Sunday, April 15, 2012

Perlu Arif Tabiat Lelaki

Qani'ah Syumaila membuka diarinya...
Ketika bergelar mahasiswa, saya menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua. Seronok mengisi masa dengan membaca. Buku Islam dan Cinta, karangan Abdullah Nasih Ulwan menemani petang saya pada hari itu.
Tiba-tiba, ada sebuah SMS masuk.
Saudari,
Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini. Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk.  Classmate.
"Membimbing atau mengajak bercinta?" hati saya mempersoal.
Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang  maksiat terbuka luas.
Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubahnya, saya tidak boleh jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada tapi tidak boleh terlalu dipercaya. Peluangnya tipis sahaja.
Tatkala lelaki memegang darjat suami, keegoan mudah merasuk diri. Sukar mengikut kehendak orang lain apatah lagi kehendak isteri. Mengubah tabiat lelaki sangatlah payah. Apatah lagi, sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda.
Perlukah saya memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mempunyai modal untuk membimbing keluarganya nanti?
"Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?" syaitan mengejek saya.
"Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina. Baik abaikan sahaja." Saya patahkan hujah syaitan.
Seorang rakan menuju ke arah saya kemudian duduk di sebelah.
"Ramai kawan-kawan kita suka gandingkan nama awak dengan Presiden. Boleh saya tahu hal sebenarnya?" dia mengorek rahsia.
"Itu gosip sahaja. Kami tiada apa-apa," jawab saya.
Saya menyembunyikan rahsia bahawa memang benar Presiden pernah menghantar surat risikan kepada saya. Cuma, istikharah dan musyawarah saya dengan ibubapa belum mengatakan dialah orangnya. First thing first.
"Alhamdulillah. Saya sebenarnya sudah lama minat pada Presiden," dia meluahkan.
Saya tidak pelik mendengarnya. Wanita yang baik mudah tertarik kepada lelaki yang baik. Itu fitrah. Wanita yang jahat mudah tertarik kepada lelaki yang jahat. Begitulah sebaliknya. Saya tadahkan telinga mendengar bicara hatinya.
Katanya, yang ini lain. Rasa tertarik itu pada kesolehannya. Pada akhlaknya. Pada kesamaan visi dan misi dalam dakwah. Masing-masing tahu ada batasan. Dilemanya, hati mendesak untuk memberi perhatian. Hati mendesak untuk menunjukkan sikap memahami. Hati mendesak untuk saling berpesan-pesan atas kebenaran dan kesabaran.
"Awak ikut desakan hati?" saya bertanya.

