Monday, May 12, 2014

Pesanan Ulama'

Habib Hassan Al Attas
Orang yang paling banyak menempuh cubaan adalah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم
Semakin banyak seseorang itu menempuh dugaan, maka semakin tinggi derajatnya disisi Allah.
Bila kita hendak barakah, jaga pesanan Para Ulama'
Ada sekumpulan Anak murid berjumpa dengan syeikhnya, lalu sheikh berkata, Kamu tunggu disini sehingga Aku datang.
Lalu sheikh ini masuk dan menunaikan solat, didalam sujudnya Syeikh itu berdoa, Ya Allah turunkanlah hujan selebat lebatnya.
Tak lama kemudian turun hujan selebat-lebatnya, maka satu persatu anak murid beliau lari.
Maka tinggal lah seorang Saja Anak muridnya. tahulah syeikh tersebut, anak murid ini saja yang Begitu pegang dengan Pesanan Beliau. lalu Syeikh itu mengatakan..
" Ini lah pegantiku yang akan jadi khalifah Tariqat aku "
Bagaimanakah mahu saya terangkan Manis? Susah! Tak ada perkataan yang dapat menyifatkan manis, melainkan seseorang itu yang dapat merasai sendiri kemanisan tersebut, Begitulah seseorang yang merasai kemanisan dalam Ilmu tassawuf yang orang lain tak akan dapat merasai kemanisan tersebut.
Mustahil orang yang datang masuk ke rumah Allah, memuji Rasulullah, menyebut nama kekasih Allah, akan kembali kosong, Tanpa dirahmati Allah, mustahil... mustahil!
Rahmat itu apa? Rahmat itu Ketenangan didalam hati, kesenangan mengerjakan Amal, kedekatan kehadrat Allah, kedekatan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم .
Jangan kita tergelincir, kerana dunia ini penuh amalan bermacam cubaan, jangan tergelincir, kalau kita pegang kuat pesanan Guru kita, yang dapat barakah kita, kita pegang satu amalan, yang dapat rahmat kita, kalau kita jauh, Allah swt akan jauh dengan kita, jadi jaga baik baik amalan kita.
Semoga Allah berikan Rahmat kepada kita, kepada guru kita dan kepada kaum muslimeen dan muslimat dgn barakah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم


No comments:

Post a Comment