Thursday, March 5, 2015

It's Friday, Again.

Assalamualaikum, jummat yang penuh dengan barokah. Alhamdulilah, atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Sehingga kini, Dia Yang Maha Kaya masih memberikan kecukupan atas setiap rezeki yang di catukan untuk setiap hamba-hambaNya. Marilah kita sentiasa bersyukur di hati, dengan merasai kecukupan atas segala yang ada pada diri kita. Allah ada berfirman, jika kita bersyukur, maka Dia akan tambahkan lagi. Suka kan?

=)
Petikan dari tausiyah Habib Ali Zainal Abidin :-

"Sedikit kamu bersyukur lebih baik daripada banyak (tapi) kamu tak mampu nak pikul.. Siapa yang tahu rahasia yang terbaik untuk kita?.. Allah SWT..”

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Marilah kita perbanyakkan selawat atas nabi muhammad sollallahu alaihi wassalam. Rindu kan kita untuk bertemu dengan kekasih Allah ini. Mendengar kisahnya sudah cukup untuk membuatkan hati kita basah. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat syafaat dari nabi muhammad sollallahu alaihi wassalam. Rindu untuk bertemu dengan baginda. Rindu. Mulianya baginda, atas setiap cerita yang didengar di telinga ini, tiada satu pun kisah yang membuatkan kita tidak teruja.

Ya Allah, kuatkan aku tempuhi hari di hadapan. Kukuhkan langkah kaki ini. Sabar. Allah ada. :')

Di bawah ini ada satu kisah yang cukup menarik hati saya. Selamat membaca, lihatlah sejauh mana sifat tawadduk kita...jauh lagi...Allahu Allah.



Diceritakan oleh Habib Ali Zaenal Abidin di kuliahnya mengenai seorang pemuda yg tawadduk.
Dikatakan setelah bertahun-tahun menuntut ilmu seorang pemuda menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk mengajar akan ilmu yang telah beliau pelajari akan tetapi dihalang oleh ayahnya.
Akan tetapi ayahnya menyuruh pemuda itu untuk pergi ke pasar mencari orang yang lebih rendah kedudukan daripada dirinya..Maka pemuda itu pergi ke pasar dan mencari seseorang yang lebih jahil dari dirinya.
.
Akhirnya beliau menjumpai lelaki tua yang sedang memegang botol arak, lalu tibanya waktu solat seluruh penduduk di pasar pergi ke masjid menunaikan solat. Sekembalinya dari solat, pemuda itu mendapati lelaki tua itu masih memegang botol arak dan juga tidak menunaikan solat. Berkata di dalam hatinya pasti ini lebih jahil dariku.
.
Sebelum mendekati lelaki tua itu terdetik di hati pemuda itu mengatakan lelaki tua ini jauh lebih tua dari aku, dia telah islam dulu sebelum aku, mungkin saja ini baru hari pertama melakukan dosa sedangkan mungkin bertahun-tahun sebelumnya dia melakukan amal kebaikan. Jika beliau meninggal mungkin timbangan pahalanya lebih berat daripada dosanya. Pemuda itu meninggalkan lelaki tua itu dan teruskan mencari.
Akhirnya pemuda itu bertemu dengan seekor anjing dan berkata pasti saja aku lebih mulia dari anjing ini, anjing ini tidak berakal. Lalu terdetik dalam hatinya di Yaumal Mahsyar kelak, aku akan disoal di hadapan Allah ﷻ tetapi anjing ini tidak,manakala aku akan dihisab oleh Allah ﷻ tetapi anjing ini tidak, aku akan melintasi titian sirat tetapi anjing ini akan hilang begitu sahaja menjadi debu.
Andai aku gagal melintasi titian sirat nescaya diriku lebih hina dan anjing ini lebih mulia daripada aku..Beliau pulang ke rumahnya ditanya oleh ayahnya "Kamu sudah jumpa orang yang jahil dari kamu..?" kata pemuda itu "Tidak, aku tidak jumpa seorangpun yang jahil daripada aku melankan aku merasa diriku lebih jahil dari orang lain.
Kata bapanya "Sesungguhnya kamu telah masuk kepada pintu Tawadduk, keluarlah untuk memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.
Wallahualam

                                                                            Al-Sobru

No comments:

Post a Comment