaya dengan aturannya,
Ujian,pasti berakhir.

Bila kita serahkan 100% pada Allah,
Percayalah Allah tak akan sia-siakannya,
kerana agama Islam ini perlukan kepercayaan kita pada Tuhan,
Aku redha atas segala-galanya.

Cubalah utk selak diri kita,
kemana kita di saat Allah memandang kita,
Adakah hati kita betul2 khusyuk mengingati Allah?
Ingatlah,
Yang menentukan ganjaran Allah akan bagi pada kita adalah cara kita beramal kepada Allah,
Amalan yang berkualiti akan dibalas dengan balasan yang berkualiti,
Dan amalan yang kurang berkualiti akan di balas dengan balasan yang kurang berkualiti.

Allah pernah berfirman,
".. telah melalaikan kepada kamu wahai manusia,daripada banyak-banyaknya mengumpul harta."

~Orang yang mendahulukan akhirat,maka keduniannya akan terancam.~

smile,it's sunnah sahabat ^_^



Saturday, November 30, 2013

Surat kecil utkmu

"Ya Allah, biarlah hukum kahwin bagiku harus,
selagi mana aku masih di dalam perjalanan menimba ilmuMu,
di dunia yg sangat luas & ketika ku punya masa serta waktu,
di dalam tempoh yg sementara ini.

Dan apabila hukumnya menjadi wajib mahupun sunat bagiku,
datangilah aku dgn seorang hambaMu,
yg mampu menemani, mendidik, mengasihani, memelihara,
menghormati & sama-sama bersemangat utk berjuang di jalanMu.

Akan kunikahi dirinya di atas namaMu ya Allah,
pabila benar tiba masa, waktu & ketika.
Jika tiada berjodoh di duniaMu ini,
ku yakin akan ketemu dengannya di akhirat sana.

Cintai Allah selamanya, bukan hanya berkata,
namun perlu dibuktikan jua.
Moga redha & cintaMu menjadi matlamat utamaku sentiasa."


Tinggal kenangan...Ma Abah,maafkn sy kerana tak dpt tunai harapanmu.. :')

Moga ini menjadi pencetus segala-galanya...Allah,it's not easy but it might be ok with Your help.I will do my best as long as i trust Allah 100% in every single steps that i had taken.Moga ia memberi sesuatu utk Islam... 


Dulu sy suka kumpul gmbr2 dentistry ni...rinduu~~ =(



Friday, November 29, 2013

Tak cool la hidup bermusuh-musuh,come on....

Ya Allah,
Mengapa harus ada kebencian di dalam hati manusia,
Tidakkah mereka rasa takut akan balasan dariMu,
Mengapa masih tidak mahu memaafkan sesama sendiri,
Sedang rasulullah tidak pernah membenci sesiapa pn termasuk org2 kafir,
Siapa kita utk terus menerus memusuhi orang??
Dunia ini hanyalah persinggahan,
Tiada yang kekal,
Semestinya rugi bagi mereka yang hanya ingin keseronokan di dunia tanpa hiraukan hidupnya selepas kematian.

Ya Allah,
Aku hilang arah,
Apa yang harus aku buat,
Jika aku yang bersalah tegurlah aku Ya Allah,
Tegurlah aku sedang nyawa aku masih di badan,
Agar aku sempat memohon kemaafan dariMu,
Duhai manusia!
Keringnya hatimu dek kerana jauhnya kamu dari al-quran,
Jika al-quran telah bersemadi di hatimu mana mungkin engkau masih ada ego di hatimu,
Sudahlah ikutkan perasaanmu itu,
Perasaan itu adalah penambah rasa dari syaitan,
Bukankah syaitan telah berjanji utk menyesatkan kaum adam hingga ke hari kiamat??
Tidakkah kamu ingat kesemua janji ini,
Berdamailah wahai insan yang mulia,
Sudah lama aku nantikan ini semua,
Tapi engkau tetap dengan egomu,
Tidak mengapalah jika engkau masih ingin bermusuh di dunia,
Kelak nanti jangan engkau terhegih-hegih datang padaku,
Sebab aku dah tak perlukan engkau di saat itu,
Di saat semua manusia di himpunkan,
Di saat buku amalan di bentangkan,
Pada waktu itu aku hanya sibuk urusan aku dengan Allah,
Jangan engkau menyesal pada waktu nanti,
Aku telah pun datang padamu suatu saat dahulu,
Tapi engkau menolaknya dengan “mimic” muka yang bengis.

