Monday, May 4, 2015

Tulisan ini hanyalah untuk Dia

Tulisan ini tidak lain tidak bukan
Hanyalah kerana Allah
Kerana saya bukanlah banyaknya bicara
Tapi saya gemar berbicara tentang baiknya Tuhan
Saya ambil cara ini untuk menulis tentang Tuhan
menulis tentang alam ini
menulis rasa yang tidak mampu untuk di luah

Moga tulisan ini memberi manfaat bagi segelintir sahabat-sahabat saya
Jika jasad saya tiada lagi di dunia
Saya sangat berharap
Tulisan ini memberi manfaat pada saya di alam akhirat nanti
Kerana sikitnya amalan saya,
Dan itu pun belum tentu diterima Tuhan,
Dan kerana banyaknya dosa saya,
Saya berharap tulisan ini boleh menjadi saham saya di sana nanti

Tulisan ini,
Sangat bermakna bagi saya,
Mungkin jika Allah panjangkan umur saya,
Saya bisa lagi ingat apa yang saya pernah lakukan di hari muda,
Ini juga merupkan cerita saya pada anak-anak juga suami saya nanti,
Saya tidak berharapkan yang lebih dari mereka,
Malah saya berharapkan yang lebih dari diri saya sendiri,
Untuk memberi apa yang tahu di akal fikiran ini,
Mungkin tidak banyak,
Tapi ada.

Tulisan ini merupakan sorban putih saya,
kerana saya mahu ia menjadi sentiasa putih,
biarpun lama di makan masa,
saya mahu ia sentiasa segar dengan tulisan ini,
saya mahu ia bersih dari noda,
dan saya mahu ia sentiasa ada dengan saya.



No comments:

Post a Comment