Friday, August 5, 2011

CINTA TANPA NODA

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN




HILANG...~

Hari ini ,hari jummat....kami sekeluarga bercadang utk pergi ke kuantan.alhmdulilah...Allah Maha Memberi,kami msih diberi kesempatan oleh Allah utk pergi ke kuantan hari ini..Ana x nak cerita panjang2,just nk share2 je dgn sahabat2 sekalian....masa tu kami dh nk balik dh...kiranya dh nk hbis shopping laa katakan..lepastu nk pegi ke tmpt cashier, pegi sana buat ape lgi kn, confrm2 nk byr laa brg yg dibeli tdi...lepastu sdg ma dan abah ana borak2 kt situ,ana nmpk ade seorang budk kecil ni menagis....(sambil gosok2 dkt mata dia)...ana ingt dia nagis sbb x dpt beli mainan ke atau mak dia mrh dkt dia...tpi bile tgk2 balik...x de pun mak atau abah dia kt situ...dia seorang je yg jln2...lepastu ana bgithu laa kt mak dan abah ana....'MA..MA...ce tgk bdk tu...nagis...ke mak dia hilang??....cpt abah ana pnggil bdk tu,tnya dia kenape dik??mak hilang ke?...smbil dia nagis2...dia jwb yee...aduhh,kesian btul tgk....nsib baik la dia ingt no.telefon mak dia...pndai bdk ni..telefon2 tpi x dpt pulk...heiii ...nape pulk x dpt ni...lepastu kakak ana ambil handset tu cuba nk try kol balik...tgk2 ...laa...satu no. lgi x cukup...kemudia,mak ana tnya balik bdk tu,rupa2nya...mmg betul,satu no. lgi tertinggal...patut la x dpt...ish3...alhmdulilah,5 minit lepas tu dia jumpa mak dia.....

alahai...mak dia shopping2 smpai hilang anak dia....huuu...nsb baik bdk tu pndai...GOOD BOY!!...pengajarannya,utk kaum ibu..kalau shopping2 tu jgn la smpai lupa dkt anak2...kesian dia...kalau dia merayau lebih jauh lgi camne...huu...ingt2 la yee....=))


"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu ( yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.."49:ayat 10...


   

Saturday, July 30, 2011

Ahlan wassalam ya ramadhan..^__^

Ya Allah...aku tak pasti adakah sempat bagiku utk bertemu dgn bulan yg mulia tidak lama lagi...sempatkah aku utk menunaikan ibadahMu ini....iaitu berpuasa dibulan ramadhan...bulan yg cukup mulia dan istimewa....aku mohon pada Mu Ya Allah...berikanlah aku kekuatan utk meneruskan ibdah aku kepada Mu...istiqamahkn diriku ini,bantulah aku....kuatkanlah semangat aku ini....insyaALLAH , aku yakin dgnMu Ya Allah...amin


Buat sahabat2 ku...selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak...semoga ramadhan tahun ini memberi seribu makna utkmu....perbnykkan ibadatmu pada Allah SWT,sungguh Allah amat merindui rintihan kita....luangkan masamu dgn Allah...ambik lh dikesempatan bulan yg mulia ini utk meningkatkan imanmu kpda Allah...rugilah aku Ya Allah, jika aku melepaskan peluang dan kesempatan yg engkau berikan ini.....


~ SALAM RAMADHAN SAHABAT~

Monday, July 25, 2011

Kami bakal menegakkan agama islam..Ya Allah

Bismillahhirahmannirahim...

Ya Allah engkau lh yg menjadikan kami dan kepada-Mu jua kami dikembalikan....matilah kami disaat kami beriman kepada-Mu...matilah kami dalam keadaan yg elok Ya Allah....

Cepatnya masa berlalu...bagai tak terasa...pejam celik pejam celik.....dh tiba dh waktu  bdk2 PASUM/MATRIK dan setaraf dengannya utk msuk ke pintu perjuangan mereka...begitu juga dgn saya....perjuangan yg memerlukan kekuatan dalaman dan juga luaran....mungkin ade sesetengah antara sahabat2 kita yg kurang menyenangi dgn keputusan yg keluar baru2 ini....tak mengapa...janganlah kamu bersedih....sepatutnya kita patut bersyukur kerana Allah msih memilih kita utk merasai ujianNya...jika kita semua tahu bahawa Allah sekarang ini sengaja menguji kita pasti kita tak akan bersedih...setiap ujian yg Allah berikan pasti ade hikmah disebaliknya ,cuma kita je yg tak tahu bagaimana bentuk hikmah itu..."Firman Allah;...dan kerana Allah ,bersabarlah.."74:7.....suatu hari nanti baru lah kita tahu...."owhh ini rupanya sebabnya....kenapa Allah bagi saya kos yg bukn saya nak,rupannya bila saya dh belajar setahun lebih mengenai kos ini, Allah datangkan rasa minat dalam diri saya utk mencari lagi limu mengenai kos ini...."...mungkin ini salah satu situasi yg pernh shbt2 kita lalui....ambilah pengajran dari pengalaman2 org lain,dan kita akan rasa betapa kita dihargai oleh Allah....subahanallah...