Wahai manusia!
Sampainya hatimu,
Hati apakah itu?
Oh Tuhan ….
Sungguh aku tak mengerti ragam manusia,
Benar firmanMu Ya Rabb,
Manusia itu banyak ragamnya,
Dan pada akhirnya,
Aku dah tak terdaya melakukan apa-apa melainkan melutut di tikar sejadah,
Menagisi dosa-dosa ku.
Hingga hujung nyawa,
Aku pasti tetap mencintaiMU Ya Allah,
Walau apa keadaan sekalipun,
Engkau sahaja tempat aku mengadu dan berharap pertolongan,
Sungguh pertolongan Allah itu dekat,
Hanya tawakal di susuli,
Demi Allah aku harus kuat melawan thomahan manusia,
Siapa dia utk memperlecehkan aku?
Aku ada Allah di sisiku,
Jangan engkau pandang remeh dengan orang Islam,
Cukuplah Allah bagiku…

-hamba Allah-


#realitinya ini kisah benar yg pernah terjadi pada sahabat saya,namun saya tahu dia tak bersalah,tapi apakah daya manusia itu kalau hati dh kotor susah nk nampak kesalahan diri sendiri.Moga Allah bgi hidayah utknya kembali pada yg benar.Ada juga manusia mcm tu kt dunia ni sebenarnya.. =_= heiran sungguh aku eh!

Hatiku bukan milikmu…..

YA Allah,hanya engkau maha mengetahui segala isi hatiku,apa yg aku fikirkan apa yg aku ingin dan apa yg aku impikan….sungguh,tiada yg lain yg aku impikan dlm kehidupanku ini melainkan ingin melangkah masuk ke dalam gerbang syurgamu….Allah,indahnya syurga itu,cantikk nyeee…..subahanaAllah,semoga aku tergolong dalam tetamu syurga suatu hari nanti,suatu hari yg makin hampir dgn aku,sgt hmpir sebenarnya tanpa aku sedari pn dgn semua itu…iaitu KEMATIAN!!

YA ALLAH,aku impikan pemuda2 dan bidadara2 di syurga nanti,mesti smuanya ensem…waawaaa,beshnyaaa..wuuhuuu,terpikat dan tergoda…terpukau meliht wajahnya….subahanaALLAH

YA ALLAH….selamatkn aku dari perkara2 yg blh membawa aku ke arah maksiat YA ALLAH.Sungguh,aku berlindung dariMU Ya Allah dari segala bisikan-bisikan dan godaan syaitan.

Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
“Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.” -Junaid Al-Baghdadi
Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.
Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.
Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua’llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.
Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
“Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari ‘cintaKu’ (padanya).” - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s.



Friday, November 22, 2013

Inginkan Pertemuan dengan Sang Pencipta

"JANGAN JADIKAN ALLAH PILIHAN TERAKHIR BILA KITA GEMBIRA,
DAN TIBA-TIBA JADI PILIHAN PERTAMA BILA KITA SEDIH"

Alhamdulilahx3,terasa lama sgt tidak menulis di blog di sebabkan kekangan masa yg ada dan saya jadi ketiadaan idea utk menulis lgi..ehe~

InsyaAllah ianya bukanlah penghalang utk sy mencangkul idea2 yg baru.Sungguh ilmu Allah itu tersangatlah luas,dan kita tak kn pernah habis utk pelajarinya.Sebab tu la mencari ilmu itu biarlah sampai ke liang lahad.Nak katanya smpai ke penghujung kehidupan kita pn kita kena lagi mencari ilmu tu.Pentingnya ilmu adalah kerana apabila kita ada ilmu barulah kita dpt memberi pandangan yg betul apabila kawan2 kita bertanyakan soalan pada kita.

fuhhh~

Itulah ilmu! :D Jangan kita memandai2 je beri pandangan kita tanpa ada ilmu di dada,sungguh perbuatan itu tersangatlah Allah tidak suka.Hukum Allah tak boley buat maen2.Point dia senang je kt sini,bila kita ada ilmu,then xpe la kalau kita nk beri pandangan tapi dgn syarat ilmu itu mestilah betul dan hendaklah kita bertalqi'(berguru).

Dalam mencari ilmu,kita sememangnya diuji olehNya.Saya x tahu apa ujian anda2 semua,tapi saya sendiri mempunyai cerita yg tersendiri.Tak semua yg kita nk kat dunia ini Allah bagi tapi janji Allah itu pasti.Saya yakin dengan janjiNya, makanya jika saya tak dpt apa yg diminta dgn Allah, saya akan kecewa sekjp sahaja.(yeke? >.<").Janganlah sedih2 lama2.Pernahkah Allah bagi apa yg x elok utk kita??

