Jalan ini bukanlah mudah seperti yg kamu sangkakan,ianya memerlukan pengorabanan yg sangat kuat...CUKUPLAH ALLAH BAGIKU...
Sunday, March 13, 2011
Wednesday, March 9, 2011
~SANTAPAN AKAL~
Kali pertama bumi ini diciptakan,katanya bumi ini selalu bergoyang,bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya.Perkara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT.....
"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui,mengapa bumi ini bergoyang??"
Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku ."Jawab Allah singkat.
"Lalu,bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?"Tanya para malaikat lagi.
"Aku akan menciptakan gunung-ganang."Jawab Allah.
Setelah itu,Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi.Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang,bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya.Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.
Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang,kemudian para malaikat pun bertanya lagi....
"Ya Rab,adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!"Jawab Allah."Iaitu api,yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api,Ya Rab?"Tanya malaikat lagi.
"Ada!Yakni air yang dapat memadamkan api."Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rab,adakah yang lebih kuat lagi selain air?"Sambung malaikat.
"Ada!"Iaitu angin,yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus."Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rab,adakah yang lebih kuat dari semua itu(gunung,api,air,angin)?"Malaikat bertanya lagi.
"Ada!Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaku.Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirku."Demikian Allah SWT menjelaskan.
[HADIS KUDSI]
Wednesday, March 2, 2011
ayah,ibu.....
Ayah,palingkan wajahmu ke arahku.....
Jangan dibuka pintu itu....
Kerana sekali kau berlalu...
Patahlah sayap kananku...
Ibu,pusingkan mukamu ke arahku...
Jangan digegarkan Arasy Allah yang satu..
Kerana sekali kau pinta hal itu....
Ranaplah sayap kiriku...
Ayah dan ibu...
Aku anak yang belum tahu...
Apa itu tanggungan di bahu...
Janji Allah aku bakal dijaga oleh kamu...
Tetapi tak mengapa....
Kalau hanya itu jalan yang kamu ada...
Aku pasrah dalam doa...
Bahawa janji Allah juga....
Aku anak akan terbela...
Dan...........
Setiap dari kita.........
Bakal bersatu juga atas nama keadilan di SANA...........

CINTA yang dirindui
"Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!" (Jalaluddin Rumi).
Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!
Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)

Subscribe to:
Posts (Atom)