Saturday, November 30, 2013

Surat kecil utkmu

"Ya Allah, biarlah hukum kahwin bagiku harus,
selagi mana aku masih di dalam perjalanan menimba ilmuMu,
di dunia yg sangat luas & ketika ku punya masa serta waktu,
di dalam tempoh yg sementara ini.

Dan apabila hukumnya menjadi wajib mahupun sunat bagiku,
datangilah aku dgn seorang hambaMu,
yg mampu menemani, mendidik, mengasihani, memelihara,
menghormati & sama-sama bersemangat utk berjuang di jalanMu.

Akan kunikahi dirinya di atas namaMu ya Allah,
pabila benar tiba masa, waktu & ketika.
Jika tiada berjodoh di duniaMu ini,
ku yakin akan ketemu dengannya di akhirat sana.

Cintai Allah selamanya, bukan hanya berkata,
namun perlu dibuktikan jua.
Moga redha & cintaMu menjadi matlamat utamaku sentiasa."


Tinggal kenangan...Ma Abah,maafkn sy kerana tak dpt tunai harapanmu.. :')

Moga ini menjadi pencetus segala-galanya...Allah,it's not easy but it might be ok with Your help.I will do my best as long as i trust Allah 100% in every single steps that i had taken.Moga ia memberi sesuatu utk Islam... 


Dulu sy suka kumpul gmbr2 dentistry ni...rinduu~~ =(



Friday, November 29, 2013

Tak cool la hidup bermusuh-musuh,come on....

Ya Allah,
Mengapa harus ada kebencian di dalam hati manusia,
Tidakkah mereka rasa takut akan balasan dariMu,
Mengapa masih tidak mahu memaafkan sesama sendiri,
Sedang rasulullah tidak pernah membenci sesiapa pn termasuk org2 kafir,
Siapa kita utk terus menerus memusuhi orang??
Dunia ini hanyalah persinggahan,
Tiada yang kekal,
Semestinya rugi bagi mereka yang hanya ingin keseronokan di dunia tanpa hiraukan hidupnya selepas kematian.

Ya Allah,
Aku hilang arah,
Apa yang harus aku buat,
Jika aku yang bersalah tegurlah aku Ya Allah,
Tegurlah aku sedang nyawa aku masih di badan,
Agar aku sempat memohon kemaafan dariMu,
Duhai manusia!
Keringnya hatimu dek kerana jauhnya kamu dari al-quran,
Jika al-quran telah bersemadi di hatimu mana mungkin engkau masih ada ego di hatimu,
Sudahlah ikutkan perasaanmu itu,
Perasaan itu adalah penambah rasa dari syaitan,
Bukankah syaitan telah berjanji utk menyesatkan kaum adam hingga ke hari kiamat??
Tidakkah kamu ingat kesemua janji ini,
Berdamailah wahai insan yang mulia,
Sudah lama aku nantikan ini semua,
Tapi engkau tetap dengan egomu,
Tidak mengapalah jika engkau masih ingin bermusuh di dunia,
Kelak nanti jangan engkau terhegih-hegih datang padaku,
Sebab aku dah tak perlukan engkau di saat itu,
Di saat semua manusia di himpunkan,
Di saat buku amalan di bentangkan,
Pada waktu itu aku hanya sibuk urusan aku dengan Allah,
Jangan engkau menyesal pada waktu nanti,
Aku telah pun datang padamu suatu saat dahulu,
Tapi engkau menolaknya dengan “mimic” muka yang bengis.

Wahai manusia!
Sampainya hatimu,
Hati apakah itu?
Oh Tuhan ….
Sungguh aku tak mengerti ragam manusia,
Benar firmanMu Ya Rabb,
Manusia itu banyak ragamnya,
Dan pada akhirnya,
Aku dah tak terdaya melakukan apa-apa melainkan melutut di tikar sejadah,
Menagisi dosa-dosa ku.
Hingga hujung nyawa,
Aku pasti tetap mencintaiMU Ya Allah,
Walau apa keadaan sekalipun,
Engkau sahaja tempat aku mengadu dan berharap pertolongan,
Sungguh pertolongan Allah itu dekat,
Hanya tawakal di susuli,
Demi Allah aku harus kuat melawan thomahan manusia,
Siapa dia utk memperlecehkan aku?
Aku ada Allah di sisiku,
Jangan engkau pandang remeh dengan orang Islam,
Cukuplah Allah bagiku…

-hamba Allah-


#realitinya ini kisah benar yg pernah terjadi pada sahabat saya,namun saya tahu dia tak bersalah,tapi apakah daya manusia itu kalau hati dh kotor susah nk nampak kesalahan diri sendiri.Moga Allah bgi hidayah utknya kembali pada yg benar.Ada juga manusia mcm tu kt dunia ni sebenarnya.. =_= heiran sungguh aku eh!

Hatiku bukan milikmu…..

YA Allah,hanya engkau maha mengetahui segala isi hatiku,apa yg aku fikirkan apa yg aku ingin dan apa yg aku impikan….sungguh,tiada yg lain yg aku impikan dlm kehidupanku ini melainkan ingin melangkah masuk ke dalam gerbang syurgamu….Allah,indahnya syurga itu,cantikk nyeee…..subahanaAllah,semoga aku tergolong dalam tetamu syurga suatu hari nanti,suatu hari yg makin hampir dgn aku,sgt hmpir sebenarnya tanpa aku sedari pn dgn semua itu…iaitu KEMATIAN!!

