Friday, December 20, 2013

Angin Syurga

Berkumandang sayup-sayup azan di udara,
ku tinggalkan katil yang empuk dan lembut itu,
demi menyahut seruan yang lebih penting,
ku gagahkan kaki memasuki kamar mandi yang sejuk di pagi hari,
lalu ku sapu air sejuk ke mata,
agar bisa ku lihat dengan jelasnya.

Seusai wuduk di ambil,
ku hamparkan satu hamparan sejadah,
sebagai alas bagi aku utk lebih khusyuk menghadap Ya Ilahi,
Takbirratul ihram pun di angkat,
bermulalah ku serahkan hati ini pada yang berhak memiliki,
Ku dahului ia dengan solat sunat 2 rakaat,
Kemudian ku susuli ia dengan solat subuh.

Sujud terakhir pula aku iringi,
Namun, kali ini sujud aku agak lama dari biasa,
ku menitiskan air mata,
mengenangkan betapa banyak dosa yang selama ini aku coretkan,
dahi aku seakan-akan tidak mahu di angkat,
mungkin kerana lamanya aku menundukkan kepala,
atau mungkin aku berasa belum puas,
belum puas utk menceritakan segala isi hati aku pada Dia,
Allahu Rabbi,
Tiada tempat yang paling menengkan hatiku,
melainkan meletakkan dahiku ke tempat sujud.

Habis sahaja solat subuh,
aku mendongak ke langit,
memerhatikan kecantikkan alam anugerah Allah yg sangat bernilai,
subahanaAllah,
cantik sungguh,
tidaklah manusia itu terpegun melainkan melihat kebesaran Allah,
Tuhan Yang Esa.

Suasana yang sejuk dan damai itu,
membuatkan aku teringat pada zaman muda2 dahulu kala,
Allah..
betapa aku rindu dengan sahabat2 aku,
sahabat di sekolah rendah sura,
sahabat di sekolah menengah sura,
sahabat di sekolah sains kuala terengganu,
sahabat di Pasum,
sahabat usrah,
sahabat di Ism.

Andai mereka tahu,
aku amat merindui mereka.

Ya Tuhan,
sampaikanlah salam rindu aku kepada teman-teman seperjuangan aku,
kerana aku tak mampu utk khabarkan pada mereka semua,
mereka jauh di pandangan aku,
Engkau jagalah ia dalam perlindunganMu,
Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan Engkau,
sampai satu masa nanti,
dia pasti mengetahuinya juga,

Demi Allah,
aku rindu padanya.
dahulu setiap kali aku memandang wajahnya,
aku pasti mahu berubah menjadi yang lebih baik,
kerana dia seorang sahabat yang baik di mataku,
namun sekarang,
dia pergi jauh meninggalkan aku,
ini semua pasti ada hikmahnya,
demi menjaga hati aku,
dan aku hanya perlu yakin dengan janji Dia,
moga dengan jarak ini Allah menjaga dia dengan sebaik-baik penjagaan,

Di bumi Mesir,
Ada rindu yang masih tersisa,
Kenangan yang tak akan luput,
bagai udara yang terhembus,
dan tak akan pernah hilang,
di buai angin syurga.




4 comments: