Kita pandang pada langit,
Luas sangat kita nampak,
Kita rasa tenang melihat langit yang biru,
Bila pandang lagi sekali,
Kita terkenang dosa-dosa kita,
Dosa yang banyak sangat kita buat pada Allah,
Tapi Allah sangat baik pada kita,
Akan sentiasa ada pengampunan dari Allah,
Jika kita istighfar dan bertaubat,
Sejahat mana pun kita,
Seteruk mana pun dosa kita,
Allah tetap membuka pintu taubat-Nya pada kita,
Cuma kita yang malas untuk bertaubat,
Leka dengan dunia,
Seronok dengan alam dunia ini,
Lantas kita lupa untuk kembali pada Allah,
Sedangkan alam akhirat itu adalah kekal,
Malah kita hanya tinggal sementara sahaja di sini,
Kita akan tinggalkn kesemua keseronokan yang kita ada di dunia ini,
Kita tak akan bawa apa-apa pun harta benda di dunia ini,
Cuma amalan kita sahaja yang di bawa di sana nanti,
Apa yang kita perlu persoalkan diri kita sekarang,
Cukup ke amalan kita sekarang?
Apa je yang kita nak bawa nanti,
Lihatlah diri kita sendiri,
Kerana orang lain x mampu untuk menilai kita,
Melainkan diri kita sendiri,
Pernah x kita bayangkan,
Bagaimana kita nanti bila sudah tiba saat kematian kita,
Moga kita sentiasa muasabah diri sebelum terlambat,
Kerana setiap nafas kita sangat bernilai untuk kita bertaubat.