"Saya meminta dia menjaga, memperhatikan atau menasihati saya agar istiqamah," katanya.
"Lalu, apa yang terjadi?"saya berkata.
Dia meluahkan lagi,
Setiap hari...
Kalau tidak bertemu, rasa ada suatu yang hilang. Perlu segera diintai-intaikan.
Ada kerisauan tentang dirinya. Ada keinginan kuat untuk tahu kondisinya.
Andai bertemu, berpandangan, atau SMS muncul pula rasa bersalah, gelisah, menyesal dan takut membuat Allah murka. Kenapa ya?
"Kerana hati awak masih hidup mengenal mana dosa dan mana pahala," jawab saya.
"Lepas saya mengungkap cinta kerana Allah, dia seakan menjauhkan diri. Salahkah saya?" dia bertanya.
"Tanyalah hati. Bimbang, ungkapan cinta Yang Esa tapi pengisian leka dari-Nya," jawab saya.
Saya berkongsi pendapat dengannya. Dalam hubungan yang tidak halal, cinta yang fitrah amatlah senang bertukar menjadi fitnah. Sukar mengenali mana cinta dan mana nafsu kerana topengnya handal, sukar dikenali. Orang yang biasa mendidik hati mampu mengenalinya.
Saya tidak mahu terlalu mudah mengungkap cinta. Siapa yang bakal menerima ungkapan cinta mestilah lelaki high class bukan lelaki sembarangan. Perlu ada matlamat. Perlu lihat kesudahan. Menghampiri syurga atau menghampiri neraka?
Saya berpesan supaya tidak perlu bertindak bodoh mengucapkan "Good bye" kepada dunia andai kehilangan cinta manusia. Patah tumbuh hilang berganti. Yang penting, Allah setia mencintai.
Selepas rakan saya itu beredar, saya jadi tertanya-tanya. Kenapa wanita kaya, cantik, bijak, menarik dan solehah sepertinya tidak mendapat tempat di hati Presiden? Kenapa Presiden lebih sanggup cuba mendapatkan saya? Saya cuma seorang gadis yang sangat sederhana.
Saya semakin arif tabiat lelaki. Secara semulajadinya, lelaki sukakan cabaran. Yang mudah menyerah diri, mudah pula disakiti. Yang sukar didapati, semakin bersungguh dia mencari. Maka, saya perlu terus menghunus duri. Agar cinta ini terpelihara untuk seorang suami yang diredhai Ilahi.
Saya mesti terus belajar tabiat lelaki. Bukan untuk menyaingi atau mengalahkan mereka. Saya cuma tidak mahu diperdaya. Saya melihat betapa ramai wanita telah dipermainkan. Mereka gagal mempertahankan diri. Mereka gagal keluar dari kebergantungan kepada permainan cinta sandiwara lelaki.
Saya tahu saya tidak mampu mengubah tabiat lelaki. Tapi saya mampu membantunya menjadi lelaki sejati. Bukan dengan cara melayan dan membimbingnya menjadi model lelaki idaman. Lelaki pasti mengambil kesempatan di atas sebuah kelembutan.
Caranya, saya mesti menghunus duri. Awas, jangan dekat! Jika mahu, dapatkan secara terhormat. Biar lelaki tahu, wanita itu untuk diselamat bukan diperalat untuk keseronokan sekejap.
Malah, setelah nanti saya telahpun bergelar isteri, saya tidak boleh berhenti untuk belajar tabiat lelaki. Lelaki suka berjanji dan cepat berubah hati. Saya melihat realiti masyarakat. Biar betapa baguspun seorang isteri melayani suaminya, masih ada lelaki yang gagal setia malah sesuka-hati memperdaya isterinya. Apatah lagi jika isterinya banyak kelemahan, ramai lelaki lebih suka menghukum daripada mendidik sehikmahnya.
Saya yakin, ada suatu rahsia yang menggerakkan tindakan lelaki. Saya mesti arif rahsia ini. What you see is what you get. Saya mesti bijak menyelaraskan 'sudut pandang' terhadap sesuatu isu sensitif yang melingkari alam rumah tangga sejak mula. Perlu juga ada jaminan undang-undang untuk mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan. Bukan kerana tidak percaya tapi kerana tabiat lelaki cepat berubah.

memo si dia

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di 


mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di 


syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan 


kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' 


(Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High  


Class).









Sunday, April 1, 2012

Allah tidak sekali-kali meninggalkanmu

Ahlan Wahsalam....Bismillah'hirahmannirahim

Apa khbar iman kamu semua??Alhamdulilah,semoga sahabat2 disana sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah.Ya Allah,terasa lame sgt x update blog.Hari ini alhmdulilah Allah gerakkan hati dan tangan ini utk menulis ilmu-ilmu Allah lgi.Ya Rabbi,firstly saya bersyukur sgt kerana Allah msih panjangkn umur utk terus hidup dan bernyawa di bumi Allah ini.Alhamdulilah....jom kita muhasabah sekejap diri kita,berapa bnykkah perkataan atau pn ucapaan syukur kita panjatkan kpd Allah hari ini??tgk la betapa bnyknya nikmat yg Allah beri kt kita tpi apa balasan kita beri kt Allah...Allah bgi kita nyawa utk kita terus hidup>>but apa yg kita gunakan utk  dgn pinjaman nyawa yg Allah beri ini?adakah betul kita gunakn nyawa ini utk beribadat pada Allah?adakah betul kita gunakan nyawa ini utk menjadi khalifah di bumi Allah ini?>.<~muhasabah!...then,Allah bgi kita nikmat sihat tubuh badan,nikmat dpt melihat,bercakap,berjalan dan bnyk skli....uhuu,sikit sekali kita bersyukur pada-NYA....Allah,maafkn diri ini...

-Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.




.................................................................................................................................................................

okeh2!!...actually,arini saya nk share tafsir surah AD-DUHA...sape nk dgr??haha...of coz la xbley dgr,baca eh^_^.Tahu x mcm mne Allah turunkn surah ini?dan apa masa mne?...haaa..,sebenarnya Allah turnkan surah ini waktu itu kn nabi muhammad saw. dalam keadaan bingung.Surah ini merupakan surah makkiyah. Turun ketika Nabi SAW sedang bersendirian. Surah ini turun setelah berlaku suatu tempoh masa tiadanya wahyu baru yang turun kepada baginda sehingga menimbulkan fitnah di kalangan penduduk di Kota Makkah.Hadith daripada Jundub RA, ia berkata, bahawasanya Rasulullah SAW telah tidak bangun untuk berqiyamullail selama 1 atau 2 malam. Kemudian telah datang kepada baginda seorang wanita seraya bertanya, "Bagaimanakah syaitanmu wahai Rasulullah?" Nabi SAW diam. Setelah itu Allah telah menurunkan surah Ad-Dhuha sebagai jawapan kepada wanita tersebut. [Muttafaqun Alaih]

Dalam hadith yang lain pula, Ibn Abbas RA berkata, bahawasanya Ummu Jamil (isteri Abu Lahab) telah berkata, "Malaikat dan wahyu sudah tidak turun lag. Tuhan telah memutuskan hubungan dengan dia". kemudian Ummu Jamil telah menyebarkan perkara tersebut ke khalayak ramai. Akibatnya Rasulullah SAW berasa susah hati. Lalu Allah telah menurunkan Surah Ad-Dhuha.




Ayat 1:
Maksudnya - Demi waktu Dhuha
Penjelasan :
  • Allah bersumpah dengan waktu Dhuha (waktu naik matahari)
  • Allah bersumpah pada waktu Dhuha kerana Ummu Jamil telah menyebarkan fitnahnya tentang pemberhentian wahyu pada waktu-waktu tersebut.

Ayat 2:
Maksudnya - Dan demi malam apabila telah sunyi
Penjelasan :
  • Allah bersumpah dengan waktu malam (apabila ia menjadi gelap)
  • Kerana telah bertanya wanita dalam hatith pertama tadi tentang waktu malam baginda.

Ayat 3:
Maksudnya - Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tiada (pula) benci padamu
Penjelasan :
  • Allah tidak sekali-kali meninggalkan Rasulullah SAW bersendirian sewaktu fitnah-fitnah terebut melanda.
  • Allah bersumpah bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah SAW pada waktu Dhuha ataupun waktu malam.
  • Allah menyayangi dan menjaga baginda sejak dari dalam kandungan hinggalah pada ketika surah itu diturunkan.

Ayat 4:
Maksudnya - Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan
Penjelasan :
  • Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agung di dunia dan di akhirat.

Ayat 5:
Maksudnya - Dan kelak tuhanmu pasti memberikan kurnianya kepadamu lalu hati kamu menjadi puas.
Penjelasan :
  • Akan diberikan kepada Rasulullah SAW (di akhirat) segala nikmat yang paling besar yakni boleh mensyafaatkan sekalian manusia dan juga sungai Al-Kautsar di dalam syurga.

Ayat 6:
Maksudnya - Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang anak yatim, lalu Dia melindungimu.
Penjelasan -
  • Allah telah mengurniakan Nabi SAW dengan ibu-ibu susuan dan orang-orang yang mendidik baginda sewaktu ibu baginda masih hidup.
  • Setelah kewafatan ibu baginda, Allah telah mengirimkan orang-orang yang menjaga Nabi Muhammad SAW sehingga dewasa. (Abdul Mutalib, Abu Talib)

Ayat 7:
Maksudnya - Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Penjelasan -
  • Muhammad bukanlah tergolong dalam golongan Nabi dan Rasul sehinggalah umur Baginda 40 tahun, 2 bulan, 12 hari.
  • Setelah tiba masanya, Allah melantik Muhammad Bin Abdullah sebagai seorang Rasul.
  • Ini bermakna Allah telah menaikkan darjat baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul.

