Saturday, September 22, 2012

Jihad Fi Sabililah


Allah berfirman yang bermaksud;-
"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya"
(Surah al-Baqarah ayat 154)
Lihatlah kata-kata suci Anas bin Malik r.a pula, Anas bin Malik ra.berkata : Dari Nabi SAW. baginda bersabda maksudnya :
"Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah kerana dia dapat kembali ke dunia bukan kerana untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Kerana ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid."
(Hadis Riwayat Muslim : 3488)


Lihatlah pula catitan dalam kitab Sunan Abi Daud, hadith 2520, Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Apabila saudara-saudara kamu dibunuh di Uhud, Allah meletakkan ruh mereka dalam perut burung hijau yang sentiasa menelusuri sungai-sungai syurga, ia makan buah-buahan syurga dan pergi mendapatkan sarangnsarangnya (qanadil) dari emas tergantung di bawah bayangan arasy."
"Apabila mereka (yang mati syahid itu) dapati betapa enaknya makanan, minuman dan tempat rehat mereka, mereka berkata, "Siapakah yang akan menyampaikan berita kepada saudara-saudara kita tentang kita, bahawa kita sedang hidup di syurga dengan mendapat rezeki. Supaya dengan itu mereka tidak akan berzuhud daripada jihad dan tidak akan undur daripada berperang."
Lantas Allah berfirman yang bermaksud;
" Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka." Lalu Allah turunkan ayat: "Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"
(Ali Imran 169)
Riwayat yang hampir sama disebut di dalam Sohih Muslim hadith (1887). Imam Muslim meriwayatkan hadith ini menerusi 3 jalan. Masruq berkata:
"Kami bertanya kepada Abdullah (yakni Ibnu Mas'ud) tentang maksud ayat:
" Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka." Lalu Allah turunkan ayat: "Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"
(Ali Imran 169)
Kata Ibnu Mas'ud, "Kami juga pernah bertanya Rasulullah SAW tentang perkara ini, lantas baginda bersabda:
"Ruh para syuhada' itu di dalam perut burung hijau. Ia ada beberapa lampu yang tergantung di arasy. Ia berterbangan di syurga seberapa lama yang dikehendakinya. Kemudian ia menuju ke arah lampu yang tergantung itu. Lalu Tuhan memandang mereka dan bertanya: "Adakah kalian inginkan sesuatu?" Mereka menjawab, "Apa lagi yang kami mahukan sedangkan kami bebas bergerak di dalam syurga ke mana saja yang kami mahu."
"Tuhan bertanya lagi hingga tiga kali. Maka apabila mereka dapati mereka tetap ditanya juga, akhirnya mereka berkata, "Ya Tuhan kami, kami mohon supaya dikembalikan ruh ke jasad kami supaya (kami dapat berjihad lagi dan kemudiannya) kami dibunuh pada jalanmu sekali lagi."
"Maka apabila Tuhan melihat mereka tidak ada lagi apa-apa hajat, merekapun ditinggalkan."
Ayuh semua, kita berjihad di jalan Allah!
Janganlah merasa takut mahupun rugi, kerana janji Allah itu sentiasa benar dan paasti!

*Semoga kita tergolong dalam kalangan rijal-rijal yg berjihad di jalan Allah...aamiin<3

Thursday, September 13, 2012

Kisah Bukti Cinta Umar Bin Abdul Aziz Untuk Isterinya Bukan Dengan Emas Permata

Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin.Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan,isteri tercinta!.Umar berkata kepadanya, 'Isteriku sayang, kanda harap dinda memilih satu antara dua'.

Fatimah bertanya kepada suaminya , 'Memilih apa,kekanda?'

Umar bin Abdul Aziz menerangkan, 'Memilih antara perhiasan emas berlian yang dinda pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu.'

Kata Fatimah, 'Demi Allah,dinda tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku.'

Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan menyerahkannya ke Baitulmal, khazanah negara kaum Muslimin.Sementara Umar bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa,iaitu roti dan sedikit garam.

