Wednesday, October 15, 2014

Mencari hidup yang sebenar

Wahai Tuhanku,
Maaf atas perasaan aku ini,
Aku seakan putus harapan utk hidup,
Aku mencari ruhi aku yang dulu,
Agar kembali semula,
Puas aku cari,
Engkau simpan dalam simpananMu,
Kembalilah ia padaku,
Aku perlukan ia,
Sangat,
Aku rebah dengan cerita dunia,
Takut dengan permainan ini,
Aku mencari cahaya itu,
Tuhan,
Tolong aku,
Jangan biar aku begini,
Aku tahu Engkau menguji aku sekarang,
Aku seakan seorang pendengar tuli yang tak mampu berbuat apa2,
Aku sepi dalam jeritan dunia,
Aku kaku dalam berbicara yang benar pada sahabatku,
Sukar Ya Allah,
Ini bukan lagi hanya cerita dongengan,
Aku melihat sendiri pentas hiburan dunia itu,
Cukup sangat,
Untuk membuatku sedih dan lolos dari hati,
Benar,
Aku insan yang lemah,
Aku tiada logam yang berharga nk dibandingkan dengan akhwat yang lejen di luar sana,
Aku tak seperti mereka yang petah dalam berbicara sana sini,
Aku hanya pendosa yang tegar,
Yang hanya ingin taat dan cinta pada Dia,
Aku tiada yang istimewa,
Aku malah pendosa,
Aku hanya ingin merasa kasih sayangMu,
Allahu robbi,
Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabir,
Milik Allah lah pada yang ada di langit dan di bumi,
Ampuni daku....

#hatiakusakit


Tuesday, October 14, 2014

Menjadi Ansar

"Sekiranya bukan kerana hijrah, nescaya aku adalah orang Ansar."

Begitulah sabda Nabi SAW kepada sekumpulan orang Ansar usai perang Hunain, yang menyasikan umat Islam memperoleh harta rampasan (ghanimah) yang tidak terkira banyaknya setelah berjaya menundukkan kabilah Tsaqif dan Hawazin di dalam perang itu.

Rasulullah SAW mengagih-agihkan harta tersebut dan memberikan sebahagian besar harta yang ada kepada penduduk Mekah yang baharu memeluk Islam, dengan tujuan untuk melembutkan hati mereka. Orang Ansar yang turut sama di dalam peperangan tersebut, sedikit pon tidak mendapat habuan mereka.

Akibatnya, ramai daripada mereka yang tidak puas hati dan merajuk dengan tindakan Rasulullah SAW tersebut. Sehingga ada yang mengatakan,

"Moga Allah mengampunkan Rasulullah, kerana baginda hanya memberikan (ghanimah) kepada orang-orang Quraisy dan tidak memberikan kami sedikit pon, walhal pedang-pedang kami ikut menumpahkan darah musuh."

Apabila berita ini sampai ke telinga baginda, baginda mengarahkan agar orang Ansar berkumpul untuk bertemu dengan mereka. Arakian berlakulah dialog yang cukup mengharukan antara Rasulullah SAW dan orang-orang Ansar, yang saya kira antara peristiwa paling lejen dan mengesankan di dalam seerah nubuwwah. 

"Bukankah aku datang kepada kalian, kalian dalam keadaan sesat lalu Allah memberikan petunjuk kepada kalian? Kalian dalam keadaan miskin, lalu Allah melimpahkan kekayaan kepada kalian? Kalian yang sebelumnya bermusuh-musuhan, lalu Allah damaikan hati-hati kalian?"

Begitulah sabda ar-Rasul kepada orang-orang Ansar. Orang-orang Ansar terkedu mendengar sabda junjungan mereka yang mulia, sehingga mereka hanya mampu untuk mengungkapkan,

"Benar, Allah dan Rasul-Nya telah memberikan dan melebihkan."

Baginda bersabda lagi, "Mengapa kalian tidak menjawab pertanyaanku, wahai orang-orang Ansar?"

"Dengan apa kami harus menjawabmu, ya Rasulullah? Hanya bagi Allah dan Rasul_nya segala kurniaan dan keutamaan."

Betapa mulianya orang-orang Ansar!