Ayat 8:
Maksudnya - Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan
Penjelasan -
  • Nabi Muhammad SAW lahir dalam keluarga yang sangat susah lalu Allah menjadikan Nabi seorang yang kaya.
  1. Dengan kurniaan Agama Islam
  2. Dengan terbentuknya sebuah Negara Islam
  3. Dengan perkahwinan baginda denag seorang saudagar yang kaya raya (Siti Khadijah).
  4. Mempunyai para sahabat yang jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan Agama Islam.
  5. Dikurniakan segala kenikmatan syurga.

Ayat 9:
Maksudnya - Adapun terhadap anak yatim maka janganlah diambil hartanya.

Ayat 10:
Maksudnya - dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya
Ayat 11:
Maksudnya - Dan terhadap nikmat tuhanmu maka hendaklah kamu sentiasa bersyukur
Surah Ad-Dhuha paling afdhal dibaca ketika solat Dhuha.
Fadhilat surah Ad-Dhuha
  • Mengeratkan hubungan dengan Allah SWT
  • Mendapat kemudahan hidup
  • Dikabulkan permintaan
  • Untuk menenangkan jiwa dari kesedihan dan kekacauan.







Ya Allah,kalau kita tgk dan teliti betul2 tafsir ini kn,mmg terasa sgt2....Sungguh Allah Maha Penyayang atas tiap2 hamba-Nya...sebenarnya saya terasa sgt bile baca tafsir ini...waktu baca tafsir ini kn rasa mcm Allah dkt sgt ....rasa mcm Allah tgh pujuk saya supaya bersabar dgn segala urusan2 yg membebanimu...betul!...minggu ni sy sgt busy...uhuu,bnyk bnde yg terjadi tnpa diduga...dahla bnyk test sana sini,dgn tutorial lgi,dgn nota2 yg x smpt nk baca lgi,dgn ujian *tet* lgi yg x blh nk bt2 lgi....ahhh!..YA Allah...kelam-kabut betul....tpi bile fikir blik,ini semua adalah kehendak Allah..kita x dpt utk menolaknya...kunfayakun.."bila Allah kita itu,maka jadilah ia".Betul,saya x blh cpt rase putus ase...

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh,yang demikian itu mudah bagi Allah.Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri"(Al-Hadid:22&23)





Sejauh mana pun kita lari dari masalah itu,kalau Allah nk bgi jgk masalah itu kt kita,sedikit pn kita tak dpt utk menolaknya.Saya yakin Allah pasti tak membebani hamba-Nya di luar kemampuannya....Baiknyaa Allah pda kita semua^_^.Satu lgi,kita mesti ingt bukan sje2 Allah bgi ujian itu pada kita,mungkin semala ini kita lalai dgn urusan dunia sampai tak sempat utk luangkan masa dgn Allah...pastu Allah bgi skit kita ujian utk kita ingt pada-Nya...Thank you Allah=)....reflect pada diri sndri jgk,kdg2 terlalu bnyk urusan dunia yg sush utk kita elakkan....tpi kita perlu bt pertimbangan dgn sebaiknya...pilih apa yg UTAMA dari yg UTAMA..."Fiq Aulawiyat!"....hah!semuanya ade jwpn bukan,it's ur choice...pilih lah dgn betul...antara urusan dunia dgn panggilan jihad...sudh tentu panggilan jihad yg utama!...itu la yg sy dpt,mula-mula nk bt keputusan tu punya la sush...yela masa kita nk bt keputusan tu la syaitan bnyk hasut kita<<bingung saya...uhu-_-...Alhamdulilah Allah bgi saya jalan...:),ternyata bila kita memilih utk berurusan dgn agama Allah,Allah akan tolong kita...kadang2 kita tak nmpk itu semua hingga la bila kita fikir balik hikmah disebalik kejadaan itu.

ehe~



Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.
Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?
Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
"Bila Hati itu Bertulang."

Okies,focus on ISLAM!!....YA Allah,KAMI LAH PEJUANG-PEJUANGMU....JAGALAH KAMI YA ALLAH....amin2 YA Allah..:)assalamulaikum..