Saturday, September 22, 2012

Jihad Fi Sabililah


Allah berfirman yang bermaksud;-
"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya"
(Surah al-Baqarah ayat 154)
Lihatlah kata-kata suci Anas bin Malik r.a pula, Anas bin Malik ra.berkata : Dari Nabi SAW. baginda bersabda maksudnya :
"Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah kerana dia dapat kembali ke dunia bukan kerana untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Kerana ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid."
(Hadis Riwayat Muslim : 3488)


Lihatlah pula catitan dalam kitab Sunan Abi Daud, hadith 2520, Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Apabila saudara-saudara kamu dibunuh di Uhud, Allah meletakkan ruh mereka dalam perut burung hijau yang sentiasa menelusuri sungai-sungai syurga, ia makan buah-buahan syurga dan pergi mendapatkan sarangnsarangnya (qanadil) dari emas tergantung di bawah bayangan arasy."
"Apabila mereka (yang mati syahid itu) dapati betapa enaknya makanan, minuman dan tempat rehat mereka, mereka berkata, "Siapakah yang akan menyampaikan berita kepada saudara-saudara kita tentang kita, bahawa kita sedang hidup di syurga dengan mendapat rezeki. Supaya dengan itu mereka tidak akan berzuhud daripada jihad dan tidak akan undur daripada berperang."
Lantas Allah berfirman yang bermaksud;
" Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka." Lalu Allah turunkan ayat: "Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"
(Ali Imran 169)
Riwayat yang hampir sama disebut di dalam Sohih Muslim hadith (1887). Imam Muslim meriwayatkan hadith ini menerusi 3 jalan. Masruq berkata:
"Kami bertanya kepada Abdullah (yakni Ibnu Mas'ud) tentang maksud ayat:
" Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka." Lalu Allah turunkan ayat: "Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"
(Ali Imran 169)
Kata Ibnu Mas'ud, "Kami juga pernah bertanya Rasulullah SAW tentang perkara ini, lantas baginda bersabda:
"Ruh para syuhada' itu di dalam perut burung hijau. Ia ada beberapa lampu yang tergantung di arasy. Ia berterbangan di syurga seberapa lama yang dikehendakinya. Kemudian ia menuju ke arah lampu yang tergantung itu. Lalu Tuhan memandang mereka dan bertanya: "Adakah kalian inginkan sesuatu?" Mereka menjawab, "Apa lagi yang kami mahukan sedangkan kami bebas bergerak di dalam syurga ke mana saja yang kami mahu."
"Tuhan bertanya lagi hingga tiga kali. Maka apabila mereka dapati mereka tetap ditanya juga, akhirnya mereka berkata, "Ya Tuhan kami, kami mohon supaya dikembalikan ruh ke jasad kami supaya (kami dapat berjihad lagi dan kemudiannya) kami dibunuh pada jalanmu sekali lagi."
"Maka apabila Tuhan melihat mereka tidak ada lagi apa-apa hajat, merekapun ditinggalkan."
Ayuh semua, kita berjihad di jalan Allah!
Janganlah merasa takut mahupun rugi, kerana janji Allah itu sentiasa benar dan paasti!

*Semoga kita tergolong dalam kalangan rijal-rijal yg berjihad di jalan Allah...aamiin<3

No comments:

Post a Comment