Sunday, June 9, 2019

Bukan mudah, tapi pasti!

Usah bimbang akan hadirnya ujian di kala engkau sedang kesempitan. Yakin sahaja dengan aturan Allah pada kita. Keyakinan itu akan benar-benar hadir bilamana kita berserah segalanya pada Allah.

Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan juga Maha Mengatur. Sungguh, tiada daya dan upaya kita sebagai seorang hamba yang kerdil ini. Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Begitulah, saya meletakkan mengharapan pada Allah dalam setiap urusan saya. Even, ada perkara yang saya rasa x mungkin saya boleh buat, tapi bila saya serahkan segala urusan pada Allah, Allah permudahkan jalannya.

Saya pasti tiap-tiap dari kita semua mesti akan ada “Big Problem” dalam life masing-masing kann. Tidak kurang juga dengan kehidupan saya. Sentiasa ada di fikiran akan masalah tersebut. Kadang-kadang rasa memang x mampu untuk teruskan dah.

Tapii, sebab apa saya masih yakin untuk kehadapan? Sebab saya ada Allah. “Allah Yang Maha Pemurah”. Sentiasa ada jalan yang Allah bagi dalam setiap kesulitan. Walha, saya sendiri x jangka ia boleh berlaku. Ajaibnya pertolongan Allah. Indahnya peraturan Allah.

Sentiasa berbaik sangka terhadap Allah. Itu kunci utama untuk kita merasa tenang dan gembira dalam kehidupan. Walau kita rasa down macam mana pun, berbaik sangka lah pada Allah. Ada sesuatu yang Allah nak bagi pada kita. Kalau x cepat, mungkin ianya datang lambat. Tapii, pasti ada hikmahnya.

Bukan mudah untuk menerima apa yang baru bagi kita, tapi pasti ada ganjaran yang terbaik disisi Allah.

Sekian..


Saturday, April 20, 2019

Pilihan

Sesiapa yang memilih kebenaraan pasti selamat. Sesiapa yang memilih keburukan, pasti hancur. Hukum ini tidak berubah, walaupun paksaan tidak diletakkan pada kita dalam memilih baik ataupun buruk.

Setiap pilihan mempunyai efek. Apabila kita memilih mahu, ia mempunyai efek, dan sekiranya kita memilih tidak mahu, juga mempunyai efeknya. Tidak ada sebarang paksaan dalam membuat pilihan. Pilihan ini tidak sesekali menghilangkan efek sama ada mahu ataupun tidak.



Begitulah kehidupan. Kita sentiasa diberi peluang utk membuat pilihan. Memilih antara “YA” atau “TIDAK”. Bagi saya pilihan dalam kehidupan sungguh memeritkan. Kerana, pada hujungnya sudah pasti tidak jelas bagi kita. Yang jelasnya, hanyalah waktu sekarang.

Syukur kerana kita masih lagi diberi kekuatan dalam mengerjakan solat dan berdoa pada Allah. Sesungguhnya, setiap pilihan yang kita buat perlulah berbalik pada Allah. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Dan diri kita sendiri pula, perlulah ada usaha dalam memohon bantuan dari Allah. Akan terbit gerak hati yang menyenangkan pada satu arah dalam 2 pilihan kita. Dari situ Allah memberi kecenderungan untuk kita membuat pilihan yang terbaik. Pilihlah mengikut gerak hati yang lebih tenang utk kita. InsyaAllah itu pilihan yang terbaik. 😊

P/s: entry sy kalini mungkin berbeza dari sebelumnya. Sebenarnya ini first time sy menulis menggunakan fon. Biasanya akan guna laptop untuk menulis. Disebabkan kekangan waktu, sy cuba untuk menulis melalui fon mulai skrg ini. 😊

Semoga ada kebaikkan untuk semua🤗

Friday, April 20, 2018

Mensyukuri Nikmat Allah

"Tuhan..
segalanya telah Engkau berikan
tetapkan saja hatiku
maaf ku selalu terlupa
mensyukuri semuanya

tanpa Kamu, siapalah aku
tanpa aku, tetap saja Kau sempurna
dan satu, terangilah hatiku"




 ‘Umar said, “I heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say, ‘If you were to rely on Allah as He should be relied on, He would provide for you as He provides for the birds. They go out early in the morning hungry and return in the evening full.’” – Narrated by at-Tirmidhi and he said, “Hadith Hassan.”









Jika kita bersyukur dengan apa yang ada, pasti Allah akan tambah lagi. Selalu kita dengar ayat-ayat ini dari sahabat2 kita bukan? Namun, sejauh mana kita betul-betul syukur dengar nikmat yang sekarang. Pandang pada diri, dan tanya hati kita sendiri. Sebenarnya yang membuatkan kita kurang syukur dengan apa yang ada ialah kerana kita selalu compare hidup kita dengan orang lain. Kenapa nak compare hidup kita dengan orang lain sedangkan Allah telah tentukan ujian seseorang itu lain2. So, mulai sekarang, cuba lihat orang yang di bawah kita jika kita rasa apa yang kita mahu, kita xdapat. Dari situ kita akan lebih bersyukur dengan apa yang ada. 