~SubahanaAllah,benarlah kata orang,cinta itu anugerah,namun berapa ramai di kalangan kita yang mampu menjaga dan menyucikan cinta itu,
Cinta pada yang Hak,
Jarang sekali kita menyedarinya,
kekadang terkandas jua dalam cinta dunia!aduhh!
Bagaimana mungkin Allah ingin mencintai kita,
Jika kita tidak mencintainya sepenuh hati kita,
Berilah cinta itu pada yang memerlukan,
Pada masa yang telah ditetapkan oleh Dia,
Setelah istikharah itu terjawab,
InsyaAllah itu lah jawapan dariNya,
dan Aku masih lagi menanti padanya,
jika itu takdirnya,
redhakanlah,
kerna susunan kehidupan ini sungguh indah,
Jika kita serahkan segala urusan padaNya,
Yakinlah
Itu janji Allah <3
Alhamdulilah Ya Rabb,sesungguhnya nikmat IMAN itu melebihi segala-galanya^_^"
=)



Sunday, July 29, 2012

Awk BOLEY!!!YEAH!

Ya Ilahi...


Terlalu banyak nikmat yang Kau anugerahi.
Tanpa sedikit pun kekurangan.
Akulah insan yang paling bahagia.
Tatkala aku dekat dengan-Mu.
Berbicara hanya dengan-Mu.
Biarpun ku tahu Kau tahu segalanya.

Namun aku..
Tak pernah jemu merintih di hadapan-Mu.
Terlalu banyak ingin ku luahkan.
Terlalu banyak ingin ku pinta.
Bukan kerana aku tidak bersyukur.
Bukan kerana aku tidak redha.
Tapi kerana aku hamba-Mu.
Dan Kaulah Tuhanku.
Tempat bergantung semua pengharapan.
Hanya kepadaMu jualah aku berserah diri.


Andai ditanya berapa bnykkah nikmat yg Engkau limpahkan,nescaya terkelu lidahku utk berkata-kata,kerna tak terhitung banyaknya...Tapi bnyk mna pula aku menzahirkah syukur padaMu?Allahu Rabbi,ampunilah segala dosa-dosaku yg mengunung,dan jadikanlah daku dalam kalangan hamba-hambamu yg sedikit.

Alhamdulilah,sesungguhnya segala ilmu yg dicari ini adalah ilmu-Mu YA ALLAH,tidak layak bagiku utk mendalaminya seorang diri.Apa yg diberi pada adik2,semoga Allah redha...YA ALLAH,kasihanilah mereka...kurniakanlah mereka ilmu yg bermanfaat di dunia dan akhirat...lindungilah mereka semua di bawah lindungan-Mu YA ALLAH.Sungguh tidak mampu bagiku utk sentiasa berada di samping mereka,tidak mampu juga bagiku utk sentiasa melihat mereka..jaga lah mereka YA ALLAH.Utk adik2,akk doakan semoga dipermudahkan segala urusanmu..insyaAllah,moga di sayangi oleh Allah sentiasa.Awk BOLEY!!!YEAH!

*SK.SERDANG,UPSR/2012*



Wednesday, June 27, 2012

Memo kecil pesanan dari Dia


".. Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang 


kamu cintai. Semoga Dia menghadirkan seseorang yang 


mencintaimu ..":')







Saat Allah s.w.t mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah 


hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa 


mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan 


bersih. 






Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku 


membenci segala kejahatanku.”


Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu 


yang menjadi petunjuk ke jalan benar. 

Sunday, June 24, 2012

BarakaAllah=)

Alhamdulillah thummalhamdulillah thummalhamdulillah..

Barakallahulakuma wabaraka ialaikuma wajama'a baunakuma fi khair(23.6.2012)

Tahniah kak mum dengan baitul muslim yang terbina...biizinillah,semoga bahagia dan sentiasa di bawah rahmatNYA.Walaupun tak dapat hadir di majlis akad nikah kak mum tapi saya dpt rase bersama2 kak mum waktu tu..suke tgk gmbr2 kak mum,comey sgttt...hehe^_^"

Semoga sentiasa tabah dan kuat dalam mengharungi ujian dari Dia.Yakin dan ingatlah bahawa Allah tak akan pernah mensia-siakan kehidupan seorang hambanya yang berjuang di jalanNya.


