DAN TIBA-TIBA JADI PILIHAN PERTAMA BILA KITA SEDIH"
Alhamdulilahx3,terasa lama sgt tidak menulis di blog di sebabkan kekangan masa yg ada dan saya jadi ketiadaan idea utk menulis lgi..ehe~
InsyaAllah ianya bukanlah penghalang utk sy mencangkul idea2 yg baru.Sungguh ilmu Allah itu tersangatlah luas,dan kita tak kn pernah habis utk pelajarinya.Sebab tu la mencari ilmu itu biarlah sampai ke liang lahad.Nak katanya smpai ke penghujung kehidupan kita pn kita kena lagi mencari ilmu tu.Pentingnya ilmu adalah kerana apabila kita ada ilmu barulah kita dpt memberi pandangan yg betul apabila kawan2 kita bertanyakan soalan pada kita.
fuhhh~
Itulah ilmu! :D Jangan kita memandai2 je beri pandangan kita tanpa ada ilmu di dada,sungguh perbuatan itu tersangatlah Allah tidak suka.Hukum Allah tak boley buat maen2.Point dia senang je kt sini,bila kita ada ilmu,then xpe la kalau kita nk beri pandangan tapi dgn syarat ilmu itu mestilah betul dan hendaklah kita bertalqi'(berguru).
Dalam mencari ilmu,kita sememangnya diuji olehNya.Saya x tahu apa ujian anda2 semua,tapi saya sendiri mempunyai cerita yg tersendiri.Tak semua yg kita nk kat dunia ini Allah bagi tapi janji Allah itu pasti.Saya yakin dengan janjiNya, makanya jika saya tak dpt apa yg diminta dgn Allah, saya akan kecewa sekjp sahaja.(yeke? >.<").Janganlah sedih2 lama2.Pernahkah Allah bagi apa yg x elok utk kita??
Cuba jawab dulu soalan itu..Tak kan..So,semestinya apa yg Allah beri itu,itulah yang terbaik utk kita.Ohya,sebelum saya lupa,teringat plk kata2 ustaz azman yg mengajar di pondok Al-Suraini.Ustaz pernah kata,kita kan kena sentiasa bersangka baik dgn Allah,jgn ada curiga dgn Allah.Kalau kita nak masuk syurga Allah,kita kenalah beramal dgn amalan ahli syurga.Bukan senang nk beramal dgn amalan ahli syurga,tiket ke syurga tersangatlah mahal dan layak utk mereka yg terpilih sahaja.Tidakkah kita mahu ikut sama menjejaki syurga??Aim kita mestilah utk mendptkn syurga yg paling tertinggi di sisi Allah iaini jannatul firdaus.SubahanaAllahx3.Moga Allah golongkan kita utk merasai nikmat yg lebih indah lagi di akhirat sana.Korbankanlah jiwa kita yg manja2 dgn dunia ini sekejap,pergilah kita utk bekerja dan kembalilah kita pada Tuhan Yang Esa
"KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur."
(Yunus 10:4) |
Dalam hidup kita,seharusnya kita kena sentiasa berfikiran positif kerana hasil yg kita dapat,kesan dri pemikiran kita,sebab tu fikiran kena positif-kata ustaz azman
#Al-fatihah kepada Almarhum Ahmad Ammar.Suatu kematian yg menghidupan.Aku pun ingin ikuti jejak langkahmu.Moga Allah terima aku jadi tetamu syahid di jalanNya.
Ya Tuhan,dakwah ini adalah nadiku,mana mungkin aku dapat meninggalkannya.Kokohkan langkahku utk terus kekal di medan dakwahMu Ya Allah.Tiada yang laen yang menjadi impian hidupku melainkan aku menginginkan pertemuan denganMu suatu hari nanti.aamiin Ya Rabb. =(
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Yunus 10:44) |
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus 10:57) |
Wallahualam,mari menjadi hamba Allah.Mesti anda semua pelikkan kenapa saya banyak ltk surah yunus,sebab banyak sangat terkesan dengan surah ini,bacalah kalau anda pun nk merasa perasaan osem yang sama dirasai oleh saya..EWAH!
Demi ISLAM!
No comments:
Post a Comment