Monday, April 19, 2021

Wanita Penyedih Jiwa

Kata hati menginginkan sesuatu yang amat sempurna di mata ini,

Sesempurna manakah yang kita mahu sebenarnya?

Indah dimata ini, belum tentu akan indah di mata orang ramai,

Bohong kata orang,

Miliki yang sempurna itu akan membuatkan hidupmu bahagia,

Tetapi,

Yang boleh menerima kita seadaanya itu adalah yang akan memberi kebahagiaan hidup pada kita.

Kehidupan kita banyak mengajar kita erti penerimaan apa yang pahit,

Yang harus ditelan,

Yang harus dihadapi dengan penuh kesabaran,

Anggap sahaja ini merupakan kisah hidup yang indah utk kita,

Insyaallah, kita akan redha dengan setiap ujian dari-Nya. 

Aku adalah wanita penyedih dihati,

Selalu menagis di hati,

Tidak tertahan air mata utk mengalir,

Laju saje menitis bila hati sedang sedih,

Aku adalah wanita yang manja,

Selalu ingin membuat sesuatu bersama,

Takut keseorangan,

Itulah jiwa wanita yang kaum adam harus mengerti,

Bukan susah kita mengaja hati wanita,

Cukup saje memberi perhatian kepadanya,

Kami lah wanita yang terbahagia...



Saturday, March 28, 2020

2 dalam satu.

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulilah, atas segala nikmat yang Allah telah hadirkan pada kita semua. Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah, siapa lah kita ini..hanyalah hamba yang hina dan penuh dosa. Allah Yang Maha Pengampun, Engkau sentiasa mengampuni dosa-dosa hambaMu ini setiap kali kami bertaubat padaMu. Namun, seringkali sahaja kami melakukan dosa tanpa rasa berdosa. Tetapkanlah, hati kami untuk sentiasa malu untuk melakukan dosa, Ya Allah. Ampunilah, kami Ya Allah.

Menerusi kehidupan seharian kita ini, kita sentiasa di uji dengan pelbagai ujian dariNya. Tapi, ingatlah, disebalik ujian itu terselit seribu nikmat dariNya. Tetaplah, bersangka baik pada Allah. Yep, betul. Sy sangat berpegang pada ayat itu. Sangat...Melihat pada tahun yang lepas, tahun yang begitu sukar pada kehidupan saya. Pada awal tahun, Allah beri nikmat yang sangat banyak pada saya. Saya berasa sungguh happy dan bersyukur sangat. Suka yang amat, sebab Allah makbulkan impian saya selama ini. Impian menjadi kenyataan dengan izin Allah. Alhamdulilah, syukur pada-Mu Ya Allah. Di pertengahan tahun pula, ada lgi khabar gembira untuk diri saya. Cukup bahagia rasa di hati ini. Apa yang tak pernah saya sangka terjadi, Allah bagi pada saya. Semuanya dengan izin Allah Yang Maha Mengatur. 

Namun, selepas pada khabar gembira itu, saya diuji dengan begitu hebat oleh Allah. Sesuatu yang saya tidak pernah jangka terjadi dalam hidup saya. Sedih, pedih, sakit, rasa hati ini...Saya rasa tersangat down masa tu. Walaupun dlm masa itu saya gembira dengan berita yang sebelum ini, tapi dugaan ini datang bersama waktu ketika itu. 2 dalam satu. Disebalik gembira hati saya itu, sebenarnya saya begithu sedih. Sedih dan tidak tahu untuk buat apa. Hanya doa dan solat sahaja yang mampu saya buat masa tu.

Lama juga masa berlalu. Hari saya berlalu begitu sahaja. Tidur saya tidak lena kerana memikirkan masalah yang saya hadapi waktu itu. Berat saya pn makin menurun masa itu, sbb saya tak lalu nak makan dan tak ada selera langsung. Hari-hari saya soal pada hati, mengapa Allah bagi ujian ini pada saya. Apakah hikmah disebalik ujian ini. Berulang-ulang persoalan ini bermain difikiran saya masa itu.