BarakaAllah!
^_^
Cinta yang terbina atas dasar keimanan
mencintai kerana Allah
semoga Allah redha
Perkahwinan ini tidak lain dan bukan
hanyalah demi ISLAM
semoga dengan ikatan yang terbina ini
memudahkah lagi
menjalankan kerja-kerja dakwah
sungguh kemenangan ISLAM itu pasti
kerana ini merupakan
janji yang telah Allah menteri
tapi

di manakah kita di saat kemenangan ISLAM itu??
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

terfirik sejenak

tersentap

tersentuh

***

terkena pada diri sendiri

Ya Allah tetapkanlah kaki ini
untuk turut serta dalam membantu
 perjuangan
kebangkitan ISLAM
syahid di jalanMu
kami sanggup!
demi ISLAM
kami lah rijal-rijal yang akan
terus dan terus dan terus
berusaha sehabis yang mungkin
berjuang
ilahi ta'ala
untukMU
Allah
aameen

semoga Engkau Redha dengan usaha kami yang sedikit ini
pandanglah Ya Allah...

~Fi zilal Quran~





Saturday, June 23, 2012

Cinta seorang Teman


SAHABAT

KAU HADIR DI TIKA AKU MEMERLUKANMU

DI SAAT HATI AKU KOSONG DAN MEMINTA SESUATU

KAU HADIR MENGHULURKAN TANGANMU

MENITIS AIR MATA INI MENGENANGKANMU

DAHULU

KITA SERING BERSAMA-SAMA

MAKAN BERSAMA-SAMA

PERGI KE SEKOLAH BERSAMA-SAMA

BELAJAR BERSAMA-SAMA

KONGSI MASALAH BERSAMA-SAMA

SUKA BERSAMA-SAMA

MENANGIS BERSAMA-SAMA

BALIK KE SEKOLAH BERSAMA-SAMA

TAPI ITU SEMUA DAHULU

KINI AKU KESEORANGAN TANPAMU DISISI KU SAHABAT

RAUT MUKA SUKA DUKAMU SERING TERBAYANG DI FIRIKANKU

KEIKHLASANMU UNTUK BERSAHABAT DENGANKU

MEMBUATKAN AKU SUKAR UNTUK MENTAFSIRKAN ERTI PERSAHABATAN ITU

BETAPA AKU HARGAI DI SETIAP DETIK DAN WAKTU KITA BERSAMA DAHULU

TAPI ALLAH HANYA MEMINJAMKAN ENGAKU PADAKU

SEDIH RASA HATI INI MENGENANGKAN MASA LALU

MELIHAT BARANG2 PEMBERIANMU ITU




OH,YA ALLAH...KURNIAKAN AKU KEKUATAN

LIMPAHKANLAH KASIH SAYANGMU ITU DIANTARA TALI PERSAHABATAN KAMI INI

BIAR PUN JARAK MEMISAHKAN KAMI

TAPI TALI PERSAHABATAN INI TAK AKAN PERNAH PUTUS

KERANA AKU YAKIN

ENGKAU AKU MENEMUKAN KAMI JUA

SUATU HARI NANTI






5 TAHUN MASA BERLALU

KINI KU MENGHARAP ENGAKU HADIR DALAM HIDUPKU SAHABAT

MAAFKAN AKU

JIKA AKU BUKANLAH SAHABAT YANG TERBAIK UNTUKMU

TAPI KETAHUILAH

ENGAKU SENTIASA DI DALAM DOAKU

UNTUKMU SAHABAT

UKHUWAH FILLAH FILL ABADA ABADAN

T.T

iza@ifa

“Sesungguhnya SAHABAT itu

 wujud dari 1 PERTEMUAN....

