Friday, October 10, 2014

Rabitah

Pagi tadi,
Aku gapai buku kecil atas meja,
Seperti biasa seusai subuh,
Buku kecil itu menjadi tatapan mata,
Mathurat,
Zikrullah dan doa bagai satu hadiah utk hati aku,
Dan aku yakin,
Ianya juga menjadi permulaan pada setiap hari,
Pada engkau juga bukan?

Pada hujung doa mathurat,
Doa rabitah menjadi penutup,
Sampai di situ,
Aku teringat akan arwah,
Mengapa begitu banyak sekali kenangan yang membuatkan aku tak akan pernah lupa,
Sungguh besar kesanmu pada kami semua,
Aku teringat tentang kehadirannya,
Membacakan doa rabitah,
Di saat kami punyai sakit di hati waktu itu,
Lalu hati kami sayu akan setiap makna doa itu,
Tak dapat aku tahan sebak,
Begitu menusuk di hati,
Sungguh bersih hatimu,
Sungguh...

Aku gembira sekali akan pertemuan pada malam itu,
Hingga kini,
Seakan ia baru sahaja berlaku.

Al-fatihah kak mum
:)


Thursday, October 9, 2014

Infiru

Pelangi itu cantik, tapi dia tak akan muncul selagi hujan tidak membasahi bumi. Same to goes with our life. Kehidupan itu indah sebenarnya, tapi akan lebih indah bila adanya ujian. Setiap tulang belulang kita akan rasa lebih di hargai bila ia di lalui dengan ujian. Maka, akan ada makna yang tersendiri tentang kehidupan bilamana hidup kita adanya matlamat yang jelas. Bagi saya matlamat dalam hidup penting kot. Tanpa matlamat, hidup kita tiada arah tuju. Dan kita, which is as muslim..seharusnya meletakkan matlamat yang jelas dalam memaknai perjalanan hidup. Sayang sangat2, bila matlamat kita sudah jelas, tapi ia di kaburi oleh dosa-dosa kita. HUKS!!

=(


Pelangi kan..dia ada banyak sangat warna...setiap warna itu cantik sangat..mashaallah.

"Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?
Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, niscaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih." [al-mulk: 3-4]

Ya Allah...meleleh air mata~~

Ayat ini betol2 basahkan ruhi saya..first time tahu tafsir al-mulk ini, mmg ayat ini cair di hati~~
Benar, pada ciptaan Tuhan, kita tak akan nmpk ketidaksempurnaan itu. Sungguh, lengkap dan teliti ciptaan Allah. Saya ingat lagi, usrah yang dulu2, ada akhwat ini kata, sebagaimana Allah teliti dalam menciptakan kita, sebegitu teliti lah akan akan menghisab amalan kita. Fuhh...

Peluh panjang..

Ambik kertas besar2, tulis matlamat kita, pastu tampal kt dinding..haaa, mampu?
xde lah, terpulang lah, masing2 ada cara tersendiri, tapi apa yang penting matlamat kita sama...iaitu...

-khalifah  [2:30]
-ibadah [51:56]



Di manapun kita berada, kita harus jelas dengan tujuan kita. Jangan berhenti berlari, sehingga kedua-dua kakimu berada di syurga. Bergeraklah walau susah. Sebab bila kita ltk Allah sebagai tujuan kita, percayalah, Allah akan bantu kita. Tak saya nafikan, bila ujian datang pada kita, hanya Allah saja tempat kita mengadu, sedih tu..hanya Allah saja yang tahu, tapi apa yang membuatkan kita bangkit semula adalah Allah!


Jika kita rasa sangat malas untuk keluar berdakwah, ingatlah, Ada lagi orang lain yang susah payah keluar berdakwah dengan hanya wang yang cukup-cukup di tangan.
Jika kita merasa lengah, ingatlah bahawa kematian tidak menunggu kita.
Jika kita merasa futur, bangkitlah, kerana iman itu perlu disemai dibaja dan jangan biarkan futur anda dihiasi.
Jika anda merasa susah, berdoalah supaya Allah memudahkannya.
Jika kita merasa sangat lemah, bangkitlah! Kuatkan diri anda!! Mantapkan mujahadah anda, kerana syurga itu memang mahal dan perlukan mujahadah.
Dan jika anda merasa sangat pahit, senyumlah! Ketahuilah memang mujahadah itu pahit, kerana SYURGA nanti sangat MANIS.
Semangat infiru!!

Forgive me Ya Allah......