Namun, saya betul-betul yakin masa itu, setiap ujian yang Allah hadirkan itu bukanlah sje-sje. Pasti ada hikmahnya! Cuma saya shja tidak tahu. Saya yakin dengan setiap janji-janji Allah. Saya berpegang dengan ayat ini, “Sentiasalah bersangka baik pada Allah”. 

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah. Hari yang berlalu itu, berlalu juga ujian itu. Allah bagi saya kekuatan untuk lalui semua ini. Terima kasih, Ya Allah! 🥺😭😭😭

Allah jawab semua persoalan saya selama ini. Setiap kali terkenangkan peristiwa itu, pasti mengalir air mata ini. Allah Maha Baik. ❤️ Dia hadirkan ujian, namun disebalik itu, disertakan begitu banyak kenikmatan pada kita. 

Jadi, kt sni saya nak anda semua ambil pengajaran dari kisah saya. Tetap shja yakin dengan janji-janji Allah. Allah tidak akan membebani kita dengan ujian yang tidak mampu utk kita hadapi. Sabar dan solat. Doa yang tidak putus-putus. Itulah yang menjadi sumber kekuatan saya. Walau sesusah mana kehidupan kita sekarang ini, sentiasalah bersyukur pada Allah. Maka, Allah akan tambah lagi kenikmatan pada kita. Apa2 pn, dalam hidup ini, sentiasa letak Allah no.1 di hati kita. Insyaallah, kita akan rasa tenang sentiasa. ❤️🌷

Semoga Allah memberi kemudahan di hari-hari yang akan datang kepada kita semua. ☺️

Alhamdulilah. ❤️

Friday, February 21, 2020

Untuk kamu.

Kamu bukan yang dikenali,
Bukan yang selalu dipandang,
Bukan juga dihajati di hati.

Namun,
Takdir hidup mengaturkan pertemuan,
Sebagai tanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

Aku,
Bisa jadi bukan yang kamu hajati,
Bukan yang sempurna di hatimu,
Bukan juga pujaan untuk hatimu.

Bisakah kamu,
Untuk menerima aku seadaanya,
Menemani hidupku di sepanjang jalan,
Menjagaku hingga ke akhir hayatku.

Dengarkanlah,
Hatiku ini hanyalah kepunyaan Allah,
Jika engkau mengambilku,
Santunilah aku dengan lemah lembut,
Bicaralah dengan kata-kata yang disenangi.

Kerna aku,
Sangat mudah untuk jatuh.

Pimpinlah aku hingga ke syurgaNya. 💌



Monday, September 9, 2019

Hargai apa yang ada

Bersyukur dengan apa yang ada itu lebih baik,
daripada kita meminta untuk dilebihkan akan sesuatu.

Lebihnya sesuatu itu belum tentu yang terbaik untuk diri kita,
akan tetapi mensyukuri yang ada itu bermakna kita hargai setiap apa yang Allah hadirkan pada kita.

Alhamdulilah untuk segalanya Ya Allah,
sungguh, perancanggan Allah itu sangat teliti dan indah semuanya.

Tanpa diduga,
dan tanpa dirancang,
ia hadir seakan melengkapi hidup ini.

Biarlah Allah yang menentukan segalanya,
kerana kita hanya manusia biasa yang tak punya apa2 pun,
tiada daya kita untuk menentukan itu dan ini,
malah jika kita inginkan sesuatu itu kerana Allah,
InsyaALLAH,
Dia akan permudahkan dan tunjukkan jalanNya.

Maafkan diri ini,
jika aku bukanlah sesempurna seperti wanita solehah,
jika aku bukanlah sehebat sepertia wanita diluar sana,
kerna aku hanyalah seorang hamba yang menginginkan kasih dan cinta dari Allah,
Pemilik hati ini.

Namun,
ketahuilah,
jika ada cinta itu,
aku hanya mencintaimu kerana Allah.
kerana setiap apa yang kita letakkan kerana Allah tak akan pernah hilang,
dan sentiasa ada. :)

~Hargai apa yang kita ada~


Saturday, July 20, 2019

Tetapkan hati ini pada agama-Mu.

Pedihnya rasa di hati,
bila harapan kita impikan musnah begitu sahaja.

Begitu juga rasanya bilamana hati kita jauh...jauh..dari Allah.
Pemilik hati ini.
Pemilik rahsia hati.