 Dengan 10 PERTANYAAN....

 100 KEYAKINAN @ 1000 kali

 PENGORBANAN ....Serta BERJUTA kali PERJUANGAN

 dengan KEIKHLASAN atas

 KEREDHAAN ALLAH S.W.T....

 Andai Seorang SAHABAT itu

 melakukan KEBAIKAN....

 UKIRLAH lah di ATAS BATU....Agar ia nya TERSEMAT di HATI &

 KEKAL sebagai MEMORI

 TERINDAH...Andai dia membuat KESALAHAN....

 Tulislah di atas PAGAR....

 Agar ia hilang di tiup ANGIN

 KEMARAHAN...”



Bukan yang Diminta


Siapalah aku hendak dibandingkan dgn mereka,kata-kata itu sering dilontarkan dan bermain-main di kotak kecil insan yang bernama Furqan.Furqan seorang yang aktiv dan lincah dalam apa2 kegiatan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan.Sejak dari zaman persekolahan lagi Furqan sering melibatkan dirinya dalam semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan.Minatnya dalam bidang sukan sgtlah mendalam dan membuak-buak namun dalam masa yang sama Furqan tak pernah membiarkan prestasi pembelajarannya jatuh dan menurun.Furqan seorang pelajar yang cemerlang dalam sekolahnya dan dia juga merupakan pelajar yang disayangi oleh guru-gurunya.Mana tidaknya,Furqan bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran tpi aktiv dalam bersukan dan sering menjadi wakil sekolah di peringkat daerah dan juga negeri.Sikapnya yang bersederhana itu membuatkan dia amat disenangi oleh rakan-rakannya.



Hari ini merupakan hari yang amat di nanti-nantikan oleh Furqan dan rakan-rakannya ,setelah sekian lama  bertarung akal dan fikiran,kini tibalah masanya utk melihat apakah hasil yang mereka semua perolehi.DUP DAP DUP DAP.....denyutan hati Furqan tiba-tiba berdenyut dgn pantas sampaikan terketar-ketar tangannya. ‘Furqan,kenapa hang ni,dari tadi aku tengok hang terketar-ketar,hang takut ke apa?’,kata kawannya,Aiman. ‘Eh,mane ade..aku biasa je,kau tu kot yang berdebar sangat sampaikan aku yang ‘relax and cool’ ni kau cakap aku terketar,haishh,mane ade kawan!’,seloroh Furqan. ‘‘Relax and cool’ la sangat kan,tu haaa,tangan hang tu kenapa, “parkison” ke ape tu?hang ni agak2 la nak tipu aku pun,aku dah kenal hang 4 tahun ooo....segala-galanyaku tahu mengenaimu,cewaahh!’,senda Aiman kepada kawan baiknya itu,Furqan. ‘Weh,aku cuak la,entahlah dari semalam aku mimpi yang bukan2 la,kalau aku tak dapat 9A,hancurlah harapan aku nak jadi atlet negara’,Furqan meluahkan rasa hatinya.

‘Relax weh,doa banyak2,insyaAllah,Allah bantu kita’

Betul tu man,terima kasih man,kau lah kawan aku dunia akhirat

Amboii,hang ni,janji tak ni??

Janji la!

YUP,insyaAllah...bersahabat sampai ke syurga,Furqan,nanti kalau aku tinggalkan hang dulu,hang jangan lupa aku tau,bila hang jogging petang2 tu ingt la kt aku yang hensem ni...*sambil kening naik ke atas*

Apa kau merepek ni,dah la jangan cakap macam tu la,aku tak nak kau tinggalkan aku dulu,(tetiba Furqan terasa sebak dengan kata-kata Aiman)

Aku cakap je..

Diam...

Kedua-dua diam sebentar,masing2 tak tahu nak kata apa lagi,kawan2 mereka yang lain,masing2 duduk di kerusi  menunggu kehadiran  Pengetua sekolah.

To be continue.....^_^"