Cuba jawab dulu soalan itu..Tak kan..So,semestinya apa yg Allah beri itu,itulah yang terbaik utk kita.Ohya,sebelum saya lupa,teringat plk kata2 ustaz azman yg mengajar di pondok Al-Suraini.Ustaz pernah kata,kita kan kena sentiasa bersangka baik dgn Allah,jgn ada curiga dgn Allah.Kalau kita nak masuk syurga Allah,kita kenalah beramal dgn amalan ahli syurga.Bukan senang nk beramal dgn amalan ahli syurga,tiket ke syurga tersangatlah mahal dan layak utk mereka yg terpilih sahaja.Tidakkah kita mahu ikut sama menjejaki syurga??Aim kita mestilah utk mendptkn syurga yg paling tertinggi di sisi Allah iaini jannatul firdaus.SubahanaAllahx3.Moga Allah golongkan kita utk merasai nikmat yg lebih indah lagi di akhirat sana.Korbankanlah jiwa kita yg manja2 dgn dunia ini sekejap,pergilah kita utk bekerja dan kembalilah kita pada Tuhan Yang Esa

"KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur."
(Yunus 10:4) |



Dalam hidup kita,seharusnya kita kena sentiasa berfikiran positif kerana hasil yg kita dapat,kesan dri pemikiran kita,sebab tu fikiran kena positif-kata ustaz azman

#Al-fatihah kepada Almarhum Ahmad Ammar.Suatu kematian yg menghidupan.Aku pun ingin ikuti jejak langkahmu.Moga Allah terima aku jadi tetamu syahid di jalanNya.

Ya Tuhan,dakwah ini adalah nadiku,mana mungkin aku dapat meninggalkannya.Kokohkan langkahku utk terus kekal di medan dakwahMu Ya Allah.Tiada yang laen yang menjadi impian hidupku melainkan aku menginginkan pertemuan denganMu suatu hari nanti.aamiin Ya Rabb. =(

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Yunus 10:44) |

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus 10:57) | 


Wallahualam,mari menjadi hamba Allah.Mesti anda semua pelikkan kenapa saya banyak ltk surah yunus,sebab banyak sangat terkesan dengan surah ini,bacalah kalau anda pun nk merasa perasaan osem yang sama dirasai oleh saya..EWAH!


                                                            Demi ISLAM! 

Thursday, October 10, 2013

kehausan jiwa

Ku tutup mata yg lemah ini,
Biar dia merasa puas dengan kelelahan aku,
Air mata yg mengalir,
Tak mampu utk aku hilangkan semua kesusahan ini,
Kisah ini masih panjang,
Ku selak ayat-ayat suci peganti kehausan hati.

Bagaikan air hujan yg turun ke bumi,
Ku biarkan dia mengalir,
Sampai nanti suatu ketika aku akan berasa puas,
Melihat sesuatu yg berhasil dari usaha sendiri,
Aku hanya mampu tersenyum,
Moga Allah pandang usaha yg kecil ini.

Tidak aku menolak takdir,
namun hati yg lemah,
iman apatah lgi,
lemau tak bermaya,
andai itu yg terbaik utk ku,
aku redha ya Rabb.

Cerita hidupku tak sepayah cerita hidup para sahabat,
Masih perlu ke aku merungut,
Bersyukurlah kerana masih diberi nyawa utk bertaubat.

Dunia kini yg parah,
Pusing kepala aku memikirkannya,
Terdetik di hatiku,
Apakah ada penyelesaian dari semua ini,
Seharusnya ada,
Kembalilah pada yg berhak,
Sujudlah kepadaNya,
Moga ia memberi seribu jawapan utkmu.

Bukan aku tak punya perasaan,
Tapi biar hati ini berbicara pada pemilik Cinta,
Cinta itu fitrah manusia,
Usah di buang,
Tapi uruslah ia dengan betul,
Andai Allah cinta hakiki,
Bagaimana mungkin ada cinta selain dari itu.

Gadaikanlah cinta yg sementara,
Gantikan ia dengan cinta hakiki,
Kerana aku tahu,
Dia akan memberi yg terbaik utkku,
Bilamana aku meletakkan cintaNya yg teratas.

-Ahsani-


aku ingin menjadi sebahagian dari hidupmu,membawa harapan membina baitul muslim yang Allah redha:(

Sunday, October 6, 2013

Tangisan ummat...

