LailahailaAllah Muhammadunrasulullah
Terikat sudh janji kta dgn sang Pencipta,Siapa kta utk mengingkarinya!
Kalimah syahadah yg diucap bererti kta telah siap sedia tuk memikul tanggungjawab yg ditugaskn oleh Allah pda kta,iaitu tugas sbgai seorg daie'...ingtkah kta akan firman Allah:-
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ."Mereka berkata:"Mengapa Engkau hendak menjadikan(khalifah) di bumi itu orang yg akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?"Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang tidak kamu ketahui."[2:30]
"Aku tidak menciptakan jim dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."(adz-Dzariyaat:56)
flash back**
Dahulu,sebelum cik Hidayah belum lgi menyapa aq.Aq hidup dalam angan2 dunia,berlari2 mengejar dunia semata2 ingin capai kejayaan dlm hidup..bagaimana dgn study aq??haish,like always...stdy for wt?aq pn xthu aq stdy tuk ape..stdy tuk dpt 8A,9A >> bgi aq,aq stdy tuk membalas blik jasa dan pengorbanan ibu bapaku,so waktu tu..aq mmg stdy gile2 la,doa kt Allah tuk dpt 8A,9A dan mcm2 lgi..Alhamdulilah,Allah menjwb doaku...xsangka,Allah bgi nikmat yg sgt bnyk,walaupun xde la hbt mne,tpi aq sgt syukur..at least,rase lega sbb dpt balas jasa mereka,tgk mereka tersenyum,tu pn dh cukup^_^...msa berlalu sgt pantas,pejam celik pejam celik,suatu saat hidayah Allah dtg pdaku,ternyata..perasaan itu sgt besh!!rasa seronok sbb rasa Allah sgt dkt dgn kta,lpstu x rasa tkot dgn sapa2 pn,sbb yakin bahawa Allah sentiasa ada tuk kta.Baiknye Allah...nikmat demi nikmat Allah bgi,dan aq terasa Allah sgt memilih aq.
Teringt kata2 seorg akhwat,Jangan kta mempersia2kn hidayah Allah itu,kerna skli Allah bgi hidayah kt kita belum tentu Allah akan bgi hidayah kt kita kli yg kedua,so bila dh disapa oleh Allah itu,jagalah betul2 hidayah ALLAH itu...Anda sgt beruntung!!
INI SEJARAH KITA>SAYONARA JAHILIYAH>SYAHADATUL HAQ'>GHAZWATUL FIKR>SEJARAH USRAH
*maaf x ikut susunan,ni berdasarkn yg sy dpt*IPK sy x dpt lgi...huhu:(
Alhamdulilah,Allah memberi ruang pdaku tuk mengenali Dia dgn lebih dkt,dan aq terasa bhwa Allah sdg menyucikan segala jahiliyah2 yg dh aq bt dahulu..
ingt semudah tu jew ke??oh tidak....>.<"
Jalan ini sungguh panjang...................................
kata orang,Jalan ini menuntut kita tuk bersabar,
rintangan yg datang kta tempuh dgn tabahnya..haiyak!!,
derita kta anggap itu tanda kasih sayang Allah pda kita ~_ ~,
sehinggalah kita temui Jalan yg lurus itu,
dan tetaplah berjalan di jalan itu,
ketahuilah Allah sentiasa bersamamu.
okeh okeh okeh,xdpt tulis bnyk aini,smoga ketemu lagi,doakn sy tuk Final Exam SEM3,insyaAllah..emm,mcm tergantung la plk,biizinillah de rezki sy smbung lgi.
SALAAMUN
angin hitam membelai sorban
sorban putih Hajar Aswad
aswad jasad dibantai korban
korban kasih si tartar hasad.
batin mata berpeluk dingin
dingin buta bertikam keris
keris kata bersakti angin
angin cinta bertukar garis.
Ya Salaam,Ya Salaam
qalbu untuk qalbu
qalbu Al-Quds dilumat!
riwayat purba
purba dibubar siklon.
kalam menyebu
menyebu salaamun-Mu
sehingga fajar tiba.
