Monday, September 9, 2019

Hargai apa yang ada

Bersyukur dengan apa yang ada itu lebih baik,
daripada kita meminta untuk dilebihkan akan sesuatu.

Lebihnya sesuatu itu belum tentu yang terbaik untuk diri kita,
akan tetapi mensyukuri yang ada itu bermakna kita hargai setiap apa yang Allah hadirkan pada kita.

Alhamdulilah untuk segalanya Ya Allah,
sungguh, perancanggan Allah itu sangat teliti dan indah semuanya.

Tanpa diduga,
dan tanpa dirancang,
ia hadir seakan melengkapi hidup ini.

Biarlah Allah yang menentukan segalanya,
kerana kita hanya manusia biasa yang tak punya apa2 pun,
tiada daya kita untuk menentukan itu dan ini,
malah jika kita inginkan sesuatu itu kerana Allah,
InsyaALLAH,
Dia akan permudahkan dan tunjukkan jalanNya.

Maafkan diri ini,
jika aku bukanlah sesempurna seperti wanita solehah,
jika aku bukanlah sehebat sepertia wanita diluar sana,
kerna aku hanyalah seorang hamba yang menginginkan kasih dan cinta dari Allah,
Pemilik hati ini.

Namun,
ketahuilah,
jika ada cinta itu,
aku hanya mencintaimu kerana Allah.
kerana setiap apa yang kita letakkan kerana Allah tak akan pernah hilang,
dan sentiasa ada. :)

~Hargai apa yang kita ada~


Saturday, July 20, 2019

Tetapkan hati ini pada agama-Mu.

Pedihnya rasa di hati,
bila harapan kita impikan musnah begitu sahaja.

Begitu juga rasanya bilamana hati kita jauh...jauh..dari Allah.
Pemilik hati ini.
Pemilik rahsia hati.

Bagaikan tin kosong yang dibiarkan buruk,
sehingga berkarat,
sampai tiada cara lagi untuk digilap semula.

Andai kata-kata mampu hidupkan semula hati ini,
biarlah kata-kata itu dari ayat cinta Allah.

Yang diharapkan dengan Allah,
tidak akan pernah sunyi,
tidak akan pernah kosong,
yang ada hanyalah kasih dan cinta dari Nya.


Sunday, June 9, 2019

Bukan mudah, tapi pasti!

Usah bimbang akan hadirnya ujian di kala engkau sedang kesempitan. Yakin sahaja dengan aturan Allah pada kita. Keyakinan itu akan benar-benar hadir bilamana kita berserah segalanya pada Allah.

Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan juga Maha Mengatur. Sungguh, tiada daya dan upaya kita sebagai seorang hamba yang kerdil ini. Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Begitulah, saya meletakkan mengharapan pada Allah dalam setiap urusan saya. Even, ada perkara yang saya rasa x mungkin saya boleh buat, tapi bila saya serahkan segala urusan pada Allah, Allah permudahkan jalannya.

Saya pasti tiap-tiap dari kita semua mesti akan ada “Big Problem” dalam life masing-masing kann. Tidak kurang juga dengan kehidupan saya. Sentiasa ada di fikiran akan masalah tersebut. Kadang-kadang rasa memang x mampu untuk teruskan dah.

Tapii, sebab apa saya masih yakin untuk kehadapan? Sebab saya ada Allah. “Allah Yang Maha Pemurah”. Sentiasa ada jalan yang Allah bagi dalam setiap kesulitan. Walha, saya sendiri x jangka ia boleh berlaku. Ajaibnya pertolongan Allah. Indahnya peraturan Allah.

Sentiasa berbaik sangka terhadap Allah. Itu kunci utama untuk kita merasa tenang dan gembira dalam kehidupan. Walau kita rasa down macam mana pun, berbaik sangka lah pada Allah. Ada sesuatu yang Allah nak bagi pada kita. Kalau x cepat, mungkin ianya datang lambat. Tapii, pasti ada hikmahnya.

Bukan mudah untuk menerima apa yang baru bagi kita, tapi pasti ada ganjaran yang terbaik disisi Allah.

Sekian..


Saturday, April 20, 2019

Pilihan

Sesiapa yang memilih kebenaraan pasti selamat. Sesiapa yang memilih keburukan, pasti hancur. Hukum ini tidak berubah, walaupun paksaan tidak diletakkan pada kita dalam memilih baik ataupun buruk.

Setiap pilihan mempunyai efek. Apabila kita memilih mahu, ia mempunyai efek, dan sekiranya kita memilih tidak mahu, juga mempunyai efeknya. Tidak ada sebarang paksaan dalam membuat pilihan. Pilihan ini tidak sesekali menghilangkan efek sama ada mahu ataupun tidak.



Begitulah kehidupan. Kita sentiasa diberi peluang utk membuat pilihan. Memilih antara “YA” atau “TIDAK”. Bagi saya pilihan dalam kehidupan sungguh memeritkan. Kerana, pada hujungnya sudah pasti tidak jelas bagi kita. Yang jelasnya, hanyalah waktu sekarang.

Syukur kerana kita masih lagi diberi kekuatan dalam mengerjakan solat dan berdoa pada Allah. Sesungguhnya, setiap pilihan yang kita buat perlulah berbalik pada Allah. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Dan diri kita sendiri pula, perlulah ada usaha dalam memohon bantuan dari Allah. Akan terbit gerak hati yang menyenangkan pada satu arah dalam 2 pilihan kita. Dari situ Allah memberi kecenderungan untuk kita membuat pilihan yang terbaik. Pilihlah mengikut gerak hati yang lebih tenang utk kita. InsyaAllah itu pilihan yang terbaik. 😊

P/s: entry sy kalini mungkin berbeza dari sebelumnya. Sebenarnya ini first time sy menulis menggunakan fon. Biasanya akan guna laptop untuk menulis. Disebabkan kekangan waktu, sy cuba untuk menulis melalui fon mulai skrg ini. 😊

Semoga ada kebaikkan untuk semua🤗