Tuesday, July 5, 2011

Boleh buat MAKSIAT,denga syarat...

Assalamualikum...

Dalam kitab al-tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenanaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat , iaitu Ibrahim Adham.

Beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:-

1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan razeki Allah derhaka kepada Allah.
2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu,maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka,maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya.Sekiranya engkau dapat berbuat demikian,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat."

Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya.
Akhirnya,lelaki itu menemui jalan hidayah.Dia bertaubat kepada Allah s.w.t.dengan bersungguh-sungguh.Sejak itu,dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh.



No comments:

Post a Comment