*Hazwan Ariff Hakimi
Sheffield,UK*
Jalan ini bukanlah mudah seperti yg kamu sangkakan,ianya memerlukan pengorabanan yg sangat kuat...CUKUPLAH ALLAH BAGIKU...
Sunday, December 23, 2012
Friday, November 30, 2012
Allah buat sesuatu untuk sesuatu
"Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum..."
Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.
kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. yaAllah.. bantulah aku..
*****
"Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat" kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. Dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. Nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalah ertikan.
"Amir, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit amir. sakit", tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.
"Lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku". Mendatar suara amir.
"Macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?".
"Tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah".
"Sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia".
Aku diam. Kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..
"Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya "
Air mataku kembali berguguran.
"Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia 'datang' lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?". Panjang lebar Amir mengingatkan.
"Ish, tahulah. Mestilah Allah"
"Kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?", sambung Amir lagi.
"Of course lah pencipta kita, Allah"
"Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? Dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?"
"Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan.."
"Haa.. sekarang kau sedar tak?". Walau nada Amir lembut, namun ada sedikit ketegasan.
"sedar dah.."
"Ape yang kau sedar?"
"Aku sedar semuanya datang dari Allah.."
"lagi?" soal amir lagi..
"lagi apa?". Sengaja ku bertanya pada Amir.
"Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri"
"Tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni"
" Habis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?"
Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang keluar dari mulut Amir tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.
"InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentiasa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya... InsyaAllah". Amir senyum.
"Terima kasih amir! InsyaAllah.. Demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa...". Aku nekad!
"Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai.."
"InsyaAllah.."
*****
Alhamdulillah... kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. Ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, 'Allah buat sesuatu untuk sesuatu'. kini baru kurasai 'sesuatu' yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.
"Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi.." – Fana
"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta
via iluvislam
Thursday, November 29, 2012
Saturday, November 17, 2012
Ubat Hati
Manusia tak pernh cukup dan tak pernh puas dgn apa yg ade.Seringkali meminta2 lagi dari Yang Maha Esa.Sekali di minta.Allah bgi.Sekli di minta lgi,Allah bgi...minta dan minta lgi,smpai lupa bahawa dunia ini hanya lah sementara!oh Tuhan,alpanya aku dgn dunia.
Jangan salahkn dunia jika kita sndri yg suke rosakkan dri sndri.Duhai hati yg lemh!ingtlah kamu,disaat kamu hmpir shja berputus ase dgn kehidupn dunia,Allah turunkn kebahagiaan padaMU,dan setelah itu,kmu mengukir senyuman krna kebahagiaan yg Allah hdirkn,bersyukur tak kamu??Betapa Allah menyayangi hamba-hambaNYA,Dia tak pernh pn menzalimi hamba2Nya walau sedikit pun,bahkan kita yg menzalimi dri kita sndri.
Menzalimi dri kita dgn nafsu yg melonjak2 inginkn keseronokkan,kita bgi sedikit rase seronok tuk dri kita,dan kita lupa lgi bahawa dunia ini bukanlah tmpt utk kta berseronok.Cukuplah dgn semua itu!Cukuplah menzalimi dri kita sndri.Kesihan lah pda dri kita sndri,dia x minta bnda itu.Hati kita sbnarnya menginginkan ketenangan dari yang Maha Berhak.Bagilah ubat pda hati kita.
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."
Ya Allah,smpaikn aq di tanah suci ini,sebelum aq hembuskn nafas terakhir...rindu!
Wednesday, November 7, 2012
Tetaplah berusaha^_^"
"Maka apabila engkau telah selesai(dari sesuatu urusan),tetaplah berkerja(untuk urusan yang lain)"
[94:7]=)
[94:7]=)
Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.
