Wednesday, July 17, 2013

Hakikat sebuah kejayaan

Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. Dalam dunia bergelar siswa dan siswi, PNGK 4.0 menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan.
Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.
Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta.
promotion

Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperolehi hasil titik peluh dan penat jerih dalam masa-masa tertentu. Kecenderungan kepada nilai material dan angka yang besar menjadi kayu ukur untuk berjaya. Markah yang tinggi, anak yang ramai dan harta yang banyak.

Hakikat Kejayaan

Namun hakikiat kejayaan itu bersifat subjektif. Membawa pengertian yang sangat besar. Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Dalam bidang yang berlainan dan pelbagai. Tiada yang sia-sia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Surah al-Mukminun: Ayat 115)
Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Betapa bermaknanya mereka. Jika mereka tiada, seluruh tempat akan menjadi kotor. Maka tukang sapu telah berjaya menjadikan banyak tempat bersih. Itulah kajayaannya. Tahniah kepada tukang sapu!
Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif masing-masing.

Kejayan Menurut Al-Quran

Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, kejayaan yang baru juga bakal muncul. Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui sepertimana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11:
1) Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2) (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,
3) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4) dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5) dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6) terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
7) Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
8) Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9) Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10) Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11) (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Jelas dalam ayat ini menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan umpama satu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar semasa di dunia.
Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan urusan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini seringkali akan menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal… padahal mereka masih lagi di dunia… sedangkan dunia itu pula bersifat fana (hancur).

Kejayaan Bukan Hanya Dalam Pelajaran

Ternyata, tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan (survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.
Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran… tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya.
Percayalah, rahmat Allah itu luas dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa. Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.
Firman Allah yang bermaksud:-
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Az-Azumar : Ayat 53)
Via Iluvislam =)

 #Carilah ilmu akhirat nescaya kamu temui kebahagian :)

Monday, July 15, 2013

Forgive me~ :(

Berjihadlah bersungguh-sungguh dalam medan ilmu. Berjihadlah juga dalam melawan hawa nafsu terhadap keinginan-keinginan dan hasrat-hasrat dunia yang mengiurkan. Pesan seorang murabbiku : “  Wahai anak-anak ku, janganlah kalian menyimpan hasrat untuk mencintai dunia. Hindarilah hati kalian daripada kecintaan dan kemabukan terhadap dunia. Kerana mencintai dunia akan membuatkan kalian jauh daripada Allah SWT”

"Kerana diri kita yang lebih tahu bagaimana rapuhnya iman di hadapan Tuhan, membuatkan pujian-pujian 

manusia hanya manis di telinga namun tawar di hati."

"The heart is a confusing, altering thing. No state is forever. No state of bliss lasts forever. But no state of pain 

does either. They all pass. So if you experience happiness, ask Allah to make it forever in jennah. And if you 

experience sadness, ask Allah to make it a means of purification and elevation for you. And know that this too 

shall pass. "

-Yasmin Mogahed


I know O Allah You're the Most-Forgiving
And that You've promised to
Always be there when I call upon You
So now I'm standing here
Ashamed of all the mistakes I've committed 
Please don't turn me away
And hear my prayer when I ask You to

Tuesday, July 9, 2013

Alunan Qasidah besar barakahnye

~“Semua anak Adam berdosa, maka sebaik-baik orang yang berdosa ialah bertaubat.”~ 

(Riwayat Ahmad)

~ Nabi s.a.w.bersabda, “Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah.” (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya’la, Abu Nu’aim dan Addailamiy)


صَلُّوا عَلَى خَيْرِ الْأَنَام     اَلْمُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَام


صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا     يَشْفَعْ لَنَا يَوْمَ الزِّحَامْ


يَالَيْتَ شَعْرَى هَلْ أَرَى     ذَاكَ الضَّرِيْحَ الْأَنْوَارَ


قَبْراً حَوَى خَيْرَ الْوَرَى     مِنْ قَبْلِ مَوْتِى وَالسَّلَام


حَلِيْمَةٌ لَمَّا رَأَتْ     أَنْوَارَهُ قَدْ أَشْرَقَتْ


مَالَتْ إِلَيْهِ وَعَانَقَتْ     وَقَبَّلَتْ تَحْتَ اللِّثاَم


نُوْرُ الْوُجُوْدِ الْمُصْطَفَى     شَمْسُ النُّهَى مَعْنَى الصَّفَا


كَنْزُ الْعَطَا سِرُّ الْوَفَا     أَضْحَى رَضِيْعاً عِنْدَناَ


وَأَنْشَدَتْ وَهِىَ تَقُوْلُ     لِبَعْلِهَا نِلْنَا الْقَبُوْل


لَاشَكَّ فِى هَذَا الرَّسُوْل      هَذَا الْمُظَلَّلِ باِلْغَمَام


وَتَقُوْلُ قَدْ زَالَ الْعَنَا     عَنَّا وَقَدْ جَاءَ الْهَنَا


يَا فَوْزَنَا يَا سَعْدَنَا     بِمُحَمَّدٍ نِلْنَا الْمُنَى



siapa yg nk dgr qasidah yg laen2..boley tgk dkt link di bwh ni....semuanye best2..moga bermanfaat ^_^insyaAllah..allahumma aameen...sollu alai muhammad~