Kalau kita rasa, kita ini banyak sgt ujian, cuba tgk orang lain yang masih belum makan lagi harini.
Kalau kita rasa, kita ini xkaya2, cuba tgk mereka yang hanya mampu berjalan kaki.
Kalau kita rasa, kita ini hanya mampu makan nasi putih shja, cuba tgk mereka di Syria hanya mampu makan sisa-sisa makanan shja.

Allah Ya Razaq, Allah Yang Maha Memberi Rezeki, sungguh banyak rezeki yang Engkau kurniakan pada kami ini, cuma kami yang kurang bersyukur. Jadikan kami dalam kalangan orang-orang yang bersyukur di akhirat kelak.  

:)


Monday, February 5, 2018

Kembali pada Allah.


Kita pandang pada langit,
Luas sangat kita nampak,
Kita rasa tenang melihat langit yang biru,
Bila pandang lagi sekali,
Kita terkenang dosa-dosa kita,
Dosa yang banyak sangat kita buat pada Allah,

Tapi Allah sangat baik pada kita,
Akan sentiasa ada pengampunan dari Allah,
Jika kita istighfar dan bertaubat,

Sejahat mana pun kita,
Seteruk mana pun dosa kita,
Allah tetap membuka pintu taubat-Nya pada kita,

Cuma kita yang malas untuk bertaubat,
Leka dengan dunia,
Seronok dengan alam dunia ini,
Lantas kita lupa untuk kembali pada Allah,

Sedangkan alam akhirat itu adalah kekal,
Malah kita hanya tinggal sementara sahaja di sini,
Kita akan tinggalkn kesemua keseronokan yang kita ada di dunia ini,
Kita tak akan bawa apa-apa pun harta benda di dunia ini,
Cuma amalan kita sahaja yang di bawa di sana nanti,

Apa yang kita perlu persoalkan diri kita sekarang,
Cukup ke amalan kita sekarang?
Apa je yang kita nak bawa nanti,

Lihatlah diri kita sendiri,
Kerana orang lain x mampu untuk menilai kita,
Melainkan diri kita sendiri,

Pernah x kita bayangkan,
Bagaimana kita nanti bila sudah tiba saat kematian kita,
Moga kita sentiasa muasabah diri sebelum terlambat,
Kerana setiap nafas kita sangat bernilai untuk kita bertaubat.




Sunday, April 9, 2017

Patahnya sebelah sayap

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi oleh Allah sekalian. Lamanya saya tinggal untuk menulis di blog nie. Alhamdulilah, Allah masih lgi gerakkan hati untuk terus menulis walaupun tidak banyak pun input yang saya ada. Tapi diharap apa yang ada ini sedikit sebanyak dapat dikongsi dengan sahabat semua. Jadi, harini saya nak kongsi sedikit cerita yang berlaku dalam kehidupan seharian dan apa yang saya alaminya sendiri. Sepertimana kita semua tahu, bahawasanya solat itu merupakan tiang agama islam. Solat ni kn merupakan perkara basic yang kita perlu laksanakan sebagai orang islam. Macam mane ea nk cakap..Bagi saya kan, solat ni benda yang paling penting yang kita perlu utamakan. Kalau kita tinggal solat, maknanya kita telah ingkar perintah Allah, dan kita juga telah tinggal dan lari dari suruhan Allah. Senang cerita la kan, cuba bayangkan kalau kita pergi kerja dan kita di bayar gaji setiap bulan macam biasa, tpi dalam diam sebenarnya kita nie langsung tak buat kerja pun. Kiranya kita ni makan gaji buta. Asyik keluar je kerjanya, keluar makan la, keluar g beli barang la, keluar g bank la, dan banyak sgt la urusan dia yang lain tue time waktu kerja. Kau rasa BOSS kau akan marah tak kalau kau tak buat kerja langsung tapi tiap2 bulan gaji kau dibayar macam biasa. Aku rasa siap2 hari bulan nanti kau pun kena buang kerja.

Haaa, macam tu la dgn solat juga. Cuba bayang Allah dah bagi macam2 nikmat untuk kita tau. Nikmat sihat anggota badan, nikmat dapat makan dan minum, nikmat dapat bergerak dan macam2 nikmat lagi. Tapi sanggup ke kau tinggalkan solat?? Ya Allah, tak tahu la nak cakap apa kn. Tapi tu la yang saya rasa bila tahu ada juga kawan2 disekeliling yang tak solat. :( sedinya tu rasa macam nak menangis kat situ jgk time tue. Mengapa ye awk2? Kenapa tak solat. Susah sangat ke nk luang masa dalam 5-10 minit untuk solat sekejap. Allah bagi pinjam kt kita 24jam dalam sehari. Kita guna 24jam tu utk keseronokkan kita je kann. Mana masa untuk Allah?? Cuba ye kawan2. Bagi yang belum solat tu, tolong lahh..solat lah. Sebab peritnya untuk kita menanggung di akhirat nanti kawan2 dan kita tak akan mampu untuk tanggung dosa-dosa itu.

