Tuesday, June 28, 2011

RASULULLAH MEMAHAMI PSIKOLOGI BUKANNYA CEPAT MENGHUKUM...

Bismillah...abah2,tadi kn adik pegi sekolh ckgu ajar mewarna dan melukis,bst sgt,pastu thu x adik lukis apa?...adik lukis muka abah...hihi..abah2 jom cerita lgi!!

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya:
“Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah SAW kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin.” 
Sabda Nabi kepada gadis yang dimaksudkan:
“Ikutlah cakap ayah kamu itu.”
Jawab si gadis:
“Saya tidak akan berkahwin sehingga Rasulullah SAW menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri.”
Baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan.”
Jawab si gadis:
“Demi Allah! Kalau begitu (beratnya) tugas isteri, aku tidak akan berkahwin selama-lamanya.”
Sabda Nabi kepada bapanya:
“Jangan engkau paksa dia berkahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.” (Qadaya al-Mar’ah, halaman 128.)
 Daripada kisah ini, dapat kita kutip hikmah bagaimana Rasulullah SAW meraikan suara hati orang yang dihadapinya. Wanita itu lebih tahu setakat mana kemampuan dirinya sendiri untuk tidak memikul tugas berat sebagai isteri. Jika dia yakin dia tidak mampu, maka seorang ayah tidak dibenarkan memaksanya berkahwin.
Adakah perbuatannya dikira menolak sunnah Nabi?
Tidak!
Rasulullah tidak melabelkannya begitu. Wanita itu barangkali tetap menerima sistem perkahwinan berlaku ke atas orang lain, tetapi menolak perkahwinan berlaku ke atas dirinya sendiri kerana sesuatu sebab, itu adalah haknya. Hukum asal berkahwin iaitu sunnah boleh berubah-ubah kepada haram, makruh, harus dan wajib bergantung kepada individu.
Berkata Imam Ghazali, sebenarnya apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW tentang tugas isteri, itulah juga yang dimaksudkan kepada lelaki terhadap isterinya. Jika ada suami yang berasa jijik merawat kudis-kudis isterinya, atau menganggap isteri hanya pada waktu sihat sahaja, maka lebih baik bagi lelaki ini berpuasa sahaja, sesuai dengan nasihat Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa, kerana puasa menjadi pengikat nafsunya.” (Muttafaq alaih).

No comments:

Post a Comment