Saturday, July 30, 2011

Ahlan wassalam ya ramadhan..^__^

Ya Allah...aku tak pasti adakah sempat bagiku utk bertemu dgn bulan yg mulia tidak lama lagi...sempatkah aku utk menunaikan ibadahMu ini....iaitu berpuasa dibulan ramadhan...bulan yg cukup mulia dan istimewa....aku mohon pada Mu Ya Allah...berikanlah aku kekuatan utk meneruskan ibdah aku kepada Mu...istiqamahkn diriku ini,bantulah aku....kuatkanlah semangat aku ini....insyaALLAH , aku yakin dgnMu Ya Allah...amin


Buat sahabat2 ku...selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak...semoga ramadhan tahun ini memberi seribu makna utkmu....perbnykkan ibadatmu pada Allah SWT,sungguh Allah amat merindui rintihan kita....luangkan masamu dgn Allah...ambik lh dikesempatan bulan yg mulia ini utk meningkatkan imanmu kpda Allah...rugilah aku Ya Allah, jika aku melepaskan peluang dan kesempatan yg engkau berikan ini.....


~ SALAM RAMADHAN SAHABAT~

Monday, July 25, 2011

Kami bakal menegakkan agama islam..Ya Allah

Bismillahhirahmannirahim...

Ya Allah engkau lh yg menjadikan kami dan kepada-Mu jua kami dikembalikan....matilah kami disaat kami beriman kepada-Mu...matilah kami dalam keadaan yg elok Ya Allah....

Cepatnya masa berlalu...bagai tak terasa...pejam celik pejam celik.....dh tiba dh waktu  bdk2 PASUM/MATRIK dan setaraf dengannya utk msuk ke pintu perjuangan mereka...begitu juga dgn saya....perjuangan yg memerlukan kekuatan dalaman dan juga luaran....mungkin ade sesetengah antara sahabat2 kita yg kurang menyenangi dgn keputusan yg keluar baru2 ini....tak mengapa...janganlah kamu bersedih....sepatutnya kita patut bersyukur kerana Allah msih memilih kita utk merasai ujianNya...jika kita semua tahu bahawa Allah sekarang ini sengaja menguji kita pasti kita tak akan bersedih...setiap ujian yg Allah berikan pasti ade hikmah disebaliknya ,cuma kita je yg tak tahu bagaimana bentuk hikmah itu..."Firman Allah;...dan kerana Allah ,bersabarlah.."74:7.....suatu hari nanti baru lah kita tahu...."owhh ini rupanya sebabnya....kenapa Allah bagi saya kos yg bukn saya nak,rupannya bila saya dh belajar setahun lebih mengenai kos ini, Allah datangkan rasa minat dalam diri saya utk mencari lagi limu mengenai kos ini...."...mungkin ini salah satu situasi yg pernh shbt2 kita lalui....ambilah pengajran dari pengalaman2 org lain,dan kita akan rasa betapa kita dihargai oleh Allah....subahanallah...

"Ya Allah,sesungguhnya aku tidak tahu sama ade ini adalah musibah atau nikmat dariMu tapi aku bersangka baik kepadaMu Ya Allah...."...bersangka baik lh pada Allah,sesungguhnya Allah tak akan membebani kita di luar kemampuan kita....mintalah kekuatan pada Allah,kerana hanya pada Allah lh kita memperolehi kekuatan...kita adalah hambaNya yg lemah,hambaNya yg kerdil...

Mungkin cita2 kita yg kita idamkan tak tercapai di dunia tapi insyaAllah,kita akan merasainya suatu hari nanti....mari kita fahami betul2 ayat2 cinta Allah di bawah ini....cukup terkesan bagi saya....suka ayat ini sgt2...momo shafika anuar ingt x lagi...he2

"Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,tetapi jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan),maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal"..3:160   ^__^

Satu lagi saya nk share,kata ustaz azman..:"Dalam menuntut ilmu,keberkatan itu paling penting dan utama,biarlah org nk kata kita tak pandai pun...biarlah tak cemerlang pun tapi kita perolehi keberkatan ilmu itu...itu sudah cukup...tpi kalau kita cemerlang itu adalah satu BONUS bagi kita..."...=))

Untuk sahabat2 saya,doakan kejayaan saya dalam mencari ilmu2 Allah ini....insyaAllah....jazakkillahhukhairan

SEMOGA KAMU DIBERKATI ALLAH DALAM SETIAP PERJALANANMU...

Mumtazah maridi
Bintu Abdullah
Shafika anuar
dan adik-beradik momo yg lain
Amalina najwa
dan semua sahabat2 saya yg lain...
Group U3
(maaf tak tulis semua nama kat sini yee)


Wednesday, July 6, 2011

ABC~

A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
B - Baik atau buruk sesuatu itu pasti ada hikmahnya
C - Carilah kebahagiaan hakiki sebelum mati menjemput diri
D - Dunia ini ujian sementara untuk semua
E - Elakkanlah diriku dari kekufuran dan kelalaian
F - Falah(kejayaan) pasti milikku
G - Gagal bukan penghujung buat diriku
H - Hatiku bersih dari dengki dan maksiat
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu
J - Jalan yang ku pilih ialah jalan yang benar
K - Kerana ALLAH aku hidup dan berjaya
L - Laluan berliku sekalipun akan ku tempuhi
M - Mati itu pasti dan aku tidak takut akannya
N - Nekad aku dalam berbuat sesuatu yang benar
O - Orang yang berilmu dan bertakwa itu kawanku
P - Pandanglah aku kerana kebaikan bukan kerana keburukan
Q - Quran peganganku sepanjang hayat
R - Rapatkanlah diriku dengan tuhanku
S - Sesalnya diriku jikalau aku lalai
T - Tak mungkin aku kalah
U - Untungnya menjadi diriku sendiri
V - Vaksin segala kesusahan ialah sabar
W - Walaupun aku kecil, aku boleh berjaya
Y - Yang memilih untuk berjaya atau gagal ialah aku
Z - Zahirku sentiasa hebat dan bagus






Saya pasti anda pernah menonton cerita nujum pak belalang arahan Tan Sri P Ramlee.
Di penghujung cerita, ahli nujum Negara Pasai telah bertanya kepada Pak Belalang beberapa soalan, antaranya "Dimana letaknya kekuatan laksamana Hang Tuah, pada kerisnya atau tenaganya?"
Saya sendiri termangu mangu memikirkannya, dan ternyata jawapn mengejutkan saya sendiri. Jawab Pak Belalang, "Kekuatan Hang Tuah bukan pada kerisnya atau tenaganya, tapi pada huruf ta atau t. Mengapa? Kerana jikalau nama Tuah, huruf t di depannya diganti dengan huruf lain misalanya b, apa yang jadi? Jadilah hang buah, dan sebagainya, maka hilanglah keperkasaanya."
Cukup jelas disini dari filem yang sudah berusia 40 tahun itu, bahawa betapa nama itu memberi erti kepada diri. Banggalah dengan nama anda dan perjuangkanlah nama itu.
Nama itu doa dan senjata kepada diri anda.

Tuesday, July 5, 2011

Boleh buat MAKSIAT,denga syarat...

Assalamualikum...

Dalam kitab al-tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenanaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat , iaitu Ibrahim Adham.

Beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:-

1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan razeki Allah derhaka kepada Allah.
2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu,maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka,maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya.Sekiranya engkau dapat berbuat demikian,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat."

Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya.
Akhirnya,lelaki itu menemui jalan hidayah.Dia bertaubat kepada Allah s.w.t.dengan bersungguh-sungguh.Sejak itu,dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh.



Monday, July 4, 2011

Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?



Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?
1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.

Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,
"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)
Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis.(Muttafaq 'Alaihi)
Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37
Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini."Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."
Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.
Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."
Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.
Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.

