Wednesday, June 27, 2012

Memo kecil pesanan dari Dia


".. Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang 


kamu cintai. Semoga Dia menghadirkan seseorang yang 


mencintaimu ..":')







Saat Allah s.w.t mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah 


hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa 


mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan 


bersih. 






Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku 


membenci segala kejahatanku.”


Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu 


yang menjadi petunjuk ke jalan benar. 

Sunday, June 24, 2012

BarakaAllah=)

Alhamdulillah thummalhamdulillah thummalhamdulillah..

Barakallahulakuma wabaraka ialaikuma wajama'a baunakuma fi khair(23.6.2012)

Tahniah kak mum dengan baitul muslim yang terbina...biizinillah,semoga bahagia dan sentiasa di bawah rahmatNYA.Walaupun tak dapat hadir di majlis akad nikah kak mum tapi saya dpt rase bersama2 kak mum waktu tu..suke tgk gmbr2 kak mum,comey sgttt...hehe^_^"

Semoga sentiasa tabah dan kuat dalam mengharungi ujian dari Dia.Yakin dan ingatlah bahawa Allah tak akan pernah mensia-siakan kehidupan seorang hambanya yang berjuang di jalanNya.


BarakaAllah!
^_^
Cinta yang terbina atas dasar keimanan
mencintai kerana Allah
semoga Allah redha
Perkahwinan ini tidak lain dan bukan
hanyalah demi ISLAM
semoga dengan ikatan yang terbina ini
memudahkah lagi
menjalankan kerja-kerja dakwah
sungguh kemenangan ISLAM itu pasti
kerana ini merupakan
janji yang telah Allah menteri
tapi

di manakah kita di saat kemenangan ISLAM itu??
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

terfirik sejenak

tersentap

tersentuh

***

terkena pada diri sendiri

Ya Allah tetapkanlah kaki ini
untuk turut serta dalam membantu
 perjuangan
kebangkitan ISLAM
syahid di jalanMu
kami sanggup!
demi ISLAM
kami lah rijal-rijal yang akan
terus dan terus dan terus
berusaha sehabis yang mungkin
berjuang
ilahi ta'ala
untukMU
Allah
aameen

semoga Engkau Redha dengan usaha kami yang sedikit ini
pandanglah Ya Allah...

