aku tahu sepanjang hidupmu, banyak sangat perkara yang menguji, walau aku hanya menatap matamu, tak apa..ia dh cukup membawa pengertian bahawa engkau sudah tak sekuat dahulu.
Aku tahu, rambutmu yang semakin memutih itu menandakan usiamu semakin bertambah. Aku tahu penat lelah deritamu. Aku mengerti setiap langkah dan ucapanmu itu. Aku tahu, betapa engkau bersusah payah untuk besarkan kami adik-beradik. Bagi aku, engkau dah laksana kesemua tanggungjawabmu itu.
Sepanjang hidup aku bersamamu, engkau begitu baik dan penuh adab. Aku tak pernah melihat engkau keluar malam2 untuk bersama kawan2 untuk minum atau makan. Ye, tak pernah. Aku tak pernah lihat engkau ada tak berpuas hati pada seseorang. Semua orang engkau bersangka baik. Ya Allah..lembut sungguh hatimu. Aku pun belum pasti boleh menjadi sepertimu.
Telah engkau ajari aku sepenuhnya dalam ilmu agama. Aku tak pernah melihat engkau melewatkan solat. Sebolehnya, solat adalah yang pertama dalam hidupmu. Dengan isterimu, engkau selalu berlembut. Aku tak pernah dengar engkau bercakap kasar dengan Ma.
Aku tak tahu kenapa, tapi engkau sangat luar biasa. Dan aku sangat sayang padamu.
Abah,
saja aku tulis ini...sebab tetibe aku rasa Rindu...
Moga kita menjadi hambaNya yang taat dan patuh akan perintahNya.
Moga kita akan sama-sama berkumpul semula di syurgaNya suatu hari nanti.
Ya Allah,
Anugerahkanlah kepada kami akan rahmatmu,
Berkati kami,
Perbaiki akhlak kami,
Perelokkanlah perbuataan kami,
dan kurniakanlah kami akan petunjukMu di sepanjang hidup kami.
ahh, sedih! kbai!
:'(
sobss
No comments:
Post a Comment