Terima Kasih Ya Allah
Siapalah aku tanpa Engkau disisi
Duhai hati!
sedarlah
sesungguhnya bumi ini milik Allah
sy,awak,dia,kami
adalah milik Allah
mengapa masih ada resah di hati
kembalilah pada yang Hak
andai dihitung nikmatNya
pasti tak terucap dek kata-kata
pasti bergenang air matamu
mengenangkan betapa besarnya nikmat dari Dia
mungkin lidah mudah untuk mengungkap "Syukur"
namun
sebesar mana yang terzahir sebenarnya?
semoga Allah letakkan kita dalam kalangan mereka2 yang sedikit
iaitu
mereka2 yg bersyukur
Allah..so,sorry..
If my time would end today would I be ready to go?
And leave all the things I’ve worked so hard for
And all my friends and everyone I’ve known?
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality
And leave all the things I’ve worked so hard for
And all my friends and everyone I’ve known?
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality
I’m so sorry, if only I had just one last chance
I’m so sorry, but now it’s too late to change the past,
I’m so sorry, but now it’s too late to change the past,
You take everythings from me,
but You give me more than everythings that You taken,
how much i thankful to You??
forgive me Ya Rabb...
if...
i'm not the one whose save the ISLAM,
if...
i'm not the one whose save others people out there,
if...
i'm not the one whose really care about others muslim in syria,palestin..
give me chance to change everthings,
i need Your help
YA ALLAH
it's HARD than expected
i'm so sorry...
T.T
it's HARD than expected
i'm so sorry...
T.T
Saturday, September 22, 2012
Jihad Fi Sabililah
Allah berfirman yang bermaksud;-
"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya"
(Surah al-Baqarah ayat 154)
(Surah al-Baqarah ayat 154)
Lihatlah kata-kata suci Anas bin Malik r.a pula, Anas bin Malik ra.berkata : Dari Nabi SAW. baginda bersabda maksudnya :
"Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah kerana dia dapat kembali ke dunia bukan kerana untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Kerana ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid."
(Hadis Riwayat Muslim : 3488)
(Hadis Riwayat Muslim : 3488)
Lihatlah pula catitan dalam kitab Sunan Abi Daud, hadith 2520, Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Apabila saudara-saudara kamu dibunuh di Uhud, Allah meletakkan ruh mereka dalam perut burung hijau yang sentiasa menelusuri sungai-sungai syurga, ia makan buah-buahan syurga dan pergi mendapatkan sarangnsarangnya (qanadil) dari emas tergantung di bawah bayangan arasy."
"Apabila mereka (yang mati syahid itu) dapati betapa enaknya makanan, minuman dan tempat rehat mereka, mereka berkata, "Siapakah yang akan menyampaikan berita kepada saudara-saudara kita tentang kita, bahawa kita sedang hidup di syurga dengan mendapat rezeki. Supaya dengan itu mereka tidak akan berzuhud daripada jihad dan tidak akan undur daripada berperang."
Lantas Allah berfirman yang bermaksud;
" Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka." Lalu Allah turunkan ayat: "Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"
(Ali Imran 169)
(Ali Imran 169)
Riwayat yang hampir sama disebut di dalam Sohih Muslim hadith (1887). Imam Muslim meriwayatkan hadith ini menerusi 3 jalan. Masruq berkata:
"Kami bertanya kepada Abdullah (yakni Ibnu Mas'ud) tentang maksud ayat:
" Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka." Lalu Allah turunkan ayat: "Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"
(Ali Imran 169)
(Ali Imran 169)
Kata Ibnu Mas'ud, "Kami juga pernah bertanya Rasulullah SAW tentang perkara ini, lantas baginda bersabda:
"Ruh para syuhada' itu di dalam perut burung hijau. Ia ada beberapa lampu yang tergantung di arasy. Ia berterbangan di syurga seberapa lama yang dikehendakinya. Kemudian ia menuju ke arah lampu yang tergantung itu. Lalu Tuhan memandang mereka dan bertanya: "Adakah kalian inginkan sesuatu?" Mereka menjawab, "Apa lagi yang kami mahukan sedangkan kami bebas bergerak di dalam syurga ke mana saja yang kami mahu."