I'm maybe slow,but surely...i'm heading towards Allah <3

SubahanaAllahx3
Astagfirullahx3
Segala kesyukuran seharusnya kita kembalikan kepada Allah.Puji-pujian utk nabi muhammad saw,para sahabat,para aulia',para ulama,para syuhadah dan seluruh muslimin sekalian.Betapa bnyk skli nikmat Allah yg tersedia utk kita semua,bahkan nikmat Allah itu melimpah ruah pada kita,namun..terkadang kita lalai dengan nikmat yg patut disyukuri semua itu.Sekali lgi,apa yg membuatkn sy rasa sgt2 bersyukur adalah nikmat ISLAM yg Allah hadirkn utk sy.SubahanaAllah....

Mungkin kita berasa biasa shja dgn title ISLAM itu,namun disebalik title itu ada makna yg cukup besar yg kita semua perlu dan seharuslah ambil tahu.Jangan smpai org mengatakan kita,kita ni hanyalah islam pada I/C.ohhh! no no no.........!

Apabilah kita telah bersyahadah pada Allah,itu bermaksud kita telah mengikat satu janji dengan Allah.Apakah janji itu??
Kalimah laiha illah Allah = Tiada Tuhan - berhak disembah - melainkan Allah.
Cuba kita fahami betul2 syahadah kita itu...Kita telah bersaksi dgn Allah bahwa...tiada Tuhan..so,it's means tiada apa2 pn...berhak di sembah melainkan.... Allah! Jadi maksudnya hnya Allah yg satu sahaja yg berhak kita sembah.Selain dri itu TIADA!

Tapi bagaiman dgn penghidupan kita zaman skrg.Sendri fikir lah.Tak payah nk tgk jauh2,cukup la kita tgk di kawasan sekeliling kita.Adakah mereka sedar akan itu?

Jadi tanggungjwb siapa utk sedarkn mereka??

KITA!
YES!

So what can we do??

The only way...membina diri kita,di samping itu kita harus membina org di sekeliling kita.
Itulah tanggungjwb kita.


Menangisi peritnya perjuangan,
bukanlah solution yg tepat,
Adat perjuangan,
Ada yg menerima,
Ada yg menolak,
Biarlah lama berada di jalan perjuangan ini,
Kerna perjuangan kita tiada penghujung.

Usia yg meningkat,
bukan bermakna semangat makin mundur,
kerna bukan badan kita yg bergerak,
tapi hati yg mengerakkan segala-galanya.

Duhai pemuda!
Darahmu masih segar utk berjuang,
gunalah ia ke jalan Allah,
bukannya ke jalan maksiat,
semangatmu masih berkobar,
biarlah ia bergerak di jalan Allah.

Duhai ummat!
marilah sama2 kita bergerak di jalan Allah,
kerna Allah telah menjanjikan,
bahwa kemenangan itu akan tiba,
tapi agama Islam bukanlah agama Magik,
goyang kaki sahaja tak membawa apa2 perjuangan,
marilah berusaha menuju kemenangan itu,
tidakkah kita malu dgn sahabt2 nabi terdahulu?

Lihatlah apa yg terjadi pada agama Islam skrg?
ditindas,dizalimi,dicabul,dikotak-katikkan,
ya Allah,
di mana kita di saat saudara kita perlukn kita?
tangisan mereka hanyalah mengalir di telinga kita?
di mana hati kita??
di mana hati kita utk memahami mereka?
Cukuplah dengan tangisan mereka,
membuktikan bahwa kita tak boleh duduk diam lgi.

-Ahsani-




Wednesday, September 4, 2013

Hijrah diri

Dalam kita sibuk mencari dunia,jgn alpa dgn urusan akhirat kita.Semalam,waktu dh pukul 12 mlm, erk? mlm ke pgi? wtever la..mata aq dh rasa silau2 dan nk tertutp dh,haaa tu menandakan dh nk tido.ok fine..pegi la tido.Masuk dlm bilik.Baring2 atas katil.Haish sush plk nk tido mlm nie,selalunya letak je kepala terus zzzz~ Malam ni tak plk.
Pusing kanan,pusing kiri.Memmg x nk tido la aq ni kn..xpe2,xnk tido sudh.

