Ramadhan,
Kedatanganmu di sambut oleh linangan air mata ini,
Entah dari mana sebak itu datang,
Aku menyambut kedatangan ramadhan tahun ini dengan penuh kepiluan di hati,
Mungkin hati aku terasa adakah ini ramadhan terakhir buatku,
Kini engkau sudah menghampiri kepada pengakhiran ramadhan,
Sayu rasa hati ini ingin menghabiskan sisa-sisa akhir ramadhan tahun ini,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terimalah amalan kami di bulan yang penuh dengan barakah ini,
Kami malu denganMu di atas dosa-dosa kami,
Kami mengharap keredhanMu pada tiap-tiap penjalanan kehidupan kami,
Suburkanlah hati ini dengan hanya mengingatiMu.
Aku meraih redhaMu Ya Allah.
Sampaikanlah kami untuk bertemu lagi di ramadhan akan datang.
Ramadhan tahun ini, saya rasa bersyukur sangat kerana dapat berpuasa bersama family, walaupun bukan sepenuhnya tapi ini dah terasa sungguh cukup. Dapat berterawih bersama family di pondok. Lama sangat terasa tidak pergi ke pondok. Alhamdulilah, Allah izinkan lagi. Saya cuma nak berkongsi, terawih di pondok ini, menjadi kebiasaan mereka2 yang berada di pondok ini membuat terawih 20 rakaat, kemudian di sambung dengan 4 rakaat solat sunat tasbih ( 2 rakaat, 2 rakaat) dan kemudian solat sunat witir. Mula-mula nk buat pun terasa berat, tapi bila tgk mak cik2 kt sini sanggup buat kesemuanya walaupun solat dengan duduk, saya pun jadi terasa kuat jugk untuk membuatnya. Benarlah, solat itu merehatkan. Setiap anggota badan yang di gunakan untuk solat ada manfaatnya tersendiri. Bagaimana mungkin, kita boleh menyatakan bahawa solat itu membebankan. Allahurabbi.
Lama tak update blog ini, mungkin blog ini akan jadi berhabuk kembali buat sementara waktu. Doakan yang terbaik untuk seluruh ummat islam. Berkatalah dengan kata-kata yang baik kerana kata-kata itu adalah doa. Doakan untuk saya. Moga Allah redha. Let's jannah be our motivation. <3
Sampai ketemu lagi Sorban Putih ~ ~ ~
No comments:
Post a Comment