"Demi Allah, kalian dapat mengatakan dan perkataan kalian benar, 'Engkau datang kepada kami dalam keadaan didustakan, kami justeru mempercayaimu. Engkau dihinakan, kami justeru menolongmu. Engkau diusir, kami justeru memberikan tempat untukmu. Engkau dalam ekadaan sulit, kami justeru membantu kesulitanmu.'"

Seolah-olahnya Rasulullah SAW inging mengatakan, sekiranya kalian mahu mengadu, kalian mahu mengungkit, kalian tak puas hati, maka kalian boleh mengatakan begini dan begini, kalian pasti benar dan aku akan pasti tidak akan mampu untuk menafikannya!

Tetapi tidak! Apakah respon orang-orang Ansar? 

"Benar, Allah dan Rasul-Nya telah memberikan dan melebihkan."

Subhanallah!

"Wahai kaum Ansar, apakah ada perasaan yang mengganjal pada diri kalian kerana tidak mendapat sejemput keduniaan yang tidak ada ertinya? Padahal dengan sampah itu, aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru saja masuk Islam, sedangkan kalian sudah tidak diragukan lagi keIslaman kalian. Tidakkah kalian senang, wahai orang-orang Ansar, jika mereka pulang membawa kambing dan unta, sedangkan kalian pulang membawa Rasulullah? 

Demi jiwaku yang berada pada tanganNya, seandainya bukan kerana hijrah, nescaya aku adalah orang Ansar. Seandainya manusia menempuh satu lembah dan orang Ansar menempuh lembah yang lain, nescaya aku akan menempuh jalan orang-orang Ansar. Ya Allah! limpahkanlah rahmatMu kepada orang-orang Ansar dan anak-anak keturunan mereka."    

Subhanallah walhamdulillahi walailahaillallah wallahu akbar! Gaban hebatnya orang-orang Ansar ini sehingga memaksa Rasulullah SAW untuk memujuk mereka sedemikian rupa! 

"Kami rela jika mendapatkan Rasulullah!"

Jawab orang-orang Ansar sambil menanges secara berjemaah sehingga basah janggut-janggut mereka.  

Lap air mata.

Tarik nafas dalam-dalam.

Sesiapa sahaja yang membaca kisah ini, selain terpaksa menghiris laju-laju bawang merah berguni-guni banyaknya, pasti akan tertanya-tanya, apakah keistimewaan orang-orang Ansar sehingga diberi layanan yang cukup istimewa oleh Rasullullah. Apa hebatnya kaum Ansar ini, sehingga baginda akan mengikuti dan mahu bersama mereka sampai bila-bila? Apa sumbangan dan pengorbanan orang-orang Ansar sehingga baginda mendoakan kebaikan untuk mereka dan anak cucu keturunan mereka?

Jawapannya mungkin terkandung di dalam ayat chenta yang satu ini:
"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya."
[al-Hasyr, 59:10]

Tsk.

Bagaimana? Anda sudah nampak permainannya di situ?

Pengorbanan orang-orang Ansar bersama-sama Rasulullah SAW dan para sahabat Muhajirin dalam menegakkan Islam tiada tolok bandingnya. Kesungguhan dan keikhlasan mereka dalam berjihad dan berjuang menyebarkan dakwah ilallah tiada keraguan padanya. Kesanggupan mereka menanggung risiko diserang oleh seluruh jazirah Arab kerana menempatkan Rasulullah SAW dan para sahabat lantas menjadikan Madinah sebagai pusat penyebaran Islam, merupakan sesuatu yang akan terus tercatat di dalam lembaran sejarah sebagai suatu peristiwa epik yang tiada taranya. 

Namun yang lebih utama daripada semua itu adalah kechentaan mereka terhadap Allah, ar-Rasul dan para sahabat Muhajirin melebihi chenta mereka pada keluarga dan diri mereka sendiri. Inilah penanda aras kehebatan para sabahat Ansar yang tiada tolok bandingnya, sehingga Allah sendiri merakamkannya di dalam al-Quran:

"Mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat."

Pergh. Epik!