12.30mlm

Lama sgt tunggu nk tido yg x menjadi tu,lepastu aq terus berangan kjp,ehe...bukn berangan la,berfikir2.haha.Masalah paling besar dlm hidup aq adalah bila aq terfikir tentang dakwah n tarbiyah.Ya Allah,memang beraaaaat.Kalau org nmpk batu besar atas kepala aq skrg,mcmtu la aq rasa keadaan aq bila terfikir soal DNT ni.Mana taknya,bnyk sgt benda kne fikir,soal adik2,soal bhn apa nk bagi,yg paling penting soal diri aq,cukup x lgi hadam bahan2 yg aq dpt selama ni.dushhh!lempang laju2~
Memag nk kne la aq dgn naqibah kn...selalu lupa bnda yg dh dpt.Malu kot bila org tnya itu ini,tapiii x dpt nk jwb sokln mereka...
nages~~
Lama gila aq fikir bnda ni smlm,smpai xsedar aq tertido sndri -_- .Apa nk buat,nk ke xnk,kne fikir jgk..bila aq dh msuk dlm jalan ni xkn nk kuar snng2??
mata msuk habuk~ ~
Betul kata akhwat2,jalan ni mmg sush nk pyh...sungguh aq mmg rasa berat.Iman aq kdg2 turun,waktu tu lah syaitan sedap2 tarik aq keluar.
Tak pe lah,aq xmalu nk cerita bnda ni kt semua org.Memg betul,aq pernah terfikir nk keluar dri kerja dakwah ni.Aq terfikir aq nk msuk geng organisasi islam yg laen.Apakah??hahah,maksudnya..aq nk try bt kerja islam yg laen.Jht kn aq??tpi..knpe smpai skrg aq masih berada dlm kerja ini.Itulah Allah,Tuhan kamu.
Semuanya sebab Dia.Dari situ aq mula sedar,betapa Allah Maha Adil atas hmba2nya.Dia beri aq kekutan utk aq bertahan jgk dlm jalan ni.
Ini lah yg dikatakn nikmat dri Allah!
Sukar utk mengugkap dgn kata2,mungkin anda juga prnh alami apa yg sy aq maksudkn...ye betul,bnde2 mcm ni,hnya kita je dpt rasa dgn Allah.Sungguh Allah Maha Mendengar rintihan hamba2nya.Makanya,hendaklah kita sentiasa berdoa.Doa adalah senjata.Tiada istilah mustahil bagi Allah.Sedarlah kita wahai hamba!hidup tak lama,amalan hnya senipis kulit bawang,berkerjalah utk islam!utk sy dan kamu semua.Mari menjadi hamba Allah!


Ya Ilahi,
bantu aq utk terus kuat,
mungkin langkah sekarang x sekuat langkah pertama,
aq seorang pelajar,
aq juga seorang hambaMu,
aq juga seorang daie,
maka dari mana akan ku cari kekuatan itu kalau bukn dari engkau Ya Allah,
secebis harapan yg di utarkan oleh ibu dan ayah,
mengharap anaknya berjaya di masa hadapan,
bukan hnya berjaya dlm kerjaya malah urusan akhirat jgn dilupa,
itu pesan mereka,
mana mungkin aq boleh lupa,
Ya Allah,
hijrah aq bukannya dgn satu matlamat,
tapi dua,
aq juga seorang daie,
tolong aq utk terus bergerak,
biarpu susah,
tapi aku tahu aku masih punya Allah,
semoga hari yg mendatang membuatkn aq lebih tersenyum,
cukuplah derita yg lepas,
sejarah usah di ulang,
bangkitlah demi Allah,
kerna hijrah aq ini punyai matlamat yg penting.

#utk sahabat sy,mohon doa dari kalian semua :)

Monday, September 2, 2013

Tanggalkan Kaca Matamu

Assalamualaikum ahlul blogger~
Arini nk kongsi cerita dri blogger yg sgt sy kagumi!

Ehe

Entah la,penulisan akhi ni mmg menyegarkan, sesuai sgt sbgai bhn bacaan utk tajmik adik2.mabruk akhi!tpi ini dri anak buah dia..
ok dah~
Kisah ni menarik dan terkene dgn dri sndri,sbb nk kongggsi..hehe :)

Rasa macam gelap. Tak ada masa depan. Down. Ya, aku sangat sangat sangat jatuh sejak akhir-akhir ni. Makin lama, makin mudah bermain emosi. Rasa nak putus asa, rasa nak berhenti melangkah. Rasa nak terus saja terbaring di jalan ni. Taknak bergerak, walau sikit.

*tampar diri sendiri*

Bangunlah. Bangun. Jalan juang ni bukan jalan untuk orang yang lembik. Bangun. Gelap yang kau nampak tu, sebab kau pakai cermin mata gelap. Bukan sebab pandangan kau memang gelap. Tak. Itu cuma cermin mata yang kau pakai.

Diri,

Kau kata syurga tu bukan untuk orang-orang biasa. Tapi tanpa sedar, kau juga manusia biasa. Terlalu biasa. Sebab tu mudah saja tersungkur bila di caci. Mudah rebah bila di hina. Mudah bersangka buruk dengan orang sekeliling.

