Monday, December 23, 2013

Akhwat yang dirindui...

Betapa pantas masa berlalu,rasa baru semalam saya berjumpa dia.Dia seorang akhwat yang benar2 punyai jiwa yang kental.Kuat sangat hatinya tika di uji.Masih saya ingat lagi,waktu mula-mula hidayah meyapa saya,saya di ajak utk pergi ke satu program ni.Nama program tu ISK(ini sejarah kita).Waktu tu,saya tgh duk relex2 kt surau,kawan saya ajak sy pegi jgk,saya tak puas hati sebab bila saya tanya program mcm mana dia tak nak bagithu..alaaah,ni yang membuatkan saya tak nk pegi..orang tnya program apa tak nk bgithu plk,nk ajak sangat pegi..hahaha..fine,xpe..lepas pada tu saya pegi kt kawan sy seorang ni lagi,nama dia cik bieha,tnya dia nk pegi tak program tu..pastu dia pn tnya sy balik program apa,sy ckp la ISK,dia tanya pasal apa,saya pong tak tahu ler..lepas pikir2,kami jadi pegi program tu,saya jadi tertaut hati nk pegi sebab saya yakin ini mesti program islamik nie..so,xpe la,join je la.Masa tu kak liza ketuai kite orang.

Then nk di pendekan certia,masa sy pegi sana,saya x ada lagi al-quran kecik yang berzip dan bermagnet2 bagai.Malunya waktu tu..Allah je tahu,rasa mcm orang asing je.Tgk kwn2,al-quran diaorang siap ada stiker warna-warni..cantekkk ^_^"

Alhamdulilah program ISK memg oseemm gile!!

Lepas pada balik program tu,saya mintak tolong k.liza belikan al-quran cantek mcm akhwat2 laen jgk..hahah..nk jugak tue...

Tadaaa!akhirnya saya dh ada al-quran mini berwarna peach.

Lepas pada program tu la,saya mmg nk masuk usrah,sebab saya fikir dalam usrah ini boleh memberi sesuatu utk Islam.Then,waktu pecah2kan group,saya di masukkan dalam group usrah yang naqibahnya kak mum.
Ingat lagi waktu mula2 datang usrah,saya dtg lmbat,pastu waktu msuk2 je dlm bulatan gembira tu,kak mum tgh tadabur surah an-nas.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.
1)Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhannya manusia,
2)Raja manusia,
3)Sembahan manusia,
4)dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi,
5)yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6)dari (golongan) jin dan manusia."

-surah An-Nas ni focuskan pada dalaman.Kejahata yang dtg dari dalaman.

Ok,habis kt situ..yang menyedihkan saya,baru je mula usrah,kak mum dh bagithu,nanti kak mum tak jadi naqibah kiteorg dh sebab kak mum dh pegang group usrah yg laen..Jadi kiteorg akan dpt naqibah yang baru,then naqibah saya lepas tu kak shafika..

Saya igt lagi waktu nk tukar naqibah malam tu(malam hari laen plk ni),kak mum bawk mee goreng,ada keropok,banyak plk tu...terharu betul waktu tu.at the same time sedih sgt2 sebab kak mum tak jdi naqibah kiteorng dh.

Dia lah insan yang banyak berjasa pada saya,yang mengenalkan saya pada jalan dakwah dan tarbiyah.Saya rindukan waktu kite bersama.Waktu kt Pasum dulu,geng usrah kiteorg ada berlaku perselisihan sikit waktu tu,malam tu kak mum dtg.Kak mum tanya apa masalah kiteorg,lepastu kiteorg baca doa rabitah sama2 dgn kak mum.Begenang air mata saya.Memang dalam jalan ini kita akan sentiasa di uji.Tapi yang menguatkn kita adalah perlunya berlapang dada dan saling mempercayai antara satu sama laen.Mmg malam tu pilu sgt rasa.Kedatangan kak mum mmg betul2 memberi ruhi yg baru utk kiteorg.

Kak mum...
Cepatlah sembuh..
walaupun sy dh lama tak jumpa kak mum,
tapi tak tahu kenapa,
sejak kak mum masuk hospital,
saya asyik teringt saja kt kak mum,
kak mum telah bnyk memberi suatu kehidupan yg bernilai utk saya,
walau di tukar dgn harta benda laen sekalipun tak akan pernah sama dgn nila itu.
saya rindu kak mum.




Friday, December 20, 2013

Angin Syurga

Berkumandang sayup-sayup azan di udara,
ku tinggalkan katil yang empuk dan lembut itu,
demi menyahut seruan yang lebih penting,
ku gagahkan kaki memasuki kamar mandi yang sejuk di pagi hari,
lalu ku sapu air sejuk ke mata,
agar bisa ku lihat dengan jelasnya.

