Saturday, July 20, 2019

Tetapkan hati ini pada agama-Mu.

Pedihnya rasa di hati,
bila harapan kita impikan musnah begitu sahaja.

Begitu juga rasanya bilamana hati kita jauh...jauh..dari Allah.
Pemilik hati ini.
Pemilik rahsia hati.

Bagaikan tin kosong yang dibiarkan buruk,
sehingga berkarat,
sampai tiada cara lagi untuk digilap semula.

Andai kata-kata mampu hidupkan semula hati ini,
biarlah kata-kata itu dari ayat cinta Allah.

Yang diharapkan dengan Allah,
tidak akan pernah sunyi,
tidak akan pernah kosong,
yang ada hanyalah kasih dan cinta dari Nya.