Apa kau ingat hati kau bersih sangat? Kau tulis entri baik-baik di blog. Kau lakarkan ayat-ayat dakwah di twitter. Kau pendekar alam maya. Berdiri megah, melangkah gagah. Realiti? Kau hancur. Sudah-sudahlah.

Assignment biar tak bersentuh. Tapi benda lain boleh pula buat, kan? Study malas. Tapi main dota boleh pula rajin kan? Exam buat nak tak nak, tapi result nak gempak, kan? Ibadah nak cepat, tidur nak lama, makan nak sedap, rumah nak bersih, duit nak banyak, Al Quran? Ah satu dua muka surat sehari kira okay lah tu. Kan?

Benda lain semua nak seronok. Bila masuk gear ibadah, cukup ala kadar. And then kau expect diri nak masuk syurga? Sedarlah diri tu, sedar.

*nangis*


Awak yang diberi keizinan mengawal jasad,

Awak sedar tak semua yang Allah bagi ni pinjaman? Awak sedar tak duit berkepuk-kepuk dalam dompet tu semua Allah yang punya? Awak sedar tak awak bernafas tu atas izin siapa? Awak sedar tak masa lapang awak terbazir sia-sia? Awak sedar tak masa yang dah berlalu tu tak boleh di ulang semula? Awak sedar tak hidup awak diperhatikan Dia? Awak sedar tak jantung awak tak berhenti berdegup waktu awak buat dosa tu atas rahmat dan kasih sayang siapa?

Sedar tak awak?

Awak masih tak sedar?

*lempang diri sendiri lelaju*


*tulis surat untuk diri sendiri*

Kehadapan anda yang bermuka-muka,

Anda yang kononnya sibuk ikut usrah,

Anda yang kononnya dekat dengan Allah,

Anda yang yang doplohpat jam disanjung manusia,

Anda yang sentiasa senyum kononnya dah yakin tak mungkin menjejak neraka,

Anda, anda boleh jamin ke senyuman anda ni akan terus kekal hingga ke 

syurga? Atau senyuman ni terukir sampai mati saja?

Sudahlah.

Anda, anda tahu tak anda buat dosa hari-hari? Tapi anda sedar tak anda nak 
buat solat taubat pun belum tentu sebulan sekali? Anda kata nak masuk 

syurga, tapi kenapa tak berperangai macam ahli syurga?

Anda kata anda nak jadi soleh dan ajak orang lain jadi soleh.

Anda kata anda nak tengok Islam tertegak di muka bumi.

Anda bercita-cita tinggi.

Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?

Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu."

Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?

Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.

Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.

Sekian,
Luahan Hati Anda



*tarik nafas dalam-dalam*


Dia tahu aku down. Dia tahu aku penat. Dia tahu aku lemah. Dia tahu aku lelah. Dia tahu betapa hancur luluh hati aku. Dia tahu betapa tak bermaya aku nak terus melangkah. Dia tahu.

Tapi Dia nak aku tahu, 67:13.

Surah Al Mulk. Ayat 13.

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, 

Dia Maha Mengetahui segala isi hati."

Nangis.

Argh! Pedih. Hati ni pedih. Sakit.

Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu.

Allah sayang aku. Allah tahu aku mampu. Sebab tu Dia terus terusan bagi aku ujian. Dia bukan benci aku. Tapi sebab ujian yang hebat cuma untuk orang yang hebat.

Ajaib urusan mukmin, bila ditimpa musibah, mereka bersabar. Bila diberi nikmat, meraka bersyukur.

Rasa macam...

Beriman ke aku ni? Bila ditimpa musibah, menangis. Bila Allah uji, jatuh. Bila Allah tarik nikmat, mengeluh. Bila Allah kurniakan rezeki, lupa bersyukur.

Lalu aku duduk. Mata masa habuk.


Digelar 'pendakwah' bukan satu yang boleh dibawa main. Ini amanah, dan perkara yang paling berat dalam dunia ni adalah amanah.



"Kau tahu tak, kebanyakan pendakwah ni kaca. Cuma segelintir saja yang mutiara."

"Apa maksud kau?"

"Kaca tu benda senang nak dapat. Rapuh pula tu."


"............."

"Mutiara tu mahal. Susah nak dapat. Tahan lasak, susah pecah, kuat."

Diam. Nak marah, ada betulnya. Nak setuju, hati macam taknak terima.

"Aku taknak kau termasuk dalam kategori kaca. Sebab kaca dan mutiara, kilauannya sama. Tapi, nilainya berbeza."

"Apa yang boleh buat aku jadi mutiara?"

"Buang riyak. Buang rasa bangga diri yang tumbuh dalam ni."