Antara kisah yang paling lejen sudah tentulah persaudaraan antara Abdul Rahman bin 'Auf r.a. dengan sahabat Ansar, Sa'ad bin Rabi' r.a.. Bagaimana dikisahkan, tanpa ragu-ragu dan kompromi, Sa'ad telah menawarkan harta bendanya kepada Abdul Rahman. Tidak cukup dengan itu, dia juga telah menawarkan salah seorang isterinya kepada Abdul Rahman untuk dinikahkan! Subhanallah! 

Kalaulah kita yang berada di tempat Sa'ad, sudah pasti kita tidak sanggup melepaskan zaujah terchenta kepada seorang sahabat yang baharu sahaja dikenali. Kalaulah kita sanggup sekalipon, pastilah kita akan memilih isteri yang paling, err, tidak lagi cun di mata kita untuk diceraikan dan dinikahkan dengan Abdul Rahman. Wahaha. Dan kalaulah kita di tempat Abdul Rahman, pastilah kita tanpa segan silu dan penuh keterujaan menerima tawaran itu. Wahai!  

Namun betapa besar hatinya Sa'ad, dia memberikan kebebasan kepada Abdul Rahman untuk membuat pilihan. Dan betapa mulianya Abdul Rahman, dia menolak kedua-dua tawaran itu dengan baik, sebaliknya meminta agar ditunjukkan arah pasar yang berdekatan.

Mereka redha dengan Allah dan moga Allah redha dengan mereka!  

Pengorbanan orang-orang Ansar yang sanggup menerima saudara-saudara Muhajirin mereka tanpa sebarang syarat, merupakan sesuatu pengorbanan yang cukup agung dan bermakna. Bayangkan sahajalah, orang-orang Muhajirin yang baru berhihjrah meninggalkan harta dan sanak-saudara di Mekah, disambut dan dilayan dengan begitu baik dan mesra oleh orang-orang Ansar. Mereka yang sebelum ini diseksa dan dipulaukan oleh kuffar Quraisy, akhirnya menemukan tempat perlindungan yang bukan sahaja aman makmur, malah menerima mereka seadanya. Kaum Muhajirin yang meninggalkan Mekah, tidak pasti masa hadapan yang bagaimana yang menanti mereka, akhirnya boleh berasa tenang dan aman, dengan jaminan yang diberikan oleh orang-orang Ansar.

Sungguh, pengorbanan orang-orang Ansar tidak kecil nilainya. Pengorbanan orang-orang Ansar benar-benar luar biasa!

Maka tidak hairanlah, sebelum Rasulullah SAW membuat keputusan untuk berperang di Badar, baginda terlebih dahulu bersungguh-sungguh mahu mendengar pendapat orang-orang Ansar terlebih dahulu. 

"Demi Allah yang telah mengutusmu dengan hak, seandainya engkau meminta kami untuk terjun ke lau dan kemudian engkau pon terjun, maka kami pon akan terjun dan tidak ada seorang pon dari kami mengingkarimu dan tidak ada yang enggan untuk berperang esok dan sungguh kami akan sabar dalam peperangan nanti. Semoga Allah memberikan kemenangan kepadamu. Berjalanlah bersama kami dengan berkat Allah."

Hanya setelah mendengar kata-kata Sa'ad bin Muadz (seorang sahabat Ansar) itu, baharulah Rasulullah SAW berasa senang dan tenang untuk pergi berperang.   

Lantas, apa yang dapat kita belajar daripada orang-orang Ansar? 

Dari Ansar, kita belajar memaknai erti ukhuwwah fillah yang sebenar.

Dari Ansar, kita belajar Islam hanya akan tertegak dengan saf-saf umat Islam yang bersatu-padu.

Dari Ansar, kita belajar memaknai itsar, melebihkan saudara-saudara terchenta melebihi kemahuan dan kehendak diri.

Dari Ansar, kita belajar untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raga kepada perjuangan menegakkan agamaNya.

Dan dari Ansar, kita belajar bahawasanya chenta, memerlukan pengorbanan yang tiada sempadannya. 

Beritahu saya, siapa yang tidak mahu masuk sorga untuk bertemu dengna orang-orang Ansar yang sudah melebihi tahap Super Saiya ini?  

Senyum, lap air mata.
-gabbana-

Friday, October 10, 2014

Rabitah

Pagi tadi,
Aku gapai buku kecil atas meja,
Seperti biasa seusai subuh,
Buku kecil itu menjadi tatapan mata,
Mathurat,
Zikrullah dan doa bagai satu hadiah utk hati aku,
Dan aku yakin,
Ianya juga menjadi permulaan pada setiap hari,
Pada engkau juga bukan?

