Alhamdulilah untuk segala nikmat dari Dia. Hari ini kita dapat lagi bernafas seperti biasa dan saya pula dapat lagi menulis dengan sepuluh jari pinjaman dari Dia.
Alhamdulilah.
Kadang bila kita mendapat sesuatu yang tak kita sangka-sangka, kita mesti rasa nak ucap terima kasih kt Allah banyak2 kan?? =) rasa mcm tak cukup dengan ucapan terima kasih itu, sebab apa yang kita dapat itu betul2 kita tak pernah bayangkan.
Saya nak cakap kat sini tentang solat dhuha. Saya tahu ramai dikalangan kita mmg sudah tahu malah sudah pun istiqomah dengan solat dhuha. Alhamdulilah, tahniah untuk anda, moga Allah sentiasa memberi ruang dan waktu pada kita untuk terus istiqomah dalam apa jua yang kita lakukan. Solat dhuha ini merupakan tanda syukur kita pada Allah atas segala nikmat yang Dia telah bagi pada kita. Setiap tulang belulang juga ruas-ruas tulang kita ini, kita hadirkanlah sebagai tanda syukur kita padaNya. Allah akan bukakan rezeki pada kita dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Tapi kekadang ada orang yang silap tafsir, mungkin bila dia buat solat dhuha dan dia rasa dia tak mendapatkan rezeki yang dia nak, then lepastu dia berhenti lakukan solat dhuha.
Oh, tidak...anda silap dengan tekaan itu...tetttt!
Jangan kerjakan sesuatu ibadah untuk mendapatkan sesuatu ganjaran dari Dia, sebab nanti kita mungkin akan berhenti melakukan ibadah itu bila kita tak mendapatkannya. Kerjakanlah sesuatu ibadah itu kerana Allah. Telah terlalu banyak nikmat dan rahmat yang Allah bagi pada kita ini. Macam saya, sudah 23 tahun saya mendapat nikmat dan rahmat dari Dia, tapi apa balasan kita pada Allah??
Hemmm...
Sikit baru amalan kita, dan kita tak tahu juga amalan2 yang kita buat itu diterima atau tidak dari Allah.
Istighfar.
Solat dhuha ini boleh di lakukan 2 rakaat. Kalau rajin lagi, boleh tambah 2 rakaat lagi.
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Apa yang saya tersentuh dengan solat dhuha ini ialah doa solat dhuha. subahanaAllah, sangat menyentuh hati.
Arti bacaan doa sholat dhuha :
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.
#sesuatu yang dapat di rasa,
kadang tak mampu untuk diluahkan.
:')
No comments:
Post a Comment