Saturday, June 23, 2012

Bukan yang Diminta


Siapalah aku hendak dibandingkan dgn mereka,kata-kata itu sering dilontarkan dan bermain-main di kotak kecil insan yang bernama Furqan.Furqan seorang yang aktiv dan lincah dalam apa2 kegiatan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan.Sejak dari zaman persekolahan lagi Furqan sering melibatkan dirinya dalam semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan.Minatnya dalam bidang sukan sgtlah mendalam dan membuak-buak namun dalam masa yang sama Furqan tak pernah membiarkan prestasi pembelajarannya jatuh dan menurun.Furqan seorang pelajar yang cemerlang dalam sekolahnya dan dia juga merupakan pelajar yang disayangi oleh guru-gurunya.Mana tidaknya,Furqan bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran tpi aktiv dalam bersukan dan sering menjadi wakil sekolah di peringkat daerah dan juga negeri.Sikapnya yang bersederhana itu membuatkan dia amat disenangi oleh rakan-rakannya.



Hari ini merupakan hari yang amat di nanti-nantikan oleh Furqan dan rakan-rakannya ,setelah sekian lama  bertarung akal dan fikiran,kini tibalah masanya utk melihat apakah hasil yang mereka semua perolehi.DUP DAP DUP DAP.....denyutan hati Furqan tiba-tiba berdenyut dgn pantas sampaikan terketar-ketar tangannya. ‘Furqan,kenapa hang ni,dari tadi aku tengok hang terketar-ketar,hang takut ke apa?’,kata kawannya,Aiman. ‘Eh,mane ade..aku biasa je,kau tu kot yang berdebar sangat sampaikan aku yang ‘relax and cool’ ni kau cakap aku terketar,haishh,mane ade kawan!’,seloroh Furqan. ‘‘Relax and cool’ la sangat kan,tu haaa,tangan hang tu kenapa, “parkison” ke ape tu?hang ni agak2 la nak tipu aku pun,aku dah kenal hang 4 tahun ooo....segala-galanyaku tahu mengenaimu,cewaahh!’,senda Aiman kepada kawan baiknya itu,Furqan. ‘Weh,aku cuak la,entahlah dari semalam aku mimpi yang bukan2 la,kalau aku tak dapat 9A,hancurlah harapan aku nak jadi atlet negara’,Furqan meluahkan rasa hatinya.

‘Relax weh,doa banyak2,insyaAllah,Allah bantu kita’

Betul tu man,terima kasih man,kau lah kawan aku dunia akhirat

Amboii,hang ni,janji tak ni??

Janji la!

YUP,insyaAllah...bersahabat sampai ke syurga,Furqan,nanti kalau aku tinggalkan hang dulu,hang jangan lupa aku tau,bila hang jogging petang2 tu ingt la kt aku yang hensem ni...*sambil kening naik ke atas*

Apa kau merepek ni,dah la jangan cakap macam tu la,aku tak nak kau tinggalkan aku dulu,(tetiba Furqan terasa sebak dengan kata-kata Aiman)

Aku cakap je..

Diam...

Kedua-dua diam sebentar,masing2 tak tahu nak kata apa lagi,kawan2 mereka yang lain,masing2 duduk di kerusi  menunggu kehadiran  Pengetua sekolah.

To be continue.....^_^"

No comments:

Post a Comment