# http://www.liriksolawat.com/mp3/
http://www.liriksolawat.com/2013/02/qod-tamamallah-maqasidna-habib-syekh-solo/?fb_ref=recommendations-bar
http://pondokhabib.wordpress.com/mengapa-menyambut-maulidur-rasul/



Tuesday, July 2, 2013

Keyakinan dalam ISLAM^^

"Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdoalah kepada-Ku,niscaya akan Aku perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.'" [40:60]

Satu benda yg kita perlu tahu dan yakin bahawa agama islam ISLAM ini perlukan keyakinan kita pada Allah.Tanpa keyakinan kita pada Allah,itu bermakna kita x yakin apa2 yg terjadi itu adalah atas kehendak Allah.

Dalam usrah minggu2 lepas,sy igt lgi,usrahmate sy ada ckp yg agama Islam ini perlukan keyakinan.Analoginya mcm ni la..

Contohnya sy nak pergi ke rumah kwn sy,so kwn sy bgi la peta utk ke rumahnya...okey,pastu pada hari kejadian sy pn pergi la ke rumah kwn sy tu berpandukan peta yg dia bgi.Dalam perjalanan ke sana,tiba2 ada   jalan yg bercabang dua,satu ke kanan,dan satu lgi ke kiri...berpandukan peta kwn sy,sy sepatutnya ke kanan tpi...dlm hati sy berkata x mungkin ke kanan kot..sbb jalan ke kanan tu mcm jln org yg jrg lalu je kt situ..dlm hati sy terdetik mungkin jln ke rumah kwn sy tu ke kiri kot..so sy pn pegi la ke kiri..jalan punya la jalan,at last x jumpa pn rumah kwn sy tu...sbb apa?? sbb guna jalan slh la!,kn kwn sy dh tulis dlm peta tu ikut jalan kanan...tpi sy pegi jgk ke jalan kiri...mmg dok jupe la kang..
~ehe

haaah,itu la nk ckpnye...kalau sy x yakin dgn apa yg kwn sy bgi tu..mmg sy x smpai la kt umh kwn sy,begithulah dgn Islam...kita perlu yakin dgn agama Islam ni.kita perlu yakin bahwasanya Allah pasti! akan tolong hamba2nya yg menolong agamaNya.Biarlah org kt luar sana nmpk apa yg kita bt mcm sia-sia..mungkin dia x nmpk apa yg kite bt..tpi yakin lah,Allah Maha Melihat semuanya.

"...Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sungguh,Allah MahaKuat,Mahaperkasa.."[22:40]

"Maka bersabarlah engkau(Muhammad),sungguh,janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan engkau"[30:60]

Sudah dkt seminggu sy kt umh,dan dkt seminggu juga x dpt usrah..Ya Allah,berat rasa tanggungjwb ini,makin lama dkt rumh makin rasa berat tanggungjwb islam ini...bukan apa,bila kt umah mmg bnyk sgt dugaan dan cabaran yg kita kne hadapi...lagi2 yg paling pyh sy nk tempuhi adalah ujian nafsu...Allahu Rabbi,nafsu kita mmg berkehendk utk bt sesuatu yg mengembirakan hati kita...iye la fitrah manusia sukakan bnda2 yg seronok..tpi seronok kt dunia x de apa pn..hanya sekjp shja,maka bersabarlah dlm melwan hawa nafsu kita...sabar la,kita kt dunia hnya la skjp..dan dunia ini juga terlalu kecil utk ditangisi.huhu~

Ingatlah!kita akan dihimpunkan di akhirat kelak...dan kiamat itu pasti akan berlaku!maka,persiapkanlah diri kita utk hadapinya,semoga hati kita sentiasa basah dlm mengingati Sang Khalid.Disebabkan syaitan itu sentiasa ada pada kita,maka kita kne sentiasa ada belakan iman dlm hati kita.Pagari hati kita itu dgn zikirullah,jgn smpai syaitan dpt kuasai kita.Jagalah hati kita,sbb hati kita la yg akan menzahirkan diri kita itu siapa.