Katanya sambil tepuk dada aku beberapa kali.

Terasa semacam terkena renjatan elektrik. Pedih tertusuk sampai ke ulu hati.

"Ha lagi satu, tarbiyah ni bukan untuk orang yang manja."

"Contoh manja?"

"Bila ditegur, dia melenting. Bila dinasihat, dia marah. Kononnya dia sorang betul. Bila diberi kerja last minute, dia mengeluh. Mudah putus asa."


Jeda seketika.

"Lagi?"

"Muhasabah diri. Apa negatif yang ada dalam diri, besar kemungkinan, ia termasuk dalam kategori manja tu."


Lalu dia pergi.

Termenung.

Kawan tu, yang datang dan tegur untuk sama-sama perbaiki. Bukan sekadar datang dan puji lalu berlalu pergi.


Lalu aku tanggalkan kaca mata ini. Kaca mata yang menunjukkan segala kebaikan yang pernah aku buat. Mula melihat dosa yang aku buat selama ni dan aku abaikan kononnya Allah tu sifatnya bukan Maha Melihat.

Thursday, August 29, 2013

Tarbiyah Putih

Tarbiyah,
terbitnya engkau,
di saat aku mula ingin mengenal jahiliyah,
engkau datang meminta aku ke mari,
engkau berkata,
"dataglah ke sini kerna di sini ada kesengan yg x bisah dibeli",
tapi aku bingung,
aku merasa sempitnya dunia,
bila hidup,
di sibukkan dgn perkara agama.

Tarbiyah,
tapi engkau laen,
engkau menyapa aku di saat hati ini kekosongan,
oh Tuhan!
betapa aku hargai nikmat ini,
aku terima lamarannya,
lalu aku senang dalam tarbiyah ini,
kalau aku tahu syoknya tarbiyah ini,
pasti aku terima lamaran ini tanpa dipujuk,
ehe,yeke?
engkau silap,
Allah memberi tepat pada waktu!

Tarbiyah,
lama sudah aku bersamamu,
kenapa makin hari,
makin goyah iman ini,
makin hari makin lemau tak bermaya,
makin hari makin lambat bergerak,
makin hari makin sukar untuk diterima,
makin hari makin kering,
oh Allah!
kenapa begitu,
sedangkan aku ingin bersamanya.

Tarbiyah,
pujuklah hati ini kembali,
biar aku kepenatan di sini,
semoga ia memberi kerehatan di sana,
cukuplah seronok sini sana,
inilah masanya,
bilamana hati menjadi lemah,
Allah jualah penolongnya,
memang sukar,
tapi tiada mustahil bagi Allah.

Tarbiyah,
didiklah diri ini kembali,
jangan biar aku pergi ke jurang neraka,
ruginya aku tak ambil kesempatan ini,
didiklah kembali,
bukannya memaksa,
kerna hati ini Allah yg pegang.


-Ahsani-


Monday, August 19, 2013

Hidup tak semestinya indah :')

Satu perkara kita kena tahu,bahwa Allah itu sentiasa akan menolog hambanya yg di dlm kesusahan.Pernah x terkadang kita terfikir,kenapa Allah selalu je bgi apa yg kwn kita nk,dia pandai,dia kaya,dia cantik,dia handsome,dia baik,dia soleh,dia solehah,semuanya ada pada dia...tpi kita??xdpt pn mcm yg dia dpt..pernah x terfikir mcm tu?
ececeh
sebenarnya sy pernah rasa mcmtu...mengaku awl2 kn..ehe~ it's ok!
Allah itu Maha Adil,jdi jgn pernah lgi rasa mcmtu,xpe la klau kwn kita ada kelebihan kt situ,mungkin kita ada kelebihan kt laen,tpi kita je yg x nmpk,apa yg Allah bgi tu,itu la yg terbaik utk kita..mungkin bila kita dpt apa yg kwn kita ada tu,kita akn jdi riak @ sombong dgn Allah.That y la Allah x bgi semua tu kt kita.Bersyukurlah ada adanya! ^_^



kwn sy pernah berkata ;
"Kadang kala kita terfikir dengan kehidupan indah seseorang. 
Betapa bahagianya dia. Betapa sengsaranya kita.
Sedangkan kita tak tahu macam mana dia menghadapi hidup ini.
Dia ada masa susah dia. Tapi cara dia memandang masa susah dia amat berbeza.
Sebab tu walaupun dia susah, dia nampak sangat bahagia. Bila dia pandang dengan cara yang berbeza.

