Thursday, October 27, 2011

Segalanya milikMU


Usah sesekali menyesali takdir kerana ALLAH itu adil sifatnya. Sudah dijanjikan dalam al-Quran dan hadis bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitu sebaliknya.
Waktu ini anda tidak ditemukan dengan mana-mana lelaki kerana ALLAH SWT mahu memelihara anda daripada maksiat.
Waktu ini tiada lelaki jatuh hati pada anda kerana anda masih dalam tempoh belajar dan mencapai cita-cita.
Paling utama ALLAH SWT menyimpan jodoh yang terbaik untuk anda pabila sampai masanya.
Dan bila masa itu tiba, anda senyumlah, ketawalah, mengangislah tanda gembira dan bersyukurlah kerana DIA menghadiahi anda dengan lelaki yang soleh dan sempurna.
Berpeganglah pada pepatah lama - ” Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Jangan senang dahulu,susah kemudian!”
Petikan dari buku, “ Kerana-MU Aku Berubah











No comments:

Post a Comment