Friday, September 26, 2014

CintaMu amat sempurna

Hari ini 26/9/2014, saya rasa mungkin kali terakhir sy datang ke tmpt LI saya. Tamatlah sudah segala urusan dengan company itu. Sungguh, banyak sangat2 pengalaman selama 4 bulan saya praktikal di sana. Kadang kami gelak-gelak ketawa, kadang kami serius, kadang kami diam membisu, kadang mereka buat saya rasa nk sedih sgt dan mcm2 la. Tak terkata rasanya nk cerita.

Di sini, saya rahsiakanlah nama company itu, dan sejujurnya, waktu 1st week intern kt sana, saya rasa nk tukar tmpt intern sangat2. Rasa mcm tak sanggup gile nk teruskan praktikal kt sana. 1st week kt sana, saya dan kwn sy diberi banyak sangat kerja, yang kiteorg sememangnya tak tahu langsung nk buat. Saya tahu memang kakak2 dkt office itu ada ajar, tapi utk kiteorg yang baru lagi masuk ke alam kerja, dan diberi kerja yang banyak, dan nk disiapkan dengan segera, fuuuh!! peluh panjang la ! waktu tu mmg rasa mmg nk tukar terus je tmpt LI. Saya dan kwn saya duk fikir la bermacam-macam cara utk tukar tempat LI. Tapi yang pasti, kiteorg kne bagithu supervisor University kiteorg dulu, sebelum kami sedap2 buat keputusan sendiri. Hiks!

1st week..2nd week...3rd week...4th week..5th week....tik tok tik tok...Supervisor UM saya pun, ada email kt saya yang dia nk dtg utk tgk2 kerja apa yang saya buat kt company ini. Waktu tu, saya dengan seribu harapan, berharap2 sangat yang supervisor saya bagi saya dan kawan saya tukar tmpt LI. Masa supervisor saya datang, dia ada call dan dia cakap dia tunggu kt bawah..saya pun pergi jumpa dia, turun kt bawah jemput dia utk ke office. Masa jumpa supervisor saya, dia terus tanya, mcm mana,ok ke? saya rasa tak taw nk cakap apa -_-. Dalam hati rasa mcm nk cakap je, tak suke langsung..haha..dan saya ckp terus terang dkt supervisor saya, sebenarnya..kerja yang diberi terlalu banyak, dan apa yang diberi pn tiada kaitan dengan apa yang kiteorg belajar selama ini. Lepastu, saya tnya dia, boley ke kalau saya dan kawan saya nk tukar tmpt LI??

Sedih gilee~~~ =(



Dia cakap mmg x boley dh, sebab bila kite terima tawaran itu, means mcm kite dh sign contrac dengan company itu. Allah, takpe...saya rasa mmg Allah nk bagi sesuatu pada saya waktu itu.Kadang2, rasa sedih sangat..kenapa dalam ramai2 org,kenapa aq yang dpt tmpt kt situ...Tapi bila fikir balik, Allah tak akan bgi sesuatu dengan sia-sia.Sebenarnya, saya sedih sangat tgk keadaan tmpt kerja saya...ok, fine..sy faham la itu company cina..tpi tmpt solat pn xde kt sana. Saya dan kwn2 saya solat dalam bilik meeting je.

Dan waktu bulan puasa pn, kiteorg tak sempt nk lama2 utk tadarus ke, bincang isu islam dan lain2. Masa rehat di singkatkan sebab boss tu bagi balik awal 15 minit sajo. Setiap hari terkejar-kejar pagi2, nk naik bas...naik train ke tmpt keje..balik plk, terkejar-kejar naik train..naik bas...Ya Allah, nk kira penat tu mmg tak boley nk ckp. Saya rasa mmg,Allah bgi saya kekuatan waktu tu utk lalui hari-hari intern.Saya mmg tak kuat kalau nk kira.Kawan2 lain,semua naik motor ke tmpt kerja,waktu tu rasa sedih sangat...rasa mcm aq je ke mcm ni,tpi xpe..Allah ada..Allah ada. Sebab tu kn,bagi yang ada kenderaan, bersyukurlah...sebenarnya ramai je org kt luar sana,nk ada motor jgk..nk ada kereta jgk...tpi kesusahan itu sebenarnya menjadi kebiasaan bila kita redha.andai ini lah takdir Allah pada kita.Bersabarlah~~....

Tak di nafikan lah, segala kesusahan saya masa intern, hanya Allah sahaja waktu tu yang beri saya kekuataan..betul2 saya sangat bergantung pada Allah.Keluar pagi2 sorang2, mmg tkot tu ada...tpi bila kita mintak perlindungan kt Allah, betul! Allah akan bagi itu. Rasa bersyukur sangat2..setelah 4 bulan intern..tak sangka sangat2, dah tmpt dh semuanya..