~Fi zilal Quran~





Saturday, June 23, 2012

Cinta seorang Teman


SAHABAT

KAU HADIR DI TIKA AKU MEMERLUKANMU

DI SAAT HATI AKU KOSONG DAN MEMINTA SESUATU

KAU HADIR MENGHULURKAN TANGANMU

MENITIS AIR MATA INI MENGENANGKANMU

DAHULU

KITA SERING BERSAMA-SAMA

MAKAN BERSAMA-SAMA

PERGI KE SEKOLAH BERSAMA-SAMA

BELAJAR BERSAMA-SAMA

KONGSI MASALAH BERSAMA-SAMA

SUKA BERSAMA-SAMA

MENANGIS BERSAMA-SAMA

BALIK KE SEKOLAH BERSAMA-SAMA

TAPI ITU SEMUA DAHULU

KINI AKU KESEORANGAN TANPAMU DISISI KU SAHABAT

RAUT MUKA SUKA DUKAMU SERING TERBAYANG DI FIRIKANKU

KEIKHLASANMU UNTUK BERSAHABAT DENGANKU

MEMBUATKAN AKU SUKAR UNTUK MENTAFSIRKAN ERTI PERSAHABATAN ITU

BETAPA AKU HARGAI DI SETIAP DETIK DAN WAKTU KITA BERSAMA DAHULU

TAPI ALLAH HANYA MEMINJAMKAN ENGAKU PADAKU

SEDIH RASA HATI INI MENGENANGKAN MASA LALU

MELIHAT BARANG2 PEMBERIANMU ITU




OH,YA ALLAH...KURNIAKAN AKU KEKUATAN

LIMPAHKANLAH KASIH SAYANGMU ITU DIANTARA TALI PERSAHABATAN KAMI INI

BIAR PUN JARAK MEMISAHKAN KAMI

TAPI TALI PERSAHABATAN INI TAK AKAN PERNAH PUTUS

KERANA AKU YAKIN

ENGKAU AKU MENEMUKAN KAMI JUA

SUATU HARI NANTI






5 TAHUN MASA BERLALU

KINI KU MENGHARAP ENGAKU HADIR DALAM HIDUPKU SAHABAT

MAAFKAN AKU

JIKA AKU BUKANLAH SAHABAT YANG TERBAIK UNTUKMU

TAPI KETAHUILAH

ENGAKU SENTIASA DI DALAM DOAKU

UNTUKMU SAHABAT

UKHUWAH FILLAH FILL ABADA ABADAN

T.T

iza@ifa

“Sesungguhnya SAHABAT itu

 wujud dari 1 PERTEMUAN....

 Dengan 10 PERTANYAAN....

 100 KEYAKINAN @ 1000 kali

 PENGORBANAN ....Serta BERJUTA kali PERJUANGAN

 dengan KEIKHLASAN atas

 KEREDHAAN ALLAH S.W.T....

 Andai Seorang SAHABAT itu

 melakukan KEBAIKAN....

 UKIRLAH lah di ATAS BATU....Agar ia nya TERSEMAT di HATI &

 KEKAL sebagai MEMORI

 TERINDAH...Andai dia membuat KESALAHAN....

 Tulislah di atas PAGAR....

 Agar ia hilang di tiup ANGIN

 KEMARAHAN...”



Bukan yang Diminta


Siapalah aku hendak dibandingkan dgn mereka,kata-kata itu sering dilontarkan dan bermain-main di kotak kecil insan yang bernama Furqan.Furqan seorang yang aktiv dan lincah dalam apa2 kegiatan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan.Sejak dari zaman persekolahan lagi Furqan sering melibatkan dirinya dalam semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan.Minatnya dalam bidang sukan sgtlah mendalam dan membuak-buak namun dalam masa yang sama Furqan tak pernah membiarkan prestasi pembelajarannya jatuh dan menurun.Furqan seorang pelajar yang cemerlang dalam sekolahnya dan dia juga merupakan pelajar yang disayangi oleh guru-gurunya.Mana tidaknya,Furqan bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran tpi aktiv dalam bersukan dan sering menjadi wakil sekolah di peringkat daerah dan juga negeri.Sikapnya yang bersederhana itu membuatkan dia amat disenangi oleh rakan-rakannya.



Hari ini merupakan hari yang amat di nanti-nantikan oleh Furqan dan rakan-rakannya ,setelah sekian lama  bertarung akal dan fikiran,kini tibalah masanya utk melihat apakah hasil yang mereka semua perolehi.DUP DAP DUP DAP.....denyutan hati Furqan tiba-tiba berdenyut dgn pantas sampaikan terketar-ketar tangannya. ‘Furqan,kenapa hang ni,dari tadi aku tengok hang terketar-ketar,hang takut ke apa?’,kata kawannya,Aiman. ‘Eh,mane ade..aku biasa je,kau tu kot yang berdebar sangat sampaikan aku yang ‘relax and cool’ ni kau cakap aku terketar,haishh,mane ade kawan!’,seloroh Furqan. ‘‘Relax and cool’ la sangat kan,tu haaa,tangan hang tu kenapa, “parkison” ke ape tu?hang ni agak2 la nak tipu aku pun,aku dah kenal hang 4 tahun ooo....segala-galanyaku tahu mengenaimu,cewaahh!’,senda Aiman kepada kawan baiknya itu,Furqan. ‘Weh,aku cuak la,entahlah dari semalam aku mimpi yang bukan2 la,kalau aku tak dapat 9A,hancurlah harapan aku nak jadi atlet negara’,Furqan meluahkan rasa hatinya.