Saya sendiri pun rasa malu dengan diri sendiri sebab payah sangat untuk khusyuk dalam solat. Tapi tiap2 hari saya cuba untuk khusyuk dalam solat dan moga2 Allah terima setiap solat kita. Kadang2 rasa jgk berdosa dgn diri sendiri, sebab xmampu untuk tegur depan2 dgn kwn2. Rasa macam tak terkeluar dari mulut ni untuk tegur mereka. :( Semoga Allah membuka hatimu sahabat. Dan semoga Allah memberikan istiqomah kepada saya dan juga sahabat yang lain. Solatlah seperti itu merupakan solat terakhir kamu. Moga Allah memberi hidayah kepada kita semua untuk terus berada dalam keredhaanNya. Ingatlah, kalau kita tinggalkan solat nie kan,bermakna patahnya sebelah sayap kita. Haaa, ni bukan macam drama cinta dalam patahnya sebelah sayap tu tauu. Tapi cinta antara kita dengan Allah subahanallahu taala.

-Siapalah kita, tanpa Allah disisi.-
(10/4/2017)

Mohon doa dari sahabat semua untuk saya. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kita semua. Walau dimana awak berada, kita sentiasa memandang langit yang sama. :')
Rindu~
Bai bai



Thursday, June 23, 2016

Rezeki Allah itu dari arah yg tidak disangka-sangka.

Assalamualaikum, lamanya x menulis di sini. Terasa diri  ini seolah-olah lari dari kehidupan menulis. Sebetulnya, saya sangat sangat merindui untuk menulis di sini setiap hari. Tapi apakah daya, masa sangat pantas berlalu. Berlalu dengan begitu cepat, dan akan berlalu lagi dari masa ke semasa. Dan alhamdulilah, sekarang ini adalah bulan Ramadhan. Syukur Ya Allah, kerana masih panjangkn umur ini untuk terus bertemu dengan bulan yg penuh dgn kerahmatan. Setelah sekain lama habis sahaja study ini, saya banyak sangat belajar apa itu erti kehidupan sebenarnya. Di mana, seperti mana kebiasaan orang ramai di luar sana kn, of course lah after hbs stdy kite semua akan mula mencari kerja atau pun ada sesetengah orang sambung stdy lagi ( which is good depends on our own interest). Cakap bab kerja ini kn, ketahuilah bahawasanya kerja yg kita dpt itu adalah rezeki yg Allah anugerahkn pada kita.

Cuba pandang di segenap dunia ini, betapa ramai mereka yg sudah memiliki kerja dan betapa ramai juga mereka yg belum memiliki kerja. Diri saya sendiri pun sekrang, masih belum mendapat pekerjaan yg lagi. Siapa kata tak sedih?? Hanya Allah yg tahu. Sebenarnya, sy tidak lah terlalu memaksa diri sy untuk mendapatkn kerja, cuma adalah lah apply beberapa jobs. Cuma belum ada rezeki lagi sekarang ini. Alhamdulilah juga, di sebalik tiada kerja sekarang, Allah sebenarnya hadiahkn sy satu business sendiri. Saya happy dgn business sy sekarang, dan saya suka dgn business sy skrg. Jika diizinkn Allah, sy ingin memiliki kedai yg sendiri. Berkat di bulan Ramadhan yg mulia ini, moga Allah ambil kesemua doa-doa sy dalam simpanannya dan dimakbulkn satu per satu doa saya itu. Saya sabar dengan ujian ini, dan saya tahu Allah nak bagi yg lebih baik lgi pada saya di masa yg akan datang. Tapi saya sedikit kecewa, bilamana ramai orang2 di luar sana yg sibuk bertanya2kn soalan yg sama hampir setiap masa, dh kerja ke?? eh, belum dpt kerja lagi ke?? dyeorg mcm hemm...pelikss.Tak kisah kalau nk tnya tue, tpi soalan itu sering di tnya beberapa kali. Saya percaya pada rezeki Allah. Allah tak akan berlaku zalim pada hambaNya yg berdoa padaNya. Saya yakin pada Allah. Rezeki Allah itu ada di mana-mana sahaja. Pada saya, apa yg patut kita buat adalah berdoa dan terus berdoa kepada Allah. Apa yg kita ada sekarang, kita usahakn dgn sebaiknya, terus bergerak dgn apa yg kita ada sekrang dan jgn toleh belakang lgi. Ingatlah, tiada usaha yg sia-sia. Selagi kita taat pada Allah, Allah akan bantu kita.

Bersabarlah dalam hadapi kehidupan dunia, kehidupan kita terlalu singkat di dunia ini. Berbuatlah kebaikkn semampu kita. Sebanyak manakah amalan kita untuk kita bawa di kehidupan yg panjang di hadapan sana nanti. Sesungguhnya, kematian itu pasti akan tiba. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Tujuan utama kita adalah mecari redha Allah. Berdoalah dan terus berdoa.

Yakinlah teman dengan keajaiban doa ini. Bila kita sudah merasainya, kita akan tahu. :)

SALAM RAMADHAN TEMAN.
Tulus Ikhlas dari,
AKU.