Seusai wuduk di ambil,
ku hamparkan satu hamparan sejadah,
sebagai alas bagi aku utk lebih khusyuk menghadap Ya Ilahi,
Takbirratul ihram pun di angkat,
bermulalah ku serahkan hati ini pada yang berhak memiliki,
Ku dahului ia dengan solat sunat 2 rakaat,
Kemudian ku susuli ia dengan solat subuh.

Sujud terakhir pula aku iringi,
Namun, kali ini sujud aku agak lama dari biasa,
ku menitiskan air mata,
mengenangkan betapa banyak dosa yang selama ini aku coretkan,
dahi aku seakan-akan tidak mahu di angkat,
mungkin kerana lamanya aku menundukkan kepala,
atau mungkin aku berasa belum puas,
belum puas utk menceritakan segala isi hati aku pada Dia,
Allahu Rabbi,
Tiada tempat yang paling menengkan hatiku,
melainkan meletakkan dahiku ke tempat sujud.

Habis sahaja solat subuh,
aku mendongak ke langit,
memerhatikan kecantikkan alam anugerah Allah yg sangat bernilai,
subahanaAllah,
cantik sungguh,
tidaklah manusia itu terpegun melainkan melihat kebesaran Allah,
Tuhan Yang Esa.

Suasana yang sejuk dan damai itu,
membuatkan aku teringat pada zaman muda2 dahulu kala,
Allah..
betapa aku rindu dengan sahabat2 aku,
sahabat di sekolah rendah sura,
sahabat di sekolah menengah sura,
sahabat di sekolah sains kuala terengganu,
sahabat di Pasum,
sahabat usrah,
sahabat di Ism.

Andai mereka tahu,
aku amat merindui mereka.

Ya Tuhan,
sampaikanlah salam rindu aku kepada teman-teman seperjuangan aku,
kerana aku tak mampu utk khabarkan pada mereka semua,
mereka jauh di pandangan aku,
Engkau jagalah ia dalam perlindunganMu,
Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan Engkau,
sampai satu masa nanti,
dia pasti mengetahuinya juga,

Demi Allah,
aku rindu padanya.
dahulu setiap kali aku memandang wajahnya,
aku pasti mahu berubah menjadi yang lebih baik,
kerana dia seorang sahabat yang baik di mataku,
namun sekarang,
dia pergi jauh meninggalkan aku,
ini semua pasti ada hikmahnya,
demi menjaga hati aku,
dan aku hanya perlu yakin dengan janji Dia,
moga dengan jarak ini Allah menjaga dia dengan sebaik-baik penjagaan,

Di bumi Mesir,
Ada rindu yang masih tersisa,
Kenangan yang tak akan luput,
bagai udara yang terhembus,
dan tak akan pernah hilang,
di buai angin syurga.




Tuesday, December 10, 2013

Ujian,pasti akan berakhir

Akan tiba suatu masa,
kita akan berasa penat dan lelah dgn kehidupan dunia,
mungkin kerana nazaknya keseronokan dunia sekarang,
Waktu yang datang akan pasti berlalu,
Tapi kesan dosa yang kita buat tidak akan hilang jika tidak di padam dgn taubat pada Allah,

Usahlah kita mengeluh dengan kepayahan yang sedikit sekarang,
kerana mungkin nanti kita akan betul2 mensyukuri kepayahan ini,
bila Allah menghendaki begitu,
maka adalah perancangan Dia yang terbaik utk kita,
jangan khuatir dengan janji Allah,
seharusnya kita patut lebih jeles dgn aturan Allah,
bahwasanya ia tidak pernah sia-sia.

Tarbiyah Allah mengajar aku utk lebih percaya padaNya,
Mungkin pada awalnya sukar utk mencari hikmah yang tersembunyi itu,
Tapi hasil didikan Allah padaku,
Aku hanya percaya dengan aturannya,
Ujian,pasti berakhir.

Bila kita serahkan 100% pada Allah,
Percayalah Allah tak akan sia-siakannya,
kerana agama Islam ini perlukan kepercayaan kita pada Tuhan,
Aku redha atas segala-galanya.

Cubalah utk selak diri kita,
kemana kita di saat Allah memandang kita,
Adakah hati kita betul2 khusyuk mengingati Allah?
Ingatlah,
Yang menentukan ganjaran Allah akan bagi pada kita adalah cara kita beramal kepada Allah,
Amalan yang berkualiti akan dibalas dengan balasan yang berkualiti,
Dan amalan yang kurang berkualiti akan di balas dengan balasan yang kurang berkualiti.

Allah pernah berfirman,
".. telah melalaikan kepada kamu wahai manusia,daripada banyak-banyaknya mengumpul harta."

~Orang yang mendahulukan akhirat,maka keduniannya akan terancam.~

smile,it's sunnah sahabat ^_^