Sunday, April 24, 2011

DO YOUR BEST,AND LET ALLAH DO THE REST...

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan


        Assalamulaikum utk shbt2 saya semuanya...bagaimana iman kite hari ini??ehem..jwb dlm hati msing2 ye...hehe...alhmdulilah...alhmdulilah...alhmdulilah...tiada kata seindh bahasa melainkan puji-pujian trhdp ALLAH SWT.Amin YA Rabbialamin..sapa thu lirik lgu apa kt ats tu?try search...kumpuln mestica-segalanya milikmu...sdp lgu ini...liht liriknya bgus utk kita ambil iktibar..^_^..
        
                                                                            
Sebak rasa hati ini apabila kita mendengar cerita2 tentg nabi kita iaitu nabi muhammad swt dan juga shbt2 baginda.Ingtkah kita akan kish2 perjuangan nabi dan shbt2??betapa susahnya,betapa peritnya,dan betapa sakitnyanya mereka2 ini menghrungi segala dugaan dan ujian2 ALLAH swt dlm usaha menegakkan agama ISLAM.Tpi seperit-perit mana pn pernderitaan mereka ini apabila ditanya mengenai kesakitan itu,lihatlh apa jawapan....hanya senyuman yg diberikan dan ucpan syukur kerana ALLAH masih memilih hatinya utk berada dlm medan perjuangan ini.Subahanallah besarnya dan kuatnya iman2 mereka.Tiada keluhan dan titik putus asa yg diluahkan kerana yakinnya baginda dan shbt2 dgn janji ALLAH.Di dunia ini,tiada erti penat lelah yg perlu kita uraikan.Berjuanglh wahai shbt2....spa lgi yg ingin kita hrpkan kalau bukan kita??...ingatlh tmpt rehat kita bukannya disini...bukan disini wahai shbt...tmpt rehat kita sebenar-benarnya adalah apabila terhentinya nafas terakhir kita buat terakhir kalinya iaitu di alam barzakh(alam perkuburan)....itulah tmpt rehat kita yg sebenar-benarnya shbt2...muhasabah lh diri kita ini adkah kita benar2 ikhlas dlm setiap amal perbuatan kita dan adakah kita buat itu semua??jgn ditnya berapa bnykkah amalan kita selama ini tpi tnya lh sudahkan kita buat itu semua??ALLAH tidak menilai dari hasilnya tpi dari usaha itu......Apa yg penting adalah usaha kita.Buatlh yg terbaik dlm setiap amal perbuatan kita dan yg selebihnya itu serahkanlah segalanya kpda ALLAH kerana Allah Maha Adil ats tiap2 sesuatu itu.Kita perlu yakin dgn itu.....








       فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Surah Al-Baqarah 2:  Ayat ke 152)

Saturday, April 23, 2011

HATI KITA!!!!!!


                                Assalamualikum....bersyukur kehadrat ilahi kerana masih lgi memberi kita peluang utk bernyawa di muka bumi ini.Bersyukur kita dgn nikmat kesihatan tubuh badan...Alhmdulilah YA ALLAH...Bukan semua manusia yg diberi nikmat sihat dan tidak pula dikatakan bahawa nikmat sakit utk melemahkn seseorg itu.Sakit itu adalah ujian ALLAH SWT kpd kita dan kita harus terima dgn REDHA.Tidak bermakna jika ALLAH mengurniakan sakit itu kpd kita bermakna ALLAH tidak syg kita...tidak sama sekali!!Anggaplh itu satu ujian dariNYA utk menghapuskn dosa2 kita yg kecil itu.Allah juga menghdiahkn rasa sakit kpd seseorg itu adlah utk peringatan supaya umtnya lebih dkt dgnNYA.Bersangka baiklh dgn ALLAH.Sungguh Allah lebih mengetahui sesuatu itu sedg kamu tidak ketahuinya....



                   Ok,lh....renungkan itu semua jgn kita menjdi umtnya yg sombong dgn nikmt dunia kerana~ KUN'FAYKUN(jika Allah hendak menjadikn itu maka jadilh ia)...Takutlh kita akan azab ALLAH yg pedih itu....


                                                          
                             Berbalik pda tajuk kita dkt ats itu.....Hati kita???....Apa itu hati??adakah hati itu sekadar liver yg terletak dlm tubuh badan kita ini??ehemm...Hati ini kalau kita fikir btol2 ia mempunya bnyk maksud dan juga makna.Hati manusia susah utk diubahkn tpi tidak musthil sejht2 manusia pn jika Allah melembutkn hatinya dgn memberi hidayah kpdnya hatinya dpt diubah dgn mudhnya.Thukah kita bahawa hati manusia ini sebenarnya terbahagi kpd 4 jenis.Mari kita tgk jenis yg mana hati kita miliki.
          