Ya Allah,
pada siapa lagi harus aku mengadu resah di hati,
pada siapa lagi yang bisa beri aku kekuatan,
pada siapa lagi harus aku ucapkan syukur,
pada siapa lagi air mata ini aku curahkan,
pada siapa lagi Ya Allah,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui,
pada Engkau lah tersimpan segala rahsia,
Aku ucapkan syukur padaMu,
Wahai pemilik cinta,
Sungguh Engkau Maha Penyayang,
Aku terkedu dalam pertolonganMu,
Ampuni aku,
Atas dosa-dosaku,
Cukuplah Allah bagiku,
CintaMu amat sempurna,
Tak mampu utk aku nodai,
Andai perjalanan aku singkat,
Izinkan aku untuk memenuhi cinta aku hanya padaMu,
Andai perjalanan aku masih jauh,
Izinkan aku dan dia utk sama2 mengapai cintaMu,
Tuhan~~
Aku lemah....



Alhamdulilah~~~
Terima Kasih Ya Allah,
ini merupakan coretan ringkas tmpt pertama saya berkerja.
apa yang penting, bagi saya..utk cari pekerjaan..tgk lah dulu di mana tmpt solat,
itu yang paling penting.
Moga Allah mudahkan urusan kita yang mendatang.
Salam maghrib~~
Allahumma solli ala sayyidina muhammad


Friday, July 18, 2014

Kenapa masih ada rindu

"Kutemukan diriku sendiri, menjadi penunggu cinta yang sudah lama mati." 



"Dari jarak, aku belajar menunggu dengan menguntai rindu, berharap segera ditemu olehmu."



Katanya aku serah dia dalam jagaan Allah.
Katanya aku redha dengan ketentuan Allah
Katanya biarlah aku doakan saja pada Allah

Tapi kenapa masih banyak menulis tentang cinta pada manusia melebihi cinta pada Pencipta?

:(


Wahai Tuhan yang memegang hati kami,
Ampunilah kami,
Ampunilah kami,
Ampunilah kami,
Apa yang berlaku sekarang adalah teguran dariNya,
Bahawa kita masih terlalu leka dan selesa lagi,
Kapan masa yang sesuai untuk kita tersedar lagi...
Duhai hati,
Sedarlah,
Sedarlah dari lamunan bayang-bayangmu selama ini,
Engkau mencari cinta untuk merasa bahagia,
Hakikatnya Allah sedang berbicara soal cintaNya padamu,
Jangan tersilap mentafsir akan kehidupan dunia,
Tak usah terpedaya,
Hanya sementara,
Kembalilah pada Pencipta,
Demi kebahagiaan yang kekal.

[Make dua for UMMAH]

Ya Robb,kenapa masih ada rindu yang tersisa lagi...



Monday, July 14, 2014

Allah bagi yang paling the best utk kita

Salam pertengahan ramadhan,

Dalam kehidupan kita,tak semua yang kita nak Allah akan bagi.Betul...saya selalu dengar ramai orang yang berkata sedemikian rupa,dan juga ramai sahaja orang post status di facebook macam itu.
Tapi,pernah tak kita rasa,sewaktu apa yang kita nak sangat sesuatu tu terjadi dalam hidup kita,tapi tup tup...kita tak dapat pn benda itu...Allah...waktu tu,kita rasa down gilee3..rasa mcm kalau x dapat yang ini,tak tahu la bila lagi kita akan dapat benda itu.Pernah tak rasa mcm tu??

Kalau tak pernah.....kbai!

hahah :P

Btw,saya pernah rasa mcmtu -_- *teruk sungguh perangai*
Sebenarnya,bila kita muhasabah balik diri kita,kita akan dapat tahu kenapa Allah buat mcm itu kat kita dulu2.Sebenarnya waktu itu tak sesuai lagi utk kita dapatkn benda itu.That why la Allah baru bagi sekarang.Nak tahu tak apa bande tu?? jeng jeng jeng! mana boleh bagi tahu! hahaa *okeyy gelak lagi*

Tak penting pn semua tu.Yang saya nak cakapkn sekarang,just trust Allah.Itu sahaja yang kita perlu yakin.Dan sekarang ini pun,saya yakin Allah tak bagi sekarang utk saya,tapi mungkin di masa hadapan,apa yang penting saya akan terus berusaha,berdoa dan berharap.Tak salahkan kalau kita berharap dengan Allah.Itu namanya kita serahkan urusan kita pada Dia.Saya yakin dan percaya,Tuhan yang menciptakan saya,dan Dia tahu apa yang terbaik utk saya.