~via iluvislam~

Pahit Itu Manis


"Kau ni Mad, cuba rajin sikit belajar, ni asyik main game je, MUJAHADAH Mad, MUJAHADAH, baru boleh berjaya", nasihat Ali kepada Ahmad.
"Ish, kenapalah  aku ni susah sangat nak bangun awal Subuh, jam loceng aku dah kunci tapi tak mampu juga bangun, bukan aku tak sedar tapi memang sengaja aku malas", rungut Imran kepada Amir.
"Tu lah kau, kurang MUJAHADAH, kalau betul nak bangun subuh kena la MUJAHADAH sikit", Amir menasihati Imran.
Demikianlah dialog spontan yang biasa kita dengar, Mujahadah, Ya, Mujahadah, mujahadah untuk berjaya. Mujahadah boleh diertikan sebagai usaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna. Apabila nafsu dapat dikalahkan maka seseorang itu akan  mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.
Demikian sebahagian antara kehendak peribadi mahasiswa/wi kampus yang berkiblatkan hawa nafsu semata.  Seronok ke main game lama lama, seronok ke couple, macho ke hisap rokok, hilang ke bosan dengan tengok movie? Jawapannya, Ya, kerana apa, kerana demikianlah hawa nafsu mengajarkan.
"..Sesungguhnya nafsu itu sangat mengarahkan kepada kejahatan melainkan mereka yang dirahmati Tuhan"
(Surah Yusuf Ayat 53)
Maka, dari sinilah kita perlu menanamkan azam untuk mendidik nafsu, nafsu adalah kecenderungan jiwa kepada perkara-perkara yang selaras dengan kehendak peribadi. Kecenderungan ini secara fitrah telah diciptakan pada diri manusia demi kelangsungan hidup. Sebagai contoh, apabila seseorang tiada selera terhadap makanan, minuman dan keperluan biologis lainnya niscaya tidak akan tergerak untuk makan, minum dan memenuhi keperluan biologis tersebut. Nafsu akan mendorongnya kepada hal-hal yang dikehendakinya tersebut. Sebagaimana rasa emosional mencegahnya dari hal-hal yang menyakitinya. Sekiranya nafsu tersebut dihalakan kepada yang baik, maka natijahnya adalah Syurga
"Hai nafsu yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku."
(Surah Al-Fajr Ayat 27-30)
Namun karena kebiasaan orang yang mengikuti hawa nafsu, syahwat dan emosinya tidak dapat berhenti sampai pada batas yang bermanfaat saja maka dari situlah hawa nafsu, syahwat dan emosi dicela, karena besarnya mudharat yang ditimbulkannya.
Manusia selalu diuji dengan hawa nafsu, tidak seperti haiwan, setiap saat ia mengalami berbagai macam keinginan, lalu setiap keinginannya hanya dituruti tanpa perlu memikirkan apapun risikonya.  Berbeza dengan manusia, selalu diuji dengan hawa nafsu namun sentiasa memikirkan kesan dari perlakuannya. Itulah manusia BIJAK. Setidaknya, kita harus mempertimbangkan setiap keinginan nafsu kita dengan dua neraca utama iaitu neraca agama dan neraca akal. 
Neraca agama, ya, neraca agama. Apakah yang akan dilakukan sesuai dengan kehendak agama atau tidak, jika sesuai lakukan jika tidak, tinggalkan.
"..Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah, dan apa yang dilarang tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat keras hukumannya.."
(As-Saff Ayat 7)
Dan Allah memberikan ancaman keras kepada siapa yang dengan sengaja melangar ketetapan yang telah Allah tetapkan berupa hukuman yang sangat keras.
Couple, berpegang tangan dan bergaul bebas,  adakah dibenarkan Islam atau tidak?
Merokok, yang sudah jelas membawa mudarat pada kesihatan, adakah dibenarkan Islam atau tidak?
Menonton movie movie tidak senonoh, adakah dibenarkan Islam atau tidak?
Sekiranya kita sudah maklum akan jawapannya dan kita masih tegar hendak melakukannya, maka kita termasuk salah seorang yang Allah janjikan dengan azab yang pedih seperti termaktub dalam ayat di atas, wali'yazubillah.
Neraca ke dua, neraca akal,
Adakah dengan bermain game semalaman akan menjadikan kita termasuk kumpulan mahasiswa/wi yang cemerlang di universiti?
Adakah dengan tidur seharian pada siang hari kerana berjaga malam akan memasukkan kita dalam golongan pelajar yang tinggi CGPA nya?
Adakah dengan menonton kartun kartun yang membuang masa akan membuatkan kita termasuk kategori pelajar contoh di kampus?
Sekiranya kita sudah maklum akan jawapannya, maka diperlukan satu usaha yang hanya dapat disimpulkan hanya dalam satu kata 'MUJAHADAH', maka kita akan termasuk dalam kategori orang yang berjaya didunia dan meraih Syurga di akhirat sana.
Ungkapan Al Iman Ibn Qayyim: 
"Janganlah sampai haiwan ternak lebih baik keadaannya daripada dirimu! Sebab dengan tabiat yang dimilikinya, haiwan tahu mana yang berguna dan mana yang berbahaya bagi dirinya. Haiwan ternak lebih mendahulukan hal-hal yang berguna daripada hal-hal yang membahayakan. Manusia telah diberi akal untuk membezakannya, jika ia tidak mampu membezakan mana yang baik dan mana yang berbahaya atau mengetahui tetapi lebih mendahulukan yang membahayakan dirinya maka jelas haiwan ternak lebih baik dari pada dirinya." 


