Friday, January 6, 2012

Aku Menanti Kehadiran "Mu"^_^

Aku menantikan kehadiran
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid
Seorang hambaNYA yang sentiasa mengingatiNya
Seorang lelaki yang tegas dan berani
Tidak pernah takut untuk berkata benar
Malah tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diriDia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir munajatKetika aku terpesona dengan  keindahan perhiasan duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati dan keindahan pesona cinta Maha Esa
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini hanya persinggahan
Tempat menanam benih amal
Hasilnya dipetik di padang Mahsyar kelakDia cukup menjaga matanya dari menjamu tipudaya maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami Islam
Sebagai benteng dan bekalan perjalanan kehidupan ini
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluargaRaut wajahnya sentiasa kelihatan penat
Fikirannya sentiasa memikirkan masalah ummat
yang kini kian membarahTambahan pula perjuangannya penuh dugaan
Dia tetap tabah dan sabar
Baginya, keperitan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiriDia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa berpesan tentang solat di awal waktu 
Dialah imam dan pemimpin keluargaku kelak
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnyaDia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAH.. ALLAHUROBBIDia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakikiAku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
kerana cintanya itu mendekatkan aku padaNYA.
Cinta Illahi itu jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia..???
Aku masih menanti kehadirannya
Dengan lafaz seribu ketenangan
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengannya
Kerana..
Dialah pilihan hatiku.. 
Nikahilah aku keranaNYA ya akhi.. 
Hanya keranaNYA kau mampu membahagiakan hidup dunia dan akhirat.


Bicara Ikhlas dari hati muslimah..


No comments:

Post a Comment