Bagaikan tin kosong yang dibiarkan buruk,
sehingga berkarat,
sampai tiada cara lagi untuk digilap semula.

Andai kata-kata mampu hidupkan semula hati ini,
biarlah kata-kata itu dari ayat cinta Allah.

Yang diharapkan dengan Allah,
tidak akan pernah sunyi,
tidak akan pernah kosong,
yang ada hanyalah kasih dan cinta dari Nya.


Sunday, June 9, 2019

Bukan mudah, tapi pasti!

Usah bimbang akan hadirnya ujian di kala engkau sedang kesempitan. Yakin sahaja dengan aturan Allah pada kita. Keyakinan itu akan benar-benar hadir bilamana kita berserah segalanya pada Allah.

Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan juga Maha Mengatur. Sungguh, tiada daya dan upaya kita sebagai seorang hamba yang kerdil ini. Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Begitulah, saya meletakkan mengharapan pada Allah dalam setiap urusan saya. Even, ada perkara yang saya rasa x mungkin saya boleh buat, tapi bila saya serahkan segala urusan pada Allah, Allah permudahkan jalannya.

Saya pasti tiap-tiap dari kita semua mesti akan ada “Big Problem” dalam life masing-masing kann. Tidak kurang juga dengan kehidupan saya. Sentiasa ada di fikiran akan masalah tersebut. Kadang-kadang rasa memang x mampu untuk teruskan dah.

Tapii, sebab apa saya masih yakin untuk kehadapan? Sebab saya ada Allah. “Allah Yang Maha Pemurah”. Sentiasa ada jalan yang Allah bagi dalam setiap kesulitan. Walha, saya sendiri x jangka ia boleh berlaku. Ajaibnya pertolongan Allah. Indahnya peraturan Allah.

Sentiasa berbaik sangka terhadap Allah. Itu kunci utama untuk kita merasa tenang dan gembira dalam kehidupan. Walau kita rasa down macam mana pun, berbaik sangka lah pada Allah. Ada sesuatu yang Allah nak bagi pada kita. Kalau x cepat, mungkin ianya datang lambat. Tapii, pasti ada hikmahnya.

Bukan mudah untuk menerima apa yang baru bagi kita, tapi pasti ada ganjaran yang terbaik disisi Allah.

Sekian..


Saturday, April 20, 2019

Pilihan

Sesiapa yang memilih kebenaraan pasti selamat. Sesiapa yang memilih keburukan, pasti hancur. Hukum ini tidak berubah, walaupun paksaan tidak diletakkan pada kita dalam memilih baik ataupun buruk.

Setiap pilihan mempunyai efek. Apabila kita memilih mahu, ia mempunyai efek, dan sekiranya kita memilih tidak mahu, juga mempunyai efeknya. Tidak ada sebarang paksaan dalam membuat pilihan. Pilihan ini tidak sesekali menghilangkan efek sama ada mahu ataupun tidak.



Begitulah kehidupan. Kita sentiasa diberi peluang utk membuat pilihan. Memilih antara “YA” atau “TIDAK”. Bagi saya pilihan dalam kehidupan sungguh memeritkan. Kerana, pada hujungnya sudah pasti tidak jelas bagi kita. Yang jelasnya, hanyalah waktu sekarang.

Syukur kerana kita masih lagi diberi kekuatan dalam mengerjakan solat dan berdoa pada Allah. Sesungguhnya, setiap pilihan yang kita buat perlulah berbalik pada Allah. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Dan diri kita sendiri pula, perlulah ada usaha dalam memohon bantuan dari Allah. Akan terbit gerak hati yang menyenangkan pada satu arah dalam 2 pilihan kita. Dari situ Allah memberi kecenderungan untuk kita membuat pilihan yang terbaik. Pilihlah mengikut gerak hati yang lebih tenang utk kita. InsyaAllah itu pilihan yang terbaik. 😊

P/s: entry sy kalini mungkin berbeza dari sebelumnya. Sebenarnya ini first time sy menulis menggunakan fon. Biasanya akan guna laptop untuk menulis. Disebabkan kekangan waktu, sy cuba untuk menulis melalui fon mulai skrg ini. 😊

Semoga ada kebaikkan untuk semua🤗