Wednesday, January 25, 2012

Ini Sejarah Kita

Bissmillah'hirahmannirahim...

Alhamdulilah2,Ya Allah atas segala nikmat yg Engkau kurniakan kpda kami selama ini....

 Apabila disebut ISK, ramai yang mungkin terbayang graf turun naik umat Islam, hadith logam, kisah robot  dicabut bateri, madrasah Rasulullah, Sumayyah yang syahid sebelum berhijab, pak mat dan pak tam  si penangkap ikan, lawyer memperkudakan engineer, lasso-melasso, kehebatan Muhammad al-Fateh dan tenteranya, Umayyah vs Abbasiyyah,  Barat yang dilanda budaya hijau, Utbah membawa kuda ke Laut Atlantik, tamadun yang berdakwah dan lain2.





ISK ini menjelaskan bagaimana ISLAM itu mula2 bertapak,menurun,dan akhirnya naik semula.Berpandukan graf di atas,kita sendiri dpt melihatnya...itulah garf sejarah islam kita.Islam itu sendiri naik dengan berperingkat2.SubahanaAllah,besarnya jasa rasulullah dan sahabat2 dalam menaikkan islam.Mereka semua tempuhi pelbagai ujian dan cubaan yg amat besar dalam perjuangan ini.Hanya berbekalkan keimanan,mereka sanggup hadapi perjuangan ini dgn hati yg tabah.


 Mari kita melihat sejarah, dengan mata hati…

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

Allah s.w.t. berfirman:
وَكُلا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ وَجَاءَكَ فِي هَذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ
“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”
Surah Hud 11: 120


Objektif

“Memahami tanggung jawab kita yang paling utama mengikut waqi’.”

Kita akan menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia. Melalui penilaian sejarah dan pemahaman sunnah Allah dalam mengatur perjalanan sebuah ummah, kita akan dapat membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun.


 Muqaddimah I

1. Hadith I: Manusia seperti logam

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.
Bahagian terakhir hadith ini, ”إذا فقهوا” mempunyai dua sebutan:
1. إذا فقِهوا : memahami ilmu Fiqh. (Contoh: Imam As-Syafie).
2. إذا فقُهوا : memahami Islam. (Contoh: Sumayyah).
Ramai yang mungkin mengetahui hukum Fiqh tetapi bukan memahami Islam itu sendiri. Sedangkan memahami Islam itu sendiri lebih penting sebelum mengetahui perkara-perkara lain termasuklah Ilmu Fiqh. Mari kita melihat kembali apa yang berlaku semasa tahun 60an, ramai pelajar-pelajar jurusan agama di Universiti Al-Azhar (ustazah-ustazah) yang banyak mengetahui soal hukum-hakam tetapi masih tidak memakai tudung menutup aurat. Mereka mengetahui hukum Fiqh tetapi masih tidak memahami Islam. Berbeza pula pada tahun 80an, ramai pelajar-pelajar lepasan UK yang pulang ke tanah air dengan keadaan bertudung menutup aurat (sebelumnya tidak). Mereka ini memahami Islam tetapi tidak menguasai ilmu Fiqh. Mereka yang memahami Islam akan mengamalkannya, sebaliknya yang tidak memahami akan meninggalkannya walaupun telah datang hujah dan pengetahuan. Jadilah seperti Sumayyah…
Kita memahami hukum Fiqh melalui kuliyah-kuliyah ‘Fardhu ‘Ain’. Tetapi bagaimana kita mahu memahami Islam itu sendiri? Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan tarbiyyah.


2. Hadih II: Kebaikan bagi mereka yang faham

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
 (( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Kefahaman yang membawa kebaikan kepada seseorang ialah kefahaman mengenai Ad-Din.

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ...
“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)



3. Al-Quran I: Memahami dengan hati (Surah Al-A’raf 7: 179)

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. Sebagai contoh, mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan menggunakan hati. Sebaliknya, sekiranya kita membaca buku-buku akademik (Medic atau Physics), kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang. Filem-filem romantik pasti menyentuh jiwa, menyebabkan manusia sedih dan gembira. Filem-filem dokumentari belum pasti dapat menembusi jiwa manusia.


4. Hadith III: Hati menentukan perilaku manusia

رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم  يَقوْلُ:
 ((...أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ )). رواه البخاري ومسلم.
“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”(Hadith ke-6, Hadith 40 An-Nawawi)


5. Tujuan hidup manusia: Ibadah dan Khalifah

Al-Quran II: Ibadah kepada Allah (Surah Az-Zariyat 51: 56-58)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (٥٧)إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (٥٨)
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.”

Manusia mungkin keliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan kebahagiaan dunia.

((...ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنـَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم.
“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (Hadith ke-4, Hadith 40 An-Nawawi)


Al-Quran III: Khalifah Allah (Surah Al-Baqarah 2: 30)

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً...
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"…”

Tugas Khalifah mungkin disalah ertikan sebagai satu tanggung jawab politik atau sekadar memakmurkan bumi Allah. Sedangkan Islam menyarankan supaya semua manusia agar tunduk kepada Allah dan memenuhi tujuan penciptaan mereka. Oleh itu, tugas khalifah adalah memastikan manusia terus berada dalam landasan Ibadah kepada Allah.


Kalau nk cerita mengenai ISK,memang panjang dan memerlukan penulisan yg teliti.Jadi,kt bawah ini sy sertakn link utk sahabat2 sy mengenai ISK.Di situ,ade banyak lagi mengolahan isi2 mengenai ISK.InsyaAllah ,moga bermanfaat.Asif jiddan kerana x berkesempatan utk menulis mengenai ISK keseluruhannya.


Hakikatnya,kehidupan di dunia itu hanyalah senda gurauan semata-mata.Manfaatkn kehidupan di dunia ini dgn beramal soleh.Jangan sampai kita manfaatkn kehidupan di dunia ini dgn perkara2 yg melalaikan.InsyaAllah,sentiasalah  memohon doa kepada Allah,semoga Allah menjaga hati2 kita ini.Semoga hati2 kita ini sentiasa berada dalam perlindungan-Nya.Saya nasihat ini bukan bermakna,diri sy sudh sempurna.Bahkn,sy sendiri bnyk lgi perlu belajar,perlu didikan dan perlu nasihat2 dari teman2 dan sahabat2.Diri saya ini bagaikan seorang muallaf,iaitu seorang yg masih lgi belajar dan akan terus-terusan belajar ilmu Allah ini.Nasihat ini juga utk diri sy sendiri....muhasabah diri~mohon ditegur jika ada kesalahan diri...


“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan” [6:112]







http://dakwah.info/ini-sejarah-kita/setiap-zaman-itu-ada-masalahnya-tersendiri/

Wallah'hualam...

No comments:

Post a Comment