‘Relax weh,doa banyak2,insyaAllah,Allah bantu kita’

Betul tu man,terima kasih man,kau lah kawan aku dunia akhirat

Amboii,hang ni,janji tak ni??

Janji la!

YUP,insyaAllah...bersahabat sampai ke syurga,Furqan,nanti kalau aku tinggalkan hang dulu,hang jangan lupa aku tau,bila hang jogging petang2 tu ingt la kt aku yang hensem ni...*sambil kening naik ke atas*

Apa kau merepek ni,dah la jangan cakap macam tu la,aku tak nak kau tinggalkan aku dulu,(tetiba Furqan terasa sebak dengan kata-kata Aiman)

Aku cakap je..

Diam...

Kedua-dua diam sebentar,masing2 tak tahu nak kata apa lagi,kawan2 mereka yang lain,masing2 duduk di kerusi  menunggu kehadiran  Pengetua sekolah.

To be continue.....^_^"

Wednesday, June 20, 2012

Suka SUKI & Duka DUKI

Sahabat, saya nak bercerita kisah suka suki & duka duki kerana hidup kita dihiasi warna warni ツ.

☀ Kadang² saya mampu bercakap dengan kalimah yang tersusun baik & idea menarik yang mencurah². ツ.

☀ Kadang² saya bertutur dengan sangat teruk, tergagap & idea menjadi bercelaru. :'(
...
☀ Namun kelebihan & kelemahan itu membuatkan saya rasa diri saya seorang HAMBA. Hamba yang tidak punyai apa² kecuali apa yang Allah berikan.

☀ Bila saya berfikir demikian, hati saya sangat lapang & saya tidak perlu berpenat lelah lagi untuk menjadi manusia yang sangat sempurna, alhamduliLLAH. Kerana tiada manusia yang sempurna apatah lagi "sangat".

•••► Sekarang hanya berusaha menjadi hamba Allah yang BERSYUKUR. Itu lebih baik dari sempurna mengikut ukuran & dambaan manusia ツ.

Sahabat, jangan lupa doa ini k ツ.

اللهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنْ عِبَادِكَ شَكُوْرَ، آمين
Allahummaj a'lni min i'badika syakuro
 




 ~ Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku daripada kalangan hamba²-Mu yang bersyukur, amin.

~Alhamdulilah,syukur pada Allah Yang Maha Esa ats segala rahmat yg Dia kurniakan.Segala-galanya terjadi tanpa dirancang tpi tiada istilah "KEBETULAN" dalam hidup ini sbb semuanya telah dirancang oleh Allah Azz wajalla.Ketentuan Allah itu lebih cantik dari apa yg kita rancang dan dari apa yg kita impikan selama ini.Serahkanlah segala-galanya pada Allah,necaya Allah tak akan mensia siakan sedikit pn hidup kita.Alhamdulilah juga sbb dh celamatnye smpi rumah...subahanaAllah!lame x blik umah,rase syukur sgt2 sbb diberi keizinan dariNYA,dpt bernafas dgn udara yg segar bugar..heheh,kt KL asap kereta je bnyk...tpi syukur dgn seadanya.Betapa indah ciptaan Allah di muka bumi ini,jgn la kita merosakkannya.Jgn kita rosakkan ia dgn jahiliyah2 kita KERANA setiap ciptaan Allah itu seperti pokok,meja,kerusi,kucing dan bnyk lgi,mereka itu semua sentiasa berzikir pada Allah tnpa penat dan lelah skli pun.Allahu RABBI...

*SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA SAHABAT2,SEMOGA KITA SEMPAT MENJADI TETAMU RAMADHAN yang akan tiba tak lama lgi...wuhuu!xsabar nk poce+solat terawih+bukak poce dgn family+yg paling penting nk jmpa dgn mlm lailatulqadar....^__^*
Wallahualam,HAPPY HOLIDAY!!^__*