Allah,
Tuhanku,
biar apa pun ujian yg kau hadirkan,
satu sahaja aku minta padaMu,
moga Engkau beri aku kekuatan utk hadapinya,
moga ujian yg hadir ini,
memberi seribu satu hikmah,
di hari yang mendatang,
moga ujian yg hadir ini,
merupakan petanda Engkau berikan kegembiraan padaku,
moga ujian yg hadir ini,
membuatkan aku lebih matang dgn kehidupan,
moga ujian yg hadir ini,
memberi aku ketabahan hati,
moga ujian yg hadir ini,
membuatkan aku lebih redho dgn ketentuan-Mu,
kerna aku tahu Engkau x akan sia-siakannya,                                  
Ya Allah,
aku x tahu apa yg Engkau nk tunjukkan padaku sebenarnya,
apakah hikmah disebalik ujian ini,
aku x thu Ya Allah,
hnya hati ini yakin dengan ketentuanMu,
sinarilah hati ini dgn cinta dari-Mu,
penuhilah hati ini dgn kasih syg dari-Mu,
agar aku merasa cukup dgn setiap ujian yg mendatang,
agar aku x meminta pada siapa2 pn melainkan hanya pada Engkau,
agar hati aku ini hidup dgnMu dan mati juga dgnMu,
itu lah perlunya,
keyakinan dalam ISLAM.

#kegembirandalamkesedihan#


Thursday, June 27, 2013

O Allah,Guide me to the way of JANNAH

Allah sampaikan kami pada bulan ramdhan,bulan yg barakah,bulan yg penuh yg kesucian dariMu.subhanaAllah~Tak sabar utk bertemu dgn bulan ramdhan.Seharusnya kita perlu bnyk3 bersyukur dan berisghfar pada Dia,kerna tak semua org Allah smpaikan utk bertemu dgn bulan ramdhan tahun ini.Mungkin kita pn x sempat nk bertemu dgn ramdhan juga jika Allah menginginkan utk bertemu dgn Dia dahulu.Bersyukurlah ats setiap pemberian Allah.

Dalam apa2 keadaan pn,bila kita diuji oleh Allah,mintalah pada Allah dahulu,jgn kita minta pada manusia dahulu.Allah yg dtgkn ujian itu dan selayaknya padaNya jua kita meminta.Ujian itu sememangnya akan dtg pada kita,terimalah ia dgn hati yg tabah!ye dgn hati yg kuat!harus kuat! ~_~



Manusia tak akan mengerti kesusahan kita,walau sebnyk dan sedetil mana pn kita cite kt kwn kita,hakikatnya dia hnya mampu utk berkata SABAR YE~itu je kn yg kita boley ckp kt kwn kita kalau kwn kita mengadu masalah ke apa..xde perkataan laen melainkan SABAR~dan Allah kata kt kita,..SABAR DAN SOLAT LAH!..

tapi...kalau kita mengadu kt Allah,Allah bgi mcm2......kt kita,subahanaAllah,baeknye Allah...Allah bgi ketenangan hati pada kita utk kite berfikir secara rasional bgaimana utk keluar dri masalah itu,Allah bgi jalan keluar pada kita walaupun kita x dgr pn apa yg Allah kata...tpi hati kita mengerti akan itu...mshaAllah,betapa besarnya kuasa Allah!setiap masalah itu ada jalan keluarnya,dan Allah tak pernah zalim akan kita..sila sentiasa husnuzon dgn Allah.Kekadang kita tak nampak apa yg sebenarnya yg Allah nk bgi kt kita smpaikan kita rasa lemah dan letih dgn jalan ini,smpaikan kita rasa mcm nk ckp..Allah kenapa aku diuji dgn sebgini begitu...ye sukar kita utk mencari apa sebenarnya Allah nk kasi disebalik ujian ini..tapi sahabat!percayalah dgn Allah,Dia x pernah pn mensia-siakan hidup hambaNya, lgi2 lah kalau hambaNya itu,berkorban utk ISLAM..mana mungkin Allah nk zalim kt kita bilamana kita menolong agama Allah..mcm Allah berfirman dlm Al-QURAN..."jika kita menolong agama Allah,maka Allah akan tolong kita..",siqoh(percaya) lah pada Allah.Kita yg x tahu apa yg terbaek utk diri kita tapi Allah shja lah yg mengetahuinnya..tetaplah kita berada dalam gerabak dawkah ini,kerana sunnah yg terbesar yg rasulullah tinggalkan kt kita adalah kerja dakwah itu..ambilah sunnah ini,semoga kita sentiasa berada dlm rahmat dan perlindungan Allah.


hati,bersabarlah tika kamu diuji olehNya,

I know that You could easily
Take away everything You've given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
'Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to Your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don't let me go astray 'cause I need You
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, O Allah!
Be with me all the way

I know that sometimes I do
I do forget that my next breath could be the last
Forgive me 'cause I can't thank You enough
Forgive me when I doubt Your love
Now I pray for that day
When all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my heart
'Cause soon I'll have to leave it

Guide me all the way
Don't let me go astray
:'(
Ya Allah,forgive me...aku hambaMu yg berdosa..ampunilah hambaMu ini Ya Allah,aku lemah tika diuji Allah,maka kuatkanlah aku Ya Allah..guide me all the way to your jannah..hemm :'(

#Alhamdulilah,berakhir sudah exam sem4,terima kasih ya Allah,sungguh aku tahu tnpa izinMu aku tak mampu utk pengkhiri sem ini,tpi in the end Engkau memberi itu semua..subhanaAllah,segala puji bagiMu Ya Allah.