وَمَآ أُبَرِّئُ نَفۡسِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّىٓ‌ۚ إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Yusuf 12: Ayat 53)
 

Sunday, July 3, 2011

YUK CINTAI ALLAH ^__^

Mana mungkin rasa cinta ini,
ku curahkan untuk lelaki yang telah lupa,
Lupa pada cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin rasa  cinta ini,
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut,
Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin cinta ini,
ku amanahkan buat seorang lelaki yang culas,
Culas dalam melaksanakan amanah pemilik cinta,
Mana mungkin ku merasa bahagia,
Jika aku menjulang-julang peminjam cinta,
Tapi mengetepikan pemilik cinta.


 Cintailah Allah,  dan Allah akan memelihara cinta yang tersulam indah sesama manusia.
Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)

IF~






Selalu kan kalau selepas peperiksaan kita akan merasa menyesal. Semua kalau akan berlegar-legar dikepala,
"Kalaulah aku baca buku tu semalam."
"Kalaulah aku study dengan Zaid semalam."
"Kalaulah aku pergi tutor hari itu."
Semua benda yang sudah tidak boleh dipusingkan kembali. Jadi, ambilah sebagai pengajaran. Kita tidak mahu lagi berkata kalau. Buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh kerana Allah. Rajinlah melakukan kebaikan selepas tiap satu kebaikan yang terdahulu. Usaha itu indah jika berusaha kerana Allah. Ia akan jadi satu ketagihan untuk sentiasa melakukan yang terbaik.

Friday, July 1, 2011

surah al-nisaa'

Firman Allah juga: (maksudnya) Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.(Surah al-Nisaa’: 28).


Cuba kita fahami btul2 firman Allah di atas,mungikn ade yg berkata,kenapa hukum Allah terlalu susah nk ikut??,kenapa apa yg Allah suruh bt tu payah sgt nk bt??,semuanya ade batas2 lh....dan mcm2 lgi tanggapan org kn...
Sebenarnya,hukum Allah itu lh yg paling mudah dan senang utk kita ikut.Cuma kita je rasa sush ditmbah pulk dgn bisikan syaitan...lgi lh kn..Jangan kita susahkn sesuatu yg mudah.Contohnya,ade tuntutan Allah yg mengharamkn minum arak.Kenapa Allah haramkn minum arak??haaa,semua itu msti ade hikmah disebaliknya.Allah haramkn minum arak ni sbb arak bnyk beri kesan dkt manusia,blh memabukkn.Lepas tu,bile mabuk ade ke patut dia prgi bawak kereta,then apa yg jadi..ACCIDENT!!!...teruk kn padahnya bile kita minum arak...cuba lihat,betapa sygnya Allah kt kita,Dia larang kita bt bnde yg blh rosakkn kita.Betuah tak kita??...betuah kn..^__^...Allah larang bt semua tu sbb Dia tahu kita manusia yg dijadikan berkeadaan lemah....sygnya Allah kt kita,so kita pun kena lh syg Allah more,more and more lagi!!!