Saturday, March 21, 2015

Akhwat

Assalamualaikum...tak jawab dosa, kalau jawab sayanggggg... ^^

Alhamdulilah atas tiap-tiap nafas yang masih diberi pinjam oleh Dia. Mana mungkin kita boleh lalui perjalanan hidup tanpa pertolongan dari Dia. Pertolongan Allah itu sentiasa kita perlukan dalam setiap amal atau perbuatan kita. Tanpa pertolongan Allah kita tak akan mampu untuk berbuat apa2. Alhamdulilah. Saya pasti setiap masalah yang anda hadapi, anda pasti temui jalan keluarnya. Yang memberi jalan keluar dari setiap masalah itu hanyalah Allah. Jadi perbanyakkanlah bersyukur dalam hari-hari hidup kita. Tak akan selamanya kita di sini. Ambilah peluang yang diberi untuk berterima kasih pada Yang Maha Memberi. Kalau kawan kita tolong kita dalam kesusahan boleh pulak kita berterima kasih pada dia. Malah atas rasa terima kasih sangat2 kita tu, kekadang kita sanggup untuk mencari hadiah atau sesuatu utk beri pada kawan kita tu. Mengapa tidak pada Allah??



Saya teringat satu kisah yang berlaku dekat rumah saya. Begini. Di luar rumah saya akan sebatang pokok pisang ( sebatang @ sebuah?? ahhh, fail betul BM..APA-APA JE LAH hiks). So, ada lah beberapa orang yang lalu di rumah kami, dan mintak nak daun pisang tue. Ada seorang mak cik dan pak cik ni, ada lah dalam 2 @ 3 kali dah dia pernah ambik daun pisang tue. Kalau ambik daun pisang tu, sampai botak2 haaa daun pisang tue. hahah. Tak pe lah..kiteorg tak kesah pun. Ambilah makcik pakcik. Satu hari ni, mak cik dgn pak cik ni ada la ambik lagi daun pisang tu. Waktu tu mak saya nak keluar ( x igt pergi mana, sekolah kot ), lepastu mak cik dan pak cik ni bagi duit kt mak saya, xigt berapa ( tapi rasanya rm20 kot) (selalu x igt -_-), lepastu mak sy ambik jelah, lepas mak cik dan pak cik tu siap dh ambil daun pisang tu, ayah sy keluar, mereka ckp nk balik dh dan ckp terima kasih bnyk2. sebelum tu ayah sy dpt tahu lah yang mereka ada bagi duet kt mak sy sbb ambil daun pisang tu, ayah sy ckp xpyh la bgi duet, mmg nk bagi je kt orang daun pisang ni, ayah sy masuk dalam rumah, ambil duet, pastu bagi balik kt mereka. Nasib mereka ambil juga balik. hahaha..mcm2 lah. Mereka ckp terima kasih lagi dan balik. Bila masuk dalam rumah ayah sy cerita lah pasal tadi tue, lepastu ayah saya ckp, sepatutnya dia tak boleh atau tak payah ckp terima kasih kt kita, bukan hak kita semua tu. Terima kasih kt Allah. Lepastu sy ckp lah, sebab apa?? Ayah sy ckp, sebab bila orang ucap terima kasih kt kita, akan ada rasa riak atau bangga diri dalam diri, akan ada juga walaupun sedikit. Jadi ckp lah, xpyh la terima kasih. Terima kasih kt Allah. haaa, waktu tu mcm...hemmm betul lah apa ayah sy ckp tu. Mmg betul pun, bila orang beri penghargaan pada kita, akan ada rasa bangga diri dalam diri kita walau sedikit pun.

Moral of the story, sendiri pikiq lah! malas dh nk tulis hahah...takkkkk, sebenarnya nak cite pasal benda lain, tapi tercerita plk pasal ni. hahahahahhaha (ketawa dlm hati)

Saya nk cakap kt sini, bahawa akhwat itu tak akan pernah sama dengan kawan2 di sekeliling kita. Tak akan pernah sama. Bukannya saya ckp kawan2 di sekeliling kita ini tak baik, bukan okeyyyy. Dari segi pemahaman hati ke hati itu, akhwat lebih memahami dari kawan kita, Sebenarnya, kawan2 kita kan...mereka suka cerita-cerita je dengan kita, tapi bila kita nk luah sesuatu, dia akan ckp, hemmm...sy tak tau lah awak, awak pikir lah baik2 ye, pilih yang mana yang terbaik.

okeyyyy, omg omg omg!! saya nak kan jawapan okey, bukannya soalan balik, sebab saya tak leh pikir lah saya suruh awak fikir. -_-

hahahha

tapi betul lah, kebanyakkannya mcm tu kannnn.

But, then.. bila akhwat ni, kadang dia tak tahu pun mcm mana nak selesaikan masalah kita tu, tapi dia akan pura-pura buat-buat jawapan pada soalan kita tu. Paling tidak pun dia akan bacakan kita ayat-ayat CHENTA ALLAH kt kita.

MashaAllah.


Akhwat, tersangatlah baik.
Biar buruk mana pun dia,
Biar cela mana pun dia,
Tiap ucapannya itu menenagkan.

Akhwat ini,
kadang dia tak cakap banyak,
tapi dia fikir banyak,
kadang dia tak luahkan di depan kita,
tapi dia akan bersendirian,
kadang dia suka kacau akhwat lain,
tapi dalam hati dia sebenarnya dia sedang bersedih.

I know you.
and i love you too.




key baiiii~~~~

Assalamualaikum...tak jawab dosa, kalau jawab sayangggg...

:P



No comments:

Post a Comment