Benar nikmatMu tak terhitung utk dikira,sedikit sekali aku bersyukur:'(
Allah,o Ya Allah,
Jdikan kami dikalangan hambaMu yg sedikit,iaini hamba2Mu yg sentiasa bersyukur dgn kurniaanMu

#Keep Clam and Prepared for Ramdhan^^#

Monday, June 3, 2013

Sebuah Penantian

^_^"
Duduklah engkau di malam sunyi, 
berbisik kepada Ilahi, 
menghadap dengan sepenuh hati.
Titiskanlah air mata penyesalan dan kesedihan, 
ucapkanlah kalimat istighfar dan kata taubat.
Semoga Allah menghapuskan semua noda dan dosamu dan mengangkat tinggi darjatmu.
Dan semoga pula engkau menjadi orang yang di dekatkan kepada-Nya."

-Imam Hassan Al-Banna-


Janganlah ➜ Menangis ➜ Bila ➜ Seseorang ➜ Tidak ➜ Balas ➜ Cinta ➜ Kita ➜ Kerana ➜ Allah ➜ Selalu ➜ Menemani ➜ Dan ➜ Mencintai ➜ HambaNya :)

Mencintai Dunia?

Berjihadlah bersungguh-sungguh dalam medan ilmu. Berjihadlah juga dalam melawan hawa nafsu terhadap keinginan-keinginan dan hasrat-hasrat dunia yang mengiurkan. Pesan seorang murabbiku : “  Wahai anak-anak ku, janganlah kalian menyimpan hasrat untuk mencintai dunia. Hindarilah hati kalian daripada kecintaan dan kemabukan terhadap dunia. Kerana mencintai dunia akan membuatkan kalian jauh daripada Allah SWT”

Harga sebuah dunia ini tak ternilai sedikit pn.Usah kita terpedaya dengan keseronokan org ramai terhdp dunia.Astgfirullahhalazim~
Dahulu, aq pun pernah berada dlm keasyikkan itu.Namun,ku sedari ia tak memberi apa2 kesenangan sekali pun,kalau senang sekali pun,ianya x lama,hanya rasa seronok waktu tu sahaja.Percayalah!dunia ini penuh dgn tipu daya.

Allahu Rabbi,aq sedikit pun tidak menginginkn keasyikkan dunia yg fana ini.Terkadang,terjerumus jgk aq ke dlm alam ini.Astgfirullahhalazim~Sebab tu la,Allah suruh kita lazimkan istighfar dlm urusan harian kita.Setiap apa yg kita bt,cuba fikir dulu,adakah Allah suka dan redho kalau kita bt itu atau ini.Kalau ya,teruskanlah!Kalau tak,hentikanlah!

Hidup kita hanya sekali,haish sahabat!mari menjadi hamba Allah yg berkualiti^_^,Rugilah kita,kalau segala nikmat yg Allah bgi kt kita,kita sia-siakannya.

Kita kata kawin itu hanya sekali seumur hidup,maka cari lah pasangan yg betul2,sedap mata memandang dan yg boley bawa kita ke syurga yg hakiki.
Tapi kita lupa,bahawasannya!hidup kita pun hanya sekali,tapi kenapa kita seolah-olah tak ambil peduli utk cari amalan2 yg boley mengembirakan hati rasulullah dan jgk yg boley membuat Allah redho atas kita.
Cakap pasal kawin,semua org nk kawin,tapi adakah kita sempt utk merasainya?Bagaimana kalau ajal kita dtg menjemput dahulu sebelum sempat kita membina bitul muslim.Itu lah hakikatnya,fitrah manusia punyai rasa kasih syg dan cinta.
Ayuh,kita kembalikan rasa kasih syg dan cinta itu pada yg berhak memilikinya.Cinta yg teragung,iaitu cinta pada Ilahi^_^Semoga Allah pun lebihx2 mencintaimu :D
#Kalau benar cinta,mestilah yg membawa ke syurga,selain dari itu bukan cinta namanya#
#Janji Allah itu benar,tiada keraguan padanya,persiapkan dirimu wahai muslimah!#
#Maafkn diri ini andai ada yg tersalah,aq lebih takutkn Allah#
hanyadoayangmampudiberi
Wahai muslimah yg dicintai Allah,
mahalkan dirimu!
^__^


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya

~Puteriku sayang~