Tak mengapa utk merasa derita di dunia,sekejap sahaja,percayalah.
Sabar~~
Allah akan bagi yang paling the best utk kita :")

   cantikk tempat ni,teringin nk pegi...one day nanti ^^


Saturday, May 24, 2014

Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain?

Kita tak sama,
setiap ujian itu berbeza,
Allah memilih di antara kita,
siapakah yang layak dengan ujian sebanyak ini dan itu,
kita tak boleh menilai seseorang itu dengan pandangan luarannya sahaja,
tapi melihat kepada kehidupan manusia zaman sekarang,
lebih ramai yang melihat luaran daripadan mengenal isi hati seseorang,
maka berakhlak lah dengan akhlak yang terbaik mengikut acuan rasulullah,
setiap hari kita adalah dalam proses membina diri,
moga hari-hari kita merupakan catatan graf yang positif

^_^"
Alhamdulilah....
Bersyukurlah dengan kekurangan yang ada kerana masih ramai lagi yang ingin memiliki apa yang kita ada sekarang.
Kita hanya perlu ketabahan,kesabaran,kekuatan dan petunjuk dari Yang Maha Berkuasa.
Terbanglah terus ke hadapan.Hadapilah dengan hati yang cekal.
Jika kita merasa orang lain lagi banyak kelebihan dari diri kita, cubalah utk melihat kekurangan orang lain.Manusia tak akan pernah merasa cukup bila lihat kelebihan pada orang lain.Bilah dh dapat pn,masih lagi hendak yang lain yang lebih baik.Tak akan pernah rasa cukup.Bilakah waktu kita akan rasa cukup??
Bila kita mengingati Mati.
Suatu peringatan yang jelas dan benar.

"Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah?Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya.Apakah di samping Allah ada tuhan(yang lain)? Sebenarnya mereka adalah orang2 yang menyimpang(dari kebenaran)."

"Bukankah Dia (Allah) yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, yang menjadikan sungai2 di celah-celahnya, yang menjadikan gunung2 untuk (mengokohkan)nya dan yang menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui."

"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dlm kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."

"Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya? Apakah di samping Allah ada tuhan( yang lain)? Mahatinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan."   

[27:60-63]




Monday, May 12, 2014

Pesanan Ulama'

Habib Hassan Al Attas
Orang yang paling banyak menempuh cubaan adalah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم
Semakin banyak seseorang itu menempuh dugaan, maka semakin tinggi derajatnya disisi Allah.
Bila kita hendak barakah, jaga pesanan Para Ulama'
Ada sekumpulan Anak murid berjumpa dengan syeikhnya, lalu sheikh berkata, Kamu tunggu disini sehingga Aku datang.
Lalu sheikh ini masuk dan menunaikan solat, didalam sujudnya Syeikh itu berdoa, Ya Allah turunkanlah hujan selebat lebatnya.
Tak lama kemudian turun hujan selebat-lebatnya, maka satu persatu anak murid beliau lari.
Maka tinggal lah seorang Saja Anak muridnya. tahulah syeikh tersebut, anak murid ini saja yang Begitu pegang dengan Pesanan Beliau. lalu Syeikh itu mengatakan..
" Ini lah pegantiku yang akan jadi khalifah Tariqat aku "
Bagaimanakah mahu saya terangkan Manis? Susah! Tak ada perkataan yang dapat menyifatkan manis, melainkan seseorang itu yang dapat merasai sendiri kemanisan tersebut, Begitulah seseorang yang merasai kemanisan dalam Ilmu tassawuf yang orang lain tak akan dapat merasai kemanisan tersebut.
Mustahil orang yang datang masuk ke rumah Allah, memuji Rasulullah, menyebut nama kekasih Allah, akan kembali kosong, Tanpa dirahmati Allah, mustahil... mustahil!
Rahmat itu apa? Rahmat itu Ketenangan didalam hati, kesenangan mengerjakan Amal, kedekatan kehadrat Allah, kedekatan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم .
Jangan kita tergelincir, kerana dunia ini penuh amalan bermacam cubaan, jangan tergelincir, kalau kita pegang kuat pesanan Guru kita, yang dapat barakah kita, kita pegang satu amalan, yang dapat rahmat kita, kalau kita jauh, Allah swt akan jauh dengan kita, jadi jaga baik baik amalan kita.
Semoga Allah berikan Rahmat kepada kita, kepada guru kita dan kepada kaum muslimeen dan muslimat dgn barakah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم