Bissmillah~~
Harini ni sy nk share satu kisah. Ini kes masa mula2 nak masuk sem8 baru ni. Kisahnya mcm ni, mak sy haritu dia ada tgk gmbr baju di butik MODEST CULTURE. Tahu tak butik apa tu?? ke tak pernah dengar? haaaa, bagi yang tak pernah dengar khususnya untuk kaum hawa, butik Modest Culture ini adalah inspired by Prof Muhaya. All baju and jubah dia SOLAT READY. Harga memang mahal la, bagi yang tak bergaji lagi mcm sy, mampu tengok je la dengan senyuman yang kurang shomel. So, hari mak dgn abh nk hantar sy ke UM, kiteorg pergi lah ke butik tu...dekat kajang okeyyy...jauh! hahaha
Sampai sana dalam kul 12 tengah hari. Hari jummat. Abah dan adik sy drop kami di butik tu, diaorg pergi solat jummat laa...so, boleh la lelama sikit dekat modest culture tu...maklumlah perempuan bila tgk baju mcm nak beli rumah je.
TIK TOK TIK TOK~~
Siap beli semua, pastu kami stay dlm tu lagi sementara tunggu hero2 balik dari solat jummat. OKEYYY~ Yang bestnya, butik tu..ada kt satu sudut tu, dia ada letak semua buku2 prof muhaya di situ. So, apa lagi..baca lah!!! haha. Seriously, best sangat dlm butik tu, tenang, relax and so on lah..
Haritu rasa mcm terdetik nak baca buku prof muhaya yang tebal gilee...tajuk dia...alaaa, lupa!
jap
GOOGLE
SEJERNIH SINAR MATAMU. Haaaa, tu tajuknya. Ada la sempat baca beberapa cerita pasal prof muhaya. Sebenarnya, memang dari dlu lagi sy sangat kagum dengan prof muhaya, dan memang memasang cita-cita untuk membuat lasik mata dengan prof muhaya, insyaAllah jika diizinkan dariNya. Satu kisah yang sangat membuat saya tersangatlah sebak dalam buku prof itu ialah bila prof menceritakan tentang anak lelakinya iaitu anak bongsunya juga dan seorang sahaja anak lelaki. Al-fatihah untuk arwah anaknya. Ye, sebenarnya Prof Muhaya telah kehilangan seorang anaknya. Allah lebih menyayanginya dengan mengambil semula pinjam yang di berikan kembali semula padaNya.
Anaknya tak seperti kanak-kanak normal yang lain. Anaknya tak dapat mengingati ilmu yang di ajar di sekolahnya. Bahkan, namanya sendiri pun dia tak dapat ingat. Ada banyak lagi cerita di sebalik pemergian anaknya.
Saya sebak dan tak dapat menahan air mata saya bila saya mengetahui hal ini. Sebab apa yang kita nampak, prof muhaya merupakan seorang yang sangat bersemangat dan berjiwa besar. Namun, bila saya tahu akan hal ini, ia membuatkan hati saya rasa sedih. Mungkin saya rasa hidup saya dah cukup tersangat menderita dengan beberapa ujian dariNya. Namun, melihat akan cerita prof, saya terdetik, derita itu jangan kita ukur dengan kekurangan diri kita.
Lihat kisah2 orang lain di luar sana, kalau sy berada di tempat prof muhaya, saya belum tentu boleh bangkit semula menjadi insan yang hebat seperti prof seperti sekarang.
Jauh di sudut hati saya ingin berkata bahawa jalan sebuah kehidupan ini bukanlah jalan yang di hampari dengan karpet merah dan bunga-bunga ros yang berterbangan, malah ianya di taburi penuh dengan duri-duri yang tajam. Apa harapan untuk kita teruskan hidup kehadapan adalah Allah menjanjikan kita sebuah syurga bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Ukurlah sendiri iman kita. Sejauh mana janji kita pada Allah azza wajala dan sejauh mana juga amal kita padaNya.
Benar,
Mati itu permulaan hidup.
Hidup adalah
Sebuah perjalanan
Terselit Hikmah di sebaliknya.
No comments:
Post a Comment