                        Hati yg pertama ialah hati yg bersih dan suci iaitu hati org mukmin.Hati ini adlah hati org2 yg beriman kpd ALLAH.Mereka yg memiliki hati ini adalah org yg mudah utk menerima ajaran,teguran dan nasihat tnpa rasa bantahan.Beruntunglh org yg memiliki hati2 ini kerana mereka yg memiliki hati2 ini jiwanya sedikit pn tidak akan tergoyang atau tergugat dgn godaan2 syaitan.Mereka ini mempunyai pendirian yg teguh dan akur dgn perinth ALLAH swt.Hati yg kedua pula ialah hati yg gelap gelita iaitu hati org KAFIR...Adakah hati org kafir ini hnya dimiliki oleh org kafir sahaja??haaa....jawapannya TIDAK.Kita pn manusia yg telah islam pn blh tergolong dlm hati ini.Mereka yg memiliki hati ini,ALLAH telah menutup pintu hatinya daripda menerima hidayah ALLAH SWT.Nauzubillah....Jgn lh kita tergolong dlm kalangan hati2 ini.Mereka2 ini jika diberi teguran atau nasihat susah utk menerimanya dan menggap dirinya sudh baik dgn keadaannya sedia ada.Golongan ini amatlh dibenci oleh ALLAH SWT.Hati yg ketiga pula ialah hati org yg munafik.Dan hati yg last sekali ialah hati  yg mendata.Hati yg mendata ini bermakna hati yg tidk thu sama ada yg mne yg btol atau yg mana yg salah.Mereka ini mcm nk kata kanan bukn kanan ,tpi nk kata kiri pn bukn kiri.Mereka ini tidak mempunya pendirian yg teguh dan ttp dgn  sesuatu kebenaran ALLAH.Mereka ini,apabila hatinya digoyangkn sedikit mulalah dia rasa tidak tentu hala.Apabila hatinya disentuh sedikit ,dirinya telah tergoncang dan tidak yakin dgn segala perbuatnnya selama ini.haaa...itu lh hati yg keempat.Dan satu lgi yg kita perlu thu bahawa hati yg keempat ini lh kebnyakkannya manusia zaman sekarang miliki.....nauzubillah....jgnlh kita tergolong dlm hati2 ini....Hati yg mana satu yg ptut kita ikuti...semestinya hati yg pertama tadi....Berusaha lh utk mencari hati kearah itu kerana ALLAH telah menyatakan bahawa ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubahnya................AYUH.!!!Bangkitlah kita dari tmpt tidur kita selama ini.kerana masa tidurmu sudh hbs....tiada lgi masa utk bersenng-lenang......wslm...^_^


Wednesday, March 9, 2011

~SANTAPAN AKAL~

Kali pertama bumi ini diciptakan,katanya bumi ini selalu bergoyang,bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya.Perkara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT.....
"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui,mengapa bumi ini bergoyang??"
Tanya para malaikat.
      "Kerana belum dipaku ."Jawab Allah singkat.
"Lalu,bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?"Tanya para malaikat lagi.
   "Aku akan menciptakan gunung-ganang."Jawab Allah.
                Setelah itu,Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi.Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang,bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya.Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

                 Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang,kemudian para malaikat pun bertanya lagi....

"Ya Rab,adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!"Jawab Allah."Iaitu api,yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api,Ya Rab?"Tanya malaikat lagi.

"Ada!Yakni air yang dapat memadamkan api."Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab,adakah yang lebih kuat lagi selain air?"Sambung malaikat.

"Ada!"Iaitu angin,yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus."Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rab,adakah yang lebih kuat dari semua itu(gunung,api,air,angin)?"Malaikat bertanya lagi.


"Ada!Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaku.Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirku."Demikian Allah SWT menjelaskan.

                                                                                                                                [HADIS KUDSI]


Wednesday, March 2, 2011

ayah,ibu.....

Ayah,palingkan wajahmu ke arahku.....
Jangan dibuka pintu itu....
Kerana sekali kau berlalu...
Patahlah sayap kananku...

Ibu,pusingkan mukamu ke arahku...
Jangan digegarkan Arasy Allah yang satu..
Kerana sekali kau pinta hal itu....
Ranaplah sayap kiriku...

Ayah dan ibu...
Aku anak yang belum tahu...
Apa itu tanggungan di bahu...
Janji Allah aku bakal dijaga oleh kamu...

Tetapi tak mengapa....
Kalau hanya itu jalan yang kamu ada...
Aku pasrah dalam doa...
Bahawa janji Allah juga....
Aku anak akan terbela...

                        Dan...........
              Setiap dari kita.........
   Bakal bersatu juga atas nama keadilan di SANA...........

CINTA yang dirindui

"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!" (Jalaluddin Rumi).


Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!
Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)