"Tuhan bertanya lagi hingga tiga kali. Maka apabila mereka dapati mereka tetap ditanya juga, akhirnya mereka berkata, "Ya Tuhan kami, kami mohon supaya dikembalikan ruh ke jasad kami supaya (kami dapat berjihad lagi dan kemudiannya) kami dibunuh pada jalanmu sekali lagi."
"Maka apabila Tuhan melihat mereka tidak ada lagi apa-apa hajat, merekapun ditinggalkan."
Ayuh semua, kita berjihad di jalan Allah!
Janganlah merasa takut mahupun rugi, kerana janji Allah itu sentiasa benar dan paasti!
*Semoga kita tergolong dalam kalangan rijal-rijal yg berjihad di jalan Allah...aamiin<3
Thursday, September 13, 2012
Kisah Bukti Cinta Umar Bin Abdul Aziz Untuk Isterinya Bukan Dengan Emas Permata
Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin.Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan,isteri tercinta!.Umar berkata kepadanya, 'Isteriku sayang, kanda harap dinda memilih satu antara dua'.
Fatimah bertanya kepada suaminya , 'Memilih apa,kekanda?'
Umar bin Abdul Aziz menerangkan, 'Memilih antara perhiasan emas berlian yang dinda pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu.'
Kata Fatimah, 'Demi Allah,dinda tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku.'
Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan menyerahkannya ke Baitulmal, khazanah negara kaum Muslimin.Sementara Umar bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa,iaitu roti dan sedikit garam.
~SubahanaAllah,benarlah kata orang,cinta itu anugerah,namun berapa ramai di kalangan kita yang mampu menjaga dan menyucikan cinta itu,
Cinta pada yang Hak,
Jarang sekali kita menyedarinya,
kekadang terkandas jua dalam cinta dunia!aduhh!
Bagaimana mungkin Allah ingin mencintai kita,
Jika kita tidak mencintainya sepenuh hati kita,
Berilah cinta itu pada yang memerlukan,
Pada masa yang telah ditetapkan oleh Dia,
Setelah istikharah itu terjawab,
InsyaAllah itu lah jawapan dariNya,
dan Aku masih lagi menanti padanya,
jika itu takdirnya,
redhakanlah,
kerna susunan kehidupan ini sungguh indah,
Jika kita serahkan segala urusan padaNya,
Yakinlah
Itu janji Allah <3
Alhamdulilah Ya Rabb,sesungguhnya nikmat IMAN itu melebihi segala-galanya^_^"
=)
Fatimah bertanya kepada suaminya , 'Memilih apa,kekanda?'
Umar bin Abdul Aziz menerangkan, 'Memilih antara perhiasan emas berlian yang dinda pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu.'
Kata Fatimah, 'Demi Allah,dinda tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku.'
Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan menyerahkannya ke Baitulmal, khazanah negara kaum Muslimin.Sementara Umar bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa,iaitu roti dan sedikit garam.
~SubahanaAllah,benarlah kata orang,cinta itu anugerah,namun berapa ramai di kalangan kita yang mampu menjaga dan menyucikan cinta itu,
Cinta pada yang Hak,
Jarang sekali kita menyedarinya,
kekadang terkandas jua dalam cinta dunia!aduhh!
Bagaimana mungkin Allah ingin mencintai kita,
Jika kita tidak mencintainya sepenuh hati kita,
Berilah cinta itu pada yang memerlukan,
Pada masa yang telah ditetapkan oleh Dia,
Setelah istikharah itu terjawab,
InsyaAllah itu lah jawapan dariNya,
dan Aku masih lagi menanti padanya,
jika itu takdirnya,
redhakanlah,
kerna susunan kehidupan ini sungguh indah,
Jika kita serahkan segala urusan padaNya,
Yakinlah
Itu janji Allah <3
Alhamdulilah Ya Rabb,sesungguhnya nikmat IMAN itu melebihi segala-galanya^_^"
=)
Sunday, July 29, 2012
Awk BOLEY!!!YEAH!
Ya Ilahi...
Terlalu banyak nikmat yang Kau anugerahi.
Tanpa sedikit pun kekurangan.
Akulah insan yang paling bahagia.
