Tuesday, December 10, 2013

Ujian,pasti akan berakhir

Akan tiba suatu masa,
kita akan berasa penat dan lelah dgn kehidupan dunia,
mungkin kerana nazaknya keseronokan dunia sekarang,
Waktu yang datang akan pasti berlalu,
Tapi kesan dosa yang kita buat tidak akan hilang jika tidak di padam dgn taubat pada Allah,

Usahlah kita mengeluh dengan kepayahan yang sedikit sekarang,
kerana mungkin nanti kita akan betul2 mensyukuri kepayahan ini,
bila Allah menghendaki begitu,
maka adalah perancangan Dia yang terbaik utk kita,
jangan khuatir dengan janji Allah,
seharusnya kita patut lebih jeles dgn aturan Allah,
bahwasanya ia tidak pernah sia-sia.

Tarbiyah Allah mengajar aku utk lebih percaya padaNya,
Mungkin pada awalnya sukar utk mencari hikmah yang tersembunyi itu,
Tapi hasil didikan Allah padaku,
Aku hanya percaya dengan aturannya,
Ujian,pasti berakhir.

Bila kita serahkan 100% pada Allah,
Percayalah Allah tak akan sia-siakannya,
kerana agama Islam ini perlukan kepercayaan kita pada Tuhan,
Aku redha atas segala-galanya.

Cubalah utk selak diri kita,
kemana kita di saat Allah memandang kita,
Adakah hati kita betul2 khusyuk mengingati Allah?
Ingatlah,
Yang menentukan ganjaran Allah akan bagi pada kita adalah cara kita beramal kepada Allah,
Amalan yang berkualiti akan dibalas dengan balasan yang berkualiti,
Dan amalan yang kurang berkualiti akan di balas dengan balasan yang kurang berkualiti.

Allah pernah berfirman,
".. telah melalaikan kepada kamu wahai manusia,daripada banyak-banyaknya mengumpul harta."

~Orang yang mendahulukan akhirat,maka keduniannya akan terancam.~

smile,it's sunnah sahabat ^_^



No comments:

Post a Comment