Monday, September 7, 2015

Beri ruang pada hati untuk berfikir

Tuhan,
Demi masa yang singkat,
Hari-hari aku dilalui sama dengan kebanyakkan manusia,
Tanpa sedar,
Aku seperti asyik dengan kerja-kerja dunia,
Aku lalui waktu demi waktu,
Penuh dengan kesibukkan kerja aku,
Malam aku penuhi dengan ibadah pada Yang Esa,
Setelah itu,
Aku terus lagi menyambung kerja-kerjaku,
Terus dan terus sampai aku merasa penat,
Dan aku berehat dengan tidur.

Aku percaya pada diri,
Bahawa aku tidak lalai seperti mereka yang lebih sibuk bekerja di luar sana,
Aku sertakan solat duha pada setiap pagi,
Aku memohon keberkatan dari Tuhan Yang Memberi Rezeki,

Begitulah hari-hari aku,
Sampailah suatu masa,
Aku di khabarkan berita kematian saudaraku sendiri,
Maghrib itu,
Aku rasa sesuatu yang sukar untuk di bicarakan dengan tutur kata,
Aku istighfar pada diri,
Al-Fatihah.

Selang beberapa hari lagi,
Aku di khabarkan berita yang sama,
Satu lagi kematian saudaraku sendiri,
Al-Fatihah,
Saat ini,
Aku benar-benar merasa teguran dari Dia,
Aku sedar walau kita mencuba untuk tidak lalai dalam kesibukkan kerja,
Pasti terselit sedikit kelalaian itu,
Bila solat adakah hati aku ingat pada Dia,
Bila mengaji adakah hati aku benar-benar menghayati tafsir,
Bila ke surau adakah hati aku benar-benar mendengar tazkirah.

Bukan mata itu buta,
Tetapi hati di dalam dada.