Saturday, April 20, 2019

Pilihan

Sesiapa yang memilih kebenaraan pasti selamat. Sesiapa yang memilih keburukan, pasti hancur. Hukum ini tidak berubah, walaupun paksaan tidak diletakkan pada kita dalam memilih baik ataupun buruk.

Setiap pilihan mempunyai efek. Apabila kita memilih mahu, ia mempunyai efek, dan sekiranya kita memilih tidak mahu, juga mempunyai efeknya. Tidak ada sebarang paksaan dalam membuat pilihan. Pilihan ini tidak sesekali menghilangkan efek sama ada mahu ataupun tidak.



Begitulah kehidupan. Kita sentiasa diberi peluang utk membuat pilihan. Memilih antara “YA” atau “TIDAK”. Bagi saya pilihan dalam kehidupan sungguh memeritkan. Kerana, pada hujungnya sudah pasti tidak jelas bagi kita. Yang jelasnya, hanyalah waktu sekarang.

Syukur kerana kita masih lagi diberi kekuatan dalam mengerjakan solat dan berdoa pada Allah. Sesungguhnya, setiap pilihan yang kita buat perlulah berbalik pada Allah. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Dan diri kita sendiri pula, perlulah ada usaha dalam memohon bantuan dari Allah. Akan terbit gerak hati yang menyenangkan pada satu arah dalam 2 pilihan kita. Dari situ Allah memberi kecenderungan untuk kita membuat pilihan yang terbaik. Pilihlah mengikut gerak hati yang lebih tenang utk kita. InsyaAllah itu pilihan yang terbaik. 😊

P/s: entry sy kalini mungkin berbeza dari sebelumnya. Sebenarnya ini first time sy menulis menggunakan fon. Biasanya akan guna laptop untuk menulis. Disebabkan kekangan waktu, sy cuba untuk menulis melalui fon mulai skrg ini. 😊

Semoga ada kebaikkan untuk semua🤗

No comments:

Post a Comment