Sunday, November 27, 2011

FaceAl-Quran,Bacalah!

Sesungguhnya Allah menciptakan dunia adalah utk kamu beribadat, janganlah kamu manfaatkn nikmat dunia yg Allah ciptakan ini ke arah keburukan.Berhati-hatilah dengan dunia....+_+(ost kpedb)

bismillah,kali ini jom kita hayati ayat2 cinta Allah.Al-Quran merupakan panduan hidup utk manusia,utk kita.Rasulullah s.a.w meninggalkan kpd kita dengan 2 risalah iaitu Al-Quran dan hadith.Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.Banyak kebaikan2 membaca Al-Quran ni,tpi kalau nk diceritakn mmg panjang dan memerlukan waktu yg sesuai utk dihuraikan.insyaAllah,jika berkesempatan akan dibincangkn kelebihan2 membaca Al-Quran pada masa yg akan dtg.InsyaAllah2..^_^


Dalam kehidupan kita,seringkali perasaan kecewa,sedih,gembira dan senang bertandang di hati setiap insani,namun jangan kita lupa bahawa Al-Quran ade semua jawapan itu.subahanaAllah...sygnya Allah pada kita kn...=)








KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah 


beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg 


sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya 


Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu 



menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak 


mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg 



paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam 



mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih 


daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan 


pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, 


kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan 



sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang 


yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan 



syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa 



dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12



~hamba Allah~28/11/2011...doakan ana utk quiz dan test ana dalam persinggahan dunia ini,insyaAllah..dan tidak adelah peperiksaan yg paling besar di dunia ini kecuali peperiksaan kita dengn Allah.moga kita dipilih oleh Allah utk merasai manisnya syurga itu...^_^Ya Allah,tolong ana.

No comments:

Post a Comment