"Ya Allah,sesungguhnya aku tidak tahu sama ade ini adalah musibah atau nikmat dariMu tapi aku bersangka baik kepadaMu Ya Allah...."...bersangka baik lh pada Allah,sesungguhnya Allah tak akan membebani kita di luar kemampuan kita....mintalah kekuatan pada Allah,kerana hanya pada Allah lh kita memperolehi kekuatan...kita adalah hambaNya yg lemah,hambaNya yg kerdil...

Mungkin cita2 kita yg kita idamkan tak tercapai di dunia tapi insyaAllah,kita akan merasainya suatu hari nanti....mari kita fahami betul2 ayat2 cinta Allah di bawah ini....cukup terkesan bagi saya....suka ayat ini sgt2...momo shafika anuar ingt x lagi...he2

"Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,tetapi jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan),maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal"..3:160   ^__^

Satu lagi saya nk share,kata ustaz azman..:"Dalam menuntut ilmu,keberkatan itu paling penting dan utama,biarlah org nk kata kita tak pandai pun...biarlah tak cemerlang pun tapi kita perolehi keberkatan ilmu itu...itu sudah cukup...tpi kalau kita cemerlang itu adalah satu BONUS bagi kita..."...=))

Untuk sahabat2 saya,doakan kejayaan saya dalam mencari ilmu2 Allah ini....insyaAllah....jazakkillahhukhairan

SEMOGA KAMU DIBERKATI ALLAH DALAM SETIAP PERJALANANMU...

Mumtazah maridi
Bintu Abdullah
Shafika anuar
dan adik-beradik momo yg lain
Amalina najwa
dan semua sahabat2 saya yg lain...
Group U3
(maaf tak tulis semua nama kat sini yee)


Wednesday, July 6, 2011

ABC~

A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
B - Baik atau buruk sesuatu itu pasti ada hikmahnya
C - Carilah kebahagiaan hakiki sebelum mati menjemput diri
D - Dunia ini ujian sementara untuk semua
E - Elakkanlah diriku dari kekufuran dan kelalaian
F - Falah(kejayaan) pasti milikku
G - Gagal bukan penghujung buat diriku
H - Hatiku bersih dari dengki dan maksiat
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu
J - Jalan yang ku pilih ialah jalan yang benar
K - Kerana ALLAH aku hidup dan berjaya
L - Laluan berliku sekalipun akan ku tempuhi
M - Mati itu pasti dan aku tidak takut akannya
N - Nekad aku dalam berbuat sesuatu yang benar
O - Orang yang berilmu dan bertakwa itu kawanku
P - Pandanglah aku kerana kebaikan bukan kerana keburukan
Q - Quran peganganku sepanjang hayat
R - Rapatkanlah diriku dengan tuhanku
S - Sesalnya diriku jikalau aku lalai
T - Tak mungkin aku kalah
U - Untungnya menjadi diriku sendiri
V - Vaksin segala kesusahan ialah sabar
W - Walaupun aku kecil, aku boleh berjaya
Y - Yang memilih untuk berjaya atau gagal ialah aku
Z - Zahirku sentiasa hebat dan bagus






Saya pasti anda pernah menonton cerita nujum pak belalang arahan Tan Sri P Ramlee.
Di penghujung cerita, ahli nujum Negara Pasai telah bertanya kepada Pak Belalang beberapa soalan, antaranya "Dimana letaknya kekuatan laksamana Hang Tuah, pada kerisnya atau tenaganya?"
Saya sendiri termangu mangu memikirkannya, dan ternyata jawapn mengejutkan saya sendiri. Jawab Pak Belalang, "Kekuatan Hang Tuah bukan pada kerisnya atau tenaganya, tapi pada huruf ta atau t. Mengapa? Kerana jikalau nama Tuah, huruf t di depannya diganti dengan huruf lain misalanya b, apa yang jadi? Jadilah hang buah, dan sebagainya, maka hilanglah keperkasaanya."
Cukup jelas disini dari filem yang sudah berusia 40 tahun itu, bahawa betapa nama itu memberi erti kepada diri. Banggalah dengan nama anda dan perjuangkanlah nama itu.
Nama itu doa dan senjata kepada diri anda.

Tuesday, July 5, 2011

Boleh buat MAKSIAT,denga syarat...

Assalamualikum...

Dalam kitab al-tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenanaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat , iaitu Ibrahim Adham.

Beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:-

1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan razeki Allah derhaka kepada Allah.
2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu,maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka,maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya.Sekiranya engkau dapat berbuat demikian,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat."

Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya.
Akhirnya,lelaki itu menemui jalan hidayah.Dia bertaubat kepada Allah s.w.t.dengan bersungguh-sungguh.Sejak itu,dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh.



Monday, July 4, 2011

Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?



Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?
1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.

Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,
"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)
Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis.(Muttafaq 'Alaihi)
Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37
Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini."Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."
Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.
Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."
Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.
Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.

~via iluvislam~