Pandangan positif. "


#Makanya,setiap nikmat yg Allah hadirkn pada kita bersyukurlah,jgn ingkar dan sombong.Mcm sy,Allah dh tarik satu nikmat yg selama ini sy dpt.Bila Allah tarik satu nikmat ini,sy jdi makin peka,bahwasanya setiap nikmat Allah itu ada kebaikannya tersendiri.Sungguh,kehidupan ini perlukan penghidupan Allah di hati kita.Satu benda yg dpt membuat kita insaf adalah dgn mengingati mati.Sekarang ini,kita dpt dengar bnyk sgt kes2 kematian,kalau di malaysia,bnyk sgt kes mati disebabkn dirompak,ditembak,ditikam dan mcm2 hal lgi la.Namun,cuba kita bukakan fikiran sedikit,kalau di Mesir,ramai yg mati dibunuh oleh mereka2 yg zalim.Allahu Rabbi...semudah itu nyawa di permainkan,moga mereka yg mati itu adalah dlm klgan para syuhadah.aameen Allahumma aameen.Terhenti jantung kita berdegup seketika bila melihat ramainya muslimin dan muslimat yg telah pergi menghadap Allah.Mungkin kita berasa sedih dan sayu atas pemergiannya,tpi mereka sekarang sedang berbahagia dgn pertemuan Allah.Indahnyaaa!

Bagi kita yg masih hidup,teruslah mentaati Allah dan Rasul kerana suatu hari nanti kita juga akan pergi seperti mereka.Moga kematian kita di ambil di saat keimanan kita paling tertinggi terhadap Allah.


Wednesday, July 17, 2013

Hakikat sebuah kejayaan

Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. Dalam dunia bergelar siswa dan siswi, PNGK 4.0 menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan.
Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.
Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta.
promotion

Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperolehi hasil titik peluh dan penat jerih dalam masa-masa tertentu. Kecenderungan kepada nilai material dan angka yang besar menjadi kayu ukur untuk berjaya. Markah yang tinggi, anak yang ramai dan harta yang banyak.

Hakikat Kejayaan

Namun hakikiat kejayaan itu bersifat subjektif. Membawa pengertian yang sangat besar. Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Dalam bidang yang berlainan dan pelbagai. Tiada yang sia-sia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Surah al-Mukminun: Ayat 115)
Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Betapa bermaknanya mereka. Jika mereka tiada, seluruh tempat akan menjadi kotor. Maka tukang sapu telah berjaya menjadikan banyak tempat bersih. Itulah kajayaannya. Tahniah kepada tukang sapu!
Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif masing-masing.

Kejayan Menurut Al-Quran

Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, kejayaan yang baru juga bakal muncul. Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui sepertimana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11:
1) Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2) (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,
3) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4) dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5) dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6) terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
7) Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
8) Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9) Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10) Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11) (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Jelas dalam ayat ini menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan umpama satu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar semasa di dunia.
Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan urusan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini seringkali akan menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal… padahal mereka masih lagi di dunia… sedangkan dunia itu pula bersifat fana (hancur).

Kejayaan Bukan Hanya Dalam Pelajaran

Ternyata, tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan (survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.
Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran… tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya.
Percayalah, rahmat Allah itu luas dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa. Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.
Firman Allah yang bermaksud:-
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Az-Azumar : Ayat 53)
Via Iluvislam =)

 #Carilah ilmu akhirat nescaya kamu temui kebahagian :)

Monday, July 15, 2013

Forgive me~ :(

Berjihadlah bersungguh-sungguh dalam medan ilmu. Berjihadlah juga dalam melawan hawa nafsu terhadap keinginan-keinginan dan hasrat-hasrat dunia yang mengiurkan. Pesan seorang murabbiku : “  Wahai anak-anak ku, janganlah kalian menyimpan hasrat untuk mencintai dunia. Hindarilah hati kalian daripada kecintaan dan kemabukan terhadap dunia. Kerana mencintai dunia akan membuatkan kalian jauh daripada Allah SWT”

"Kerana diri kita yang lebih tahu bagaimana rapuhnya iman di hadapan Tuhan, membuatkan pujian-pujian 

manusia hanya manis di telinga namun tawar di hati."

"The heart is a confusing, altering thing. No state is forever. No state of bliss lasts forever. But no state of pain 

does either. They all pass. So if you experience happiness, ask Allah to make it forever in jennah. And if you 

experience sadness, ask Allah to make it a means of purification and elevation for you. And know that this too 

shall pass. "

-Yasmin Mogahed


I know O Allah You're the Most-Forgiving
And that You've promised to
Always be there when I call upon You
So now I'm standing here
Ashamed of all the mistakes I've committed 
Please don't turn me away
And hear my prayer when I ask You to