Pada hujung doa mathurat,
Doa rabitah menjadi penutup,
Sampai di situ,
Aku teringat akan arwah,
Mengapa begitu banyak sekali kenangan yang membuatkan aku tak akan pernah lupa,
Sungguh besar kesanmu pada kami semua,
Aku teringat tentang kehadirannya,
Membacakan doa rabitah,
Di saat kami punyai sakit di hati waktu itu,
Lalu hati kami sayu akan setiap makna doa itu,
Tak dapat aku tahan sebak,
Begitu menusuk di hati,
Sungguh bersih hatimu,
Sungguh...

Aku gembira sekali akan pertemuan pada malam itu,
Hingga kini,
Seakan ia baru sahaja berlaku.

Al-fatihah kak mum
:)


Thursday, October 9, 2014

Infiru

Pelangi itu cantik, tapi dia tak akan muncul selagi hujan tidak membasahi bumi. Same to goes with our life. Kehidupan itu indah sebenarnya, tapi akan lebih indah bila adanya ujian. Setiap tulang belulang kita akan rasa lebih di hargai bila ia di lalui dengan ujian. Maka, akan ada makna yang tersendiri tentang kehidupan bilamana hidup kita adanya matlamat yang jelas. Bagi saya matlamat dalam hidup penting kot. Tanpa matlamat, hidup kita tiada arah tuju. Dan kita, which is as muslim..seharusnya meletakkan matlamat yang jelas dalam memaknai perjalanan hidup. Sayang sangat2, bila matlamat kita sudah jelas, tapi ia di kaburi oleh dosa-dosa kita. HUKS!!

=(


Pelangi kan..dia ada banyak sangat warna...setiap warna itu cantik sangat..mashaallah.

"Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?
Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, niscaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih." [al-mulk: 3-4]

Ya Allah...meleleh air mata~~

Ayat ini betol2 basahkan ruhi saya..first time tahu tafsir al-mulk ini, mmg ayat ini cair di hati~~
Benar, pada ciptaan Tuhan, kita tak akan nmpk ketidaksempurnaan itu. Sungguh, lengkap dan teliti ciptaan Allah. Saya ingat lagi, usrah yang dulu2, ada akhwat ini kata, sebagaimana Allah teliti dalam menciptakan kita, sebegitu teliti lah akan akan menghisab amalan kita. Fuhh...

Peluh panjang..

Ambik kertas besar2, tulis matlamat kita, pastu tampal kt dinding..haaa, mampu?
xde lah, terpulang lah, masing2 ada cara tersendiri, tapi apa yang penting matlamat kita sama...iaitu...

-khalifah  [2:30]
-ibadah [51:56]



Di manapun kita berada, kita harus jelas dengan tujuan kita. Jangan berhenti berlari, sehingga kedua-dua kakimu berada di syurga. Bergeraklah walau susah. Sebab bila kita ltk Allah sebagai tujuan kita, percayalah, Allah akan bantu kita. Tak saya nafikan, bila ujian datang pada kita, hanya Allah saja tempat kita mengadu, sedih tu..hanya Allah saja yang tahu, tapi apa yang membuatkan kita bangkit semula adalah Allah!


Jika kita rasa sangat malas untuk keluar berdakwah, ingatlah, Ada lagi orang lain yang susah payah keluar berdakwah dengan hanya wang yang cukup-cukup di tangan.
Jika kita merasa lengah, ingatlah bahawa kematian tidak menunggu kita.
Jika kita merasa futur, bangkitlah, kerana iman itu perlu disemai dibaja dan jangan biarkan futur anda dihiasi.
Jika anda merasa susah, berdoalah supaya Allah memudahkannya.
Jika kita merasa sangat lemah, bangkitlah! Kuatkan diri anda!! Mantapkan mujahadah anda, kerana syurga itu memang mahal dan perlukan mujahadah.
Dan jika anda merasa sangat pahit, senyumlah! Ketahuilah memang mujahadah itu pahit, kerana SYURGA nanti sangat MANIS.
Semangat infiru!!

Forgive me Ya Allah......