YA ALLAH,aku impikan pemuda2 dan bidadara2 di syurga nanti,mesti smuanya ensem…waawaaa,beshnyaaa..wuuhuuu,terpikat dan tergoda…terpukau meliht wajahnya….subahanaALLAH

YA ALLAH….selamatkn aku dari perkara2 yg blh membawa aku ke arah maksiat YA ALLAH.Sungguh,aku berlindung dariMU Ya Allah dari segala bisikan-bisikan dan godaan syaitan.

Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
“Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.” -Junaid Al-Baghdadi
Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.
Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.
Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua’llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.
Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
“Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari ‘cintaKu’ (padanya).” - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s.



Friday, November 22, 2013

Inginkan Pertemuan dengan Sang Pencipta

"JANGAN JADIKAN ALLAH PILIHAN TERAKHIR BILA KITA GEMBIRA,
DAN TIBA-TIBA JADI PILIHAN PERTAMA BILA KITA SEDIH"

Alhamdulilahx3,terasa lama sgt tidak menulis di blog di sebabkan kekangan masa yg ada dan saya jadi ketiadaan idea utk menulis lgi..ehe~

InsyaAllah ianya bukanlah penghalang utk sy mencangkul idea2 yg baru.Sungguh ilmu Allah itu tersangatlah luas,dan kita tak kn pernah habis utk pelajarinya.Sebab tu la mencari ilmu itu biarlah sampai ke liang lahad.Nak katanya smpai ke penghujung kehidupan kita pn kita kena lagi mencari ilmu tu.Pentingnya ilmu adalah kerana apabila kita ada ilmu barulah kita dpt memberi pandangan yg betul apabila kawan2 kita bertanyakan soalan pada kita.

fuhhh~

Itulah ilmu! :D Jangan kita memandai2 je beri pandangan kita tanpa ada ilmu di dada,sungguh perbuatan itu tersangatlah Allah tidak suka.Hukum Allah tak boley buat maen2.Point dia senang je kt sini,bila kita ada ilmu,then xpe la kalau kita nk beri pandangan tapi dgn syarat ilmu itu mestilah betul dan hendaklah kita bertalqi'(berguru).

Dalam mencari ilmu,kita sememangnya diuji olehNya.Saya x tahu apa ujian anda2 semua,tapi saya sendiri mempunyai cerita yg tersendiri.Tak semua yg kita nk kat dunia ini Allah bagi tapi janji Allah itu pasti.Saya yakin dengan janjiNya, makanya jika saya tak dpt apa yg diminta dgn Allah, saya akan kecewa sekjp sahaja.(yeke? >.<").Janganlah sedih2 lama2.Pernahkah Allah bagi apa yg x elok utk kita??

Cuba jawab dulu soalan itu..Tak kan..So,semestinya apa yg Allah beri itu,itulah yang terbaik utk kita.Ohya,sebelum saya lupa,teringat plk kata2 ustaz azman yg mengajar di pondok Al-Suraini.Ustaz pernah kata,kita kan kena sentiasa bersangka baik dgn Allah,jgn ada curiga dgn Allah.Kalau kita nak masuk syurga Allah,kita kenalah beramal dgn amalan ahli syurga.Bukan senang nk beramal dgn amalan ahli syurga,tiket ke syurga tersangatlah mahal dan layak utk mereka yg terpilih sahaja.Tidakkah kita mahu ikut sama menjejaki syurga??Aim kita mestilah utk mendptkn syurga yg paling tertinggi di sisi Allah iaini jannatul firdaus.SubahanaAllahx3.Moga Allah golongkan kita utk merasai nikmat yg lebih indah lagi di akhirat sana.Korbankanlah jiwa kita yg manja2 dgn dunia ini sekejap,pergilah kita utk bekerja dan kembalilah kita pada Tuhan Yang Esa

"KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur."
(Yunus 10:4) |



Dalam hidup kita,seharusnya kita kena sentiasa berfikiran positif kerana hasil yg kita dapat,kesan dri pemikiran kita,sebab tu fikiran kena positif-kata ustaz azman

#Al-fatihah kepada Almarhum Ahmad Ammar.Suatu kematian yg menghidupan.Aku pun ingin ikuti jejak langkahmu.Moga Allah terima aku jadi tetamu syahid di jalanNya.

Ya Tuhan,dakwah ini adalah nadiku,mana mungkin aku dapat meninggalkannya.Kokohkan langkahku utk terus kekal di medan dakwahMu Ya Allah.Tiada yang laen yang menjadi impian hidupku melainkan aku menginginkan pertemuan denganMu suatu hari nanti.aamiin Ya Rabb. =(

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(Yunus 10:44) |

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus 10:57) | 


Wallahualam,mari menjadi hamba Allah.Mesti anda semua pelikkan kenapa saya banyak ltk surah yunus,sebab banyak sangat terkesan dengan surah ini,bacalah kalau anda pun nk merasa perasaan osem yang sama dirasai oleh saya..EWAH!


                                                            Demi ISLAM!