Tatkala aku dekat dengan-Mu.
Berbicara hanya dengan-Mu.
Biarpun ku tahu Kau tahu segalanya.
Namun aku..
Tak pernah jemu merintih di hadapan-Mu.
Terlalu banyak ingin ku luahkan.
Terlalu banyak ingin ku pinta.
Bukan kerana aku tidak bersyukur.
Bukan kerana aku tidak redha.
Tapi kerana aku hamba-Mu.
Dan Kaulah Tuhanku.
Tempat bergantung semua pengharapan.
Hanya kepadaMu jualah aku berserah diri.
Andai ditanya berapa bnykkah nikmat yg Engkau limpahkan,nescaya terkelu lidahku utk berkata-kata,kerna tak terhitung banyaknya...Tapi bnyk mna pula aku menzahirkah syukur padaMu?Allahu Rabbi,ampunilah segala dosa-dosaku yg mengunung,dan jadikanlah daku dalam kalangan hamba-hambamu yg sedikit.
Alhamdulilah,sesungguhnya segala ilmu yg dicari ini adalah ilmu-Mu YA ALLAH,tidak layak bagiku utk mendalaminya seorang diri.Apa yg diberi pada adik2,semoga Allah redha...YA ALLAH,kasihanilah mereka...kurniakanlah mereka ilmu yg bermanfaat di dunia dan akhirat...lindungilah mereka semua di bawah lindungan-Mu YA ALLAH.Sungguh tidak mampu bagiku utk sentiasa berada di samping mereka,tidak mampu juga bagiku utk sentiasa melihat mereka..jaga lah mereka YA ALLAH.Utk adik2,akk doakan semoga dipermudahkan segala urusanmu..insyaAllah,moga di sayangi oleh Allah sentiasa.Awk BOLEY!!!YEAH!
*SK.SERDANG,UPSR/2012*
Wednesday, June 27, 2012
Memo kecil pesanan dari Dia
".. Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang
kamu cintai. Semoga Dia menghadirkan seseorang yang
mencintaimu ..":')
Saat Allah s.w.t mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah
hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa
mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan
bersih.
Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku
membenci segala kejahatanku.”
Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu
yang menjadi petunjuk ke jalan benar.
".. Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang
kamu cintai. Semoga Dia menghadirkan seseorang yang
mencintaimu ..":')
hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa
mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan
bersih.
Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku
membenci segala kejahatanku.”
Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu
yang menjadi petunjuk ke jalan benar.
Sunday, June 24, 2012
BarakaAllah=)
Alhamdulillah thummalhamdulillah thummalhamdulillah..
Barakallahulakuma wabaraka ialaikuma wajama'a baunakuma fi khair(23.6.2012)
Tahniah kak mum dengan baitul muslim yang terbina...biizinillah,semoga bahagia dan sentiasa di bawah rahmatNYA.Walaupun tak dapat hadir di majlis akad nikah kak mum tapi saya dpt rase bersama2 kak mum waktu tu..suke tgk gmbr2 kak mum,comey sgttt...hehe^_^"
Semoga sentiasa tabah dan kuat dalam mengharungi ujian dari Dia.Yakin dan ingatlah bahawa Allah tak akan pernah mensia-siakan kehidupan seorang hambanya yang berjuang di jalanNya.
Barakallahulakuma wabaraka ialaikuma wajama'a baunakuma fi khair(23.6.2012)
Tahniah kak mum dengan baitul muslim yang terbina...biizinillah,semoga bahagia dan sentiasa di bawah rahmatNYA.Walaupun tak dapat hadir di majlis akad nikah kak mum tapi saya dpt rase bersama2 kak mum waktu tu..suke tgk gmbr2 kak mum,comey sgttt...hehe^_^"
Semoga sentiasa tabah dan kuat dalam mengharungi ujian dari Dia.Yakin dan ingatlah bahawa Allah tak akan pernah mensia-siakan kehidupan seorang hambanya yang berjuang di jalanNya.
BarakaAllah!
^_^
Cinta yang terbina atas dasar keimanan
mencintai kerana Allah
semoga Allah redha
Perkahwinan ini tidak lain dan bukan
hanyalah demi ISLAM
semoga dengan ikatan yang terbina ini
memudahkah lagi
menjalankan kerja-kerja dakwah
sungguh kemenangan ISLAM itu pasti
kerana ini merupakan
janji yang telah Allah menteri
tapi
di manakah kita di saat kemenangan ISLAM itu??
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
terfirik sejenak
tersentap
tersentuh
***
terkena pada diri sendiri
Ya Allah tetapkanlah kaki ini
untuk turut serta dalam membantu
untuk turut serta dalam membantu
perjuangan
kebangkitan ISLAM
syahid di jalanMu
kami sanggup!
demi ISLAM
kami lah rijal-rijal yang akan
terus dan terus dan terus
berusaha sehabis yang mungkin
berjuang
ilahi ta'ala
untukMU
Allah
aameen
semoga Engkau Redha dengan usaha kami yang sedikit ini
pandanglah Ya Allah...
~Fi zilal Quran~
Saturday, June 23, 2012
Cinta seorang Teman
SAHABAT
KAU HADIR DI TIKA AKU
MEMERLUKANMU
DI SAAT HATI AKU
KOSONG DAN MEMINTA SESUATU
KAU HADIR
MENGHULURKAN TANGANMU
MENITIS AIR MATA INI
MENGENANGKANMU
DAHULU
KITA SERING
BERSAMA-SAMA
MAKAN BERSAMA-SAMA
PERGI KE SEKOLAH
BERSAMA-SAMA
BELAJAR BERSAMA-SAMA
KONGSI MASALAH
BERSAMA-SAMA
SUKA BERSAMA-SAMA
MENANGIS BERSAMA-SAMA
BALIK KE SEKOLAH
BERSAMA-SAMA
TAPI ITU SEMUA DAHULU
KINI AKU KESEORANGAN
TANPAMU DISISI KU SAHABAT
RAUT MUKA SUKA DUKAMU
SERING TERBAYANG DI FIRIKANKU
KEIKHLASANMU UNTUK
BERSAHABAT DENGANKU
MEMBUATKAN AKU SUKAR
UNTUK MENTAFSIRKAN ERTI PERSAHABATAN ITU
BETAPA AKU HARGAI DI
SETIAP DETIK DAN WAKTU KITA BERSAMA DAHULU
TAPI ALLAH HANYA
MEMINJAMKAN ENGAKU PADAKU
SEDIH RASA HATI INI
MENGENANGKAN MASA LALU
MELIHAT BARANG2
PEMBERIANMU ITU
OH,YA
ALLAH...KURNIAKAN AKU KEKUATAN
LIMPAHKANLAH KASIH
SAYANGMU ITU DIANTARA TALI PERSAHABATAN KAMI INI
BIAR PUN JARAK
MEMISAHKAN KAMI
TAPI TALI
PERSAHABATAN INI TAK AKAN PERNAH PUTUS
KERANA AKU YAKIN
ENGKAU AKU MENEMUKAN
KAMI JUA
SUATU HARI NANTI
5 TAHUN MASA BERLALU
KINI KU MENGHARAP
ENGAKU HADIR DALAM HIDUPKU SAHABAT
MAAFKAN AKU
JIKA AKU BUKANLAH
SAHABAT YANG TERBAIK UNTUKMU
TAPI KETAHUILAH
ENGAKU SENTIASA DI
DALAM DOAKU
UNTUKMU SAHABAT
UKHUWAH FILLAH FILL
ABADA ABADAN
T.T
iza@ifa
“Sesungguhnya SAHABAT itu
wujud dari 1 PERTEMUAN....
Dengan 10 PERTANYAAN....
100 KEYAKINAN @ 1000 kali
PENGORBANAN ....Serta BERJUTA
kali PERJUANGAN
dengan KEIKHLASAN atas
KEREDHAAN ALLAH S.W.T....
Andai Seorang SAHABAT itu
melakukan KEBAIKAN....
UKIRLAH lah di ATAS BATU....Agar
ia nya TERSEMAT di HATI &
KEKAL sebagai MEMORI
TERINDAH...Andai dia membuat KESALAHAN....
Tulislah di atas PAGAR....
Agar ia hilang di tiup ANGIN
KEMARAHAN...”
Bukan yang Diminta
Siapalah aku hendak dibandingkan
dgn mereka,kata-kata itu sering dilontarkan dan bermain-main di kotak kecil
insan yang bernama Furqan.Furqan seorang yang aktiv dan lincah dalam apa2
kegiatan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan.Sejak dari zaman persekolahan
lagi Furqan sering melibatkan dirinya dalam semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan sukan.Minatnya dalam bidang sukan sgtlah mendalam dan membuak-buak namun
dalam masa yang sama Furqan tak pernah membiarkan prestasi pembelajarannya
jatuh dan menurun.Furqan seorang pelajar yang cemerlang dalam sekolahnya dan
dia juga merupakan pelajar yang disayangi oleh guru-gurunya.Mana
tidaknya,Furqan bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran tpi aktiv dalam
bersukan dan sering menjadi wakil sekolah di peringkat daerah dan juga negeri.Sikapnya
yang bersederhana itu membuatkan dia amat disenangi oleh rakan-rakannya.
Hari ini merupakan hari yang amat di nanti-nantikan oleh
Furqan dan rakan-rakannya ,setelah sekian lama
bertarung akal dan fikiran,kini tibalah masanya utk melihat apakah hasil
yang mereka semua perolehi.DUP DAP DUP DAP.....denyutan hati Furqan tiba-tiba
berdenyut dgn pantas sampaikan terketar-ketar tangannya. ‘Furqan,kenapa hang
ni,dari tadi aku tengok hang terketar-ketar,hang takut ke apa?’,kata
kawannya,Aiman. ‘Eh,mane ade..aku biasa je,kau tu kot yang berdebar sangat
sampaikan aku yang ‘relax and cool’ ni kau cakap aku terketar,haishh,mane ade
kawan!’,seloroh Furqan. ‘‘Relax and cool’ la sangat kan,tu haaa,tangan hang tu
kenapa, “parkison” ke ape tu?hang ni agak2 la nak tipu aku pun,aku dah kenal
hang 4 tahun ooo....segala-galanyaku tahu mengenaimu,cewaahh!’,senda Aiman
kepada kawan baiknya itu,Furqan. ‘Weh,aku cuak la,entahlah dari semalam aku
mimpi yang bukan2 la,kalau aku tak dapat 9A,hancurlah harapan aku nak jadi
atlet negara’,Furqan meluahkan rasa hatinya.
‘Relax weh,doa banyak2,insyaAllah,Allah bantu kita’
Betul tu man,terima kasih man,kau lah kawan aku dunia akhirat
Amboii,hang ni,janji tak ni??
Janji la!
YUP,insyaAllah...bersahabat sampai ke syurga,Furqan,nanti
kalau aku tinggalkan hang dulu,hang jangan lupa aku tau,bila hang jogging
petang2 tu ingt la kt aku yang hensem ni...*sambil kening naik ke atas*
Apa kau merepek ni,dah la jangan cakap macam tu la,aku tak
nak kau tinggalkan aku dulu,(tetiba Furqan terasa sebak dengan kata-kata Aiman)
Aku cakap je..
Diam...
Kedua-dua diam sebentar,masing2
tak tahu nak kata apa lagi,kawan2 mereka yang lain,masing2 duduk di kerusi menunggu kehadiran Pengetua sekolah.
To be continue.....^_^"
Wednesday, June 20, 2012
Suka SUKI & Duka DUKI
Sahabat, saya nak bercerita kisah suka suki & duka duki kerana hidup kita dihiasi warna warni ツ.
☀ Kadang² saya mampu bercakap dengan kalimah yang tersusun baik & idea menarik yang mencurah². ツ.
☀ Kadang² saya bertutur dengan sangat teruk, tergagap & idea menjadi bercelaru. :'(
...
☀ Namun kelebihan & kelemahan itu membuatkan saya rasa diri saya seorang HAMBA. Hamba yang tidak punyai apa² kecuali apa yang Allah berikan.
☀ Bila saya berfikir demikian, hati saya sangat lapang & saya tidak perlu berpenat lelah lagi untuk menjadi manusia yang sangat sempurna, alhamduliLLAH. Kerana tiada manusia yang sempurna apatah lagi "sangat".
•••► Sekarang hanya berusaha menjadi hamba Allah yang BERSYUKUR. Itu lebih baik dari sempurna mengikut ukuran & dambaan manusia ツ.
Sahabat, jangan lupa doa ini k ツ.
اللهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنْ عِبَادِكَ شَكُوْرَ، آمين
Allahummaj a'lni min i'badika syakuro
☀ Kadang² saya mampu bercakap dengan kalimah yang tersusun baik & idea menarik yang mencurah². ツ.
☀ Kadang² saya bertutur dengan sangat teruk, tergagap & idea menjadi bercelaru. :'(
...
☀ Namun kelebihan & kelemahan itu membuatkan saya rasa diri saya seorang HAMBA. Hamba yang tidak punyai apa² kecuali apa yang Allah berikan.
☀ Bila saya berfikir demikian, hati saya sangat lapang & saya tidak perlu berpenat lelah lagi untuk menjadi manusia yang sangat sempurna, alhamduliLLAH. Kerana tiada manusia yang sempurna apatah lagi "sangat".
•••► Sekarang hanya berusaha menjadi hamba Allah yang BERSYUKUR. Itu lebih baik dari sempurna mengikut ukuran & dambaan manusia ツ.
Sahabat, jangan lupa doa ini k ツ.
اللهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنْ عِبَادِكَ شَكُوْرَ، آمين
Allahummaj a'lni min i'badika syakuro
~ Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku daripada kalangan hamba²-Mu yang bersyukur, amin.
~Alhamdulilah,syukur pada Allah Yang Maha Esa ats segala rahmat yg Dia kurniakan.Segala-galanya terjadi tanpa dirancang tpi tiada istilah "KEBETULAN" dalam hidup ini sbb semuanya telah dirancang oleh Allah Azz wajalla.Ketentuan Allah itu lebih cantik dari apa yg kita rancang dan dari apa yg kita impikan selama ini.Serahkanlah segala-galanya pada Allah,necaya Allah tak akan mensia siakan sedikit pn hidup kita.Alhamdulilah juga sbb dh celamatnye smpi rumah...subahanaAllah!lame x blik umah,rase syukur sgt2 sbb diberi keizinan dariNYA,dpt bernafas dgn udara yg segar bugar..heheh,kt KL asap kereta je bnyk...tpi syukur dgn seadanya.Betapa indah ciptaan Allah di muka bumi ini,jgn la kita merosakkannya.Jgn kita rosakkan ia dgn jahiliyah2 kita KERANA setiap ciptaan Allah itu seperti pokok,meja,kerusi,kucing dan bnyk lgi,mereka itu semua sentiasa berzikir pada Allah tnpa penat dan lelah skli pun.Allahu RABBI...
*SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA SAHABAT2,SEMOGA KITA SEMPAT MENJADI TETAMU RAMADHAN yang akan tiba tak lama lgi...wuhuu!xsabar nk poce+solat terawih+bukak poce dgn family+yg paling penting nk jmpa dgn mlm lailatulqadar....^__^*
Wallahualam,HAPPY HOLIDAY!!^__*
Sunday, May 27, 2012
Jannah
Taman-taman di syurga itu lebih indah dan cantik sgt2 dari apa yang kita bygkn^_^
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
"Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan terbuat dari api. Dan api itu hanya bisa dipadamkan oleh air. Oleh karena itu, jika seorang di antara kamu marah maka berwudhuklah. "
(Riwayat Abu Daud).
(Riwayat Abu Daud).
"To love is nothing; to be loved is something. But to love and be loved